Hi Korang,
Pepagi Jumaat yang mulia ni, meh sket aku citer kat korang especially sang isteri kan. Si suami pun bolehla baca coz korang mesti suka punya lah
Ini adalah sedikit rahsia untuk korang lebih di sayangi oleh hubby korang.
1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.
2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.
4. Sekiranya anda hamil, pahalanya syahid.
5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.
6. Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.
7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.
8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.
Apa macam ?
Senangkan nak dapat pahala.
Ok nanti sambung lagi minggu depan tazkirah Jumaat ni ek.
Info : www.google.com