Hi Korang,
Semua orang yang tengah berdiet takut nak makan kentang kan!!
Itulah…
Ramai orang bijak pandai dalam fitness ni yang cakap cam tu, sebab kentang kan karbohidrat kira cam menambah berat lagi ade lah. Aku pun fikir cam tu gak.
Bila hari tuh aku ke US Potato Board POTATO Appreciation Night di Nathalie’s Gourment Studio Publika ni terus terbukak mata aku pasal kentang ni.
Ni aku sharekan sedikit kat korang ek
Berita baik untuk penggemar kentang! Semakin banyak penyelidikan mengesahkan bahawa kentang memainkan peranan positif dalam diet sihat. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition (JACN) menunjukkan bahawa kita boleh makan kentang dan masih boleh mengurangkan berat badan. Satu lagi penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (JAMA), menunjukkan bahawa indeks glisemik, iaitu asas bagi kebanyakan diet popular, kemungkinan tidak lagi penting sebagai pengukuran muktamad bagi mereka yang telahpun mengamalkan diet sihat.
Kajian pengurusan berat badan yang diterbitkan dalam JACN adalah hasil usahasama antara University of California di Davis dan Illinois Institute of Technology, dan dibiayai oleh United States Potato Board. Tujuan utama adalah untuk mengkaji peranan indeks glisemik dan penurunan kalori dalam regimen mengurangkan berat badan yang mengandungi kentang. “Sesetengah pihak mempertikaikan peranan kentang dalam amalan mengurangkan berat badan kerana dikelompokkan dalam aras makanan berindeks glisemik tinggi. Akan tetapi, hasil kajian ini mengesahkan apa yang selama ini dinyatakan oleh para profesional kesihatan serta pakar nutrisi : ini bukan mengenai penyingkiran sesuatu makanan atau kelompok makanan tetapi hakikat sebaliknya adalah mengurangkan kalori,” jelas Dr. Britt Burton-Freeman, PhD, ketua penyiasat kajian.
Hasil-hasil kajian ini merupakan berita baik bagi penggemar kentang dan juga para konsumer yang mengidamkan kepuasan dalam menikmati pilihan hidangan yang sedap, berkhasiat dan selamat dimakan. Setiap hidangan kentang US Potato saiz medium, (5.3 auns) beserta kulit, mengandungi hanya 110 kalori, lebih banyak pottasium (620g) daripada sebiji pisang, membekalkan hampir separuh daripada nilai harian vitamin C (45 peratus) dan tidak mengandungi lemak, sodium atau kolesterol.
Aduiyai haruslah suker bila dengar berita baik ni kan. Terus berkobar-kobar nak buat sup kentang nanti, katanya.
So pada malam tuh, Chef Nathalie Arbefeuille tuan punye Nathalie Gourmet Studio menghidangkan pada ktorang 3 hidangan menarik iaitu
Potato Salad in a Skinny Potato, 63 Degrees Egg and Gherkin Emulsion
Chicken Cordon Bleu, Potatoes in Three Ways
Aku nak cakap apa lagi, memang unik ketiga-tiga menu makanan tuh. Penggunaan kentang dalam pelbagai cara, teknik persembahan makanan yang cantik. Of courselah chef mestilah nak perfect dari semua segi.
Alah tak reti nak describe cam no lagi kan, so makan jelah.
Thank you US Potato Board coz sudi menjemput Cik Lily Putih ke makan malam special ni. Sesuatu yang pengalaman yang baru dan unik sekali..
Dah-dah lepas ni makan kentang balik cam biasa ek..