Hi Korang,
Sesiapa yang kaki stalker Instagram aku mesti tau yang last week, ktorang berdua ke Genting Highlands time keje.
Siap amik cuti bagai semata-mata nak tengok ILDIVO kan. Ishkk sanggup ko! Peminat setia wei aku ni, suker sebab suara diorang auwww...
Aku memang surrender bila bab bawa kereta memanjat tanah tinggi ni, yelah ko kang silap sket langkah demm. Simpang malaikat 44 ek. Aku cuma pernah bawa sekali je naik ke Genting Highlands tu, time tu first time driving kan. Memula ok dah lelama rasa kecut perut plak but Mr Big kata bawak je cuba belajar naik sampai atas. Seriau darah bila time selekoh tuh, dengan ada plak lori besar-besar ni dan sampai gak ke atas dengan selamat dan rasa leganya.
Lepas tu serik dah.
Last week, naik turun Mr Big yang bawak. Masa ktorang naik kereta tak banyak just lori-lori construction je so kira ok sket. Sebab lama tak naik Genting pakai kereta rasa cuak tu ade lah, selalu naik bas je kan. Jalannya kan berpusing-pusing, ermm tak lepas tangan aku pegang handle pintu tuh, sampai Mr Big tegur, u tak caya I punye driving ke? Ishkk.. ke situ plak kan.
sejuk giler time nie.. dah la pakai short je
ade hujan renyai-renyai plak
Bile time nak turun plak, walaupun dah pukul 1 petang tapi kabus still makin tebal lagi sampai tak nampak jalan. Ermm memang kena slow sangat, tukar gear rendah, kalau tak kereta mengelusur ooo. Yang penting ikut arahan kat papan tanda tepi jalan tuh. Bila kena drop gear then tukarlah jangan degil nak tunjuk terrer ye.
Lega bila dah sampai Genting Sempah dan Gombak. Terus
mood lapo tu datang
Ok ni aku kongsikan tips pemanduan di tanah tinggi
1. Apabila memandu di kawasan di selekoh tajam pada waktu siang, bunyikan hon untuk memberitahu pemandu lain tentang kehadiran anda dan pada waktu malam gunakan lampu tinggi.
2. Untuk mengelakkan mabuk ketika menaiki kawasan bukit,gunakan gear satu atau dua.elakkan membrek terlalu kerap sebaliknya lebih bermain dengan minyak.
3. Jangan memotong dilaluan berkembar dan kawasan berbukit kerana pemandu tidak boleh melihat apa yang ada dihadapan
4. Pandu dengan kelajuan sesuai.jika jalan berminyak,berpasir dan keadaan tayar kurang mencengkam,seeloknya jangan pandu laju
5. Jika kenderaan di hadapan memberi isyarat kiri dan memberi laluan ke kiri,ia sebenarnya memberi laluan untuk kenderaan belakang memotong
6. Di selekoh tajam,halakan pemanduan lebih ke kanan utk memastikan tayar belakang melepasi selekoh berkenaan...
Yelah minggu depan kan dah time sekolah so mesti ramai yang nak ke Cameron Highlands ke Bukit Fraser ke
Genting Highlands ke mana-mana lah. Kira tips aku ni bersesuaian lah kan. Kena plak bapak-bapak tak dapat cuti so mak-mak kena jadi driver kan. Kalau nak pi Cameron Highlands, hah gigih korang nak membawak anak-anak memanjat bukit tu kan.
Aku sendiri pun tak berapa confident bile drive sengsorang naik ke atas tuh tapi kalau dah terpaksa redah jugak lah.
So dah plan ke cuti sekolah nak bawak anak-anak kemana? ermm cam aku tak kemana pun sekadar bawak
anak kucing aku pi Vet dengan anto grooming.