Showing posts with label tips kurangkan berat badan. Show all posts
Showing posts with label tips kurangkan berat badan. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Kentang Boleh Kurangkan Berat Badan Jugak

Hi Korang,


Semua orang yang tengah berdiet takut nak makan kentang kan!!

Itulah…


Ramai orang bijak pandai dalam fitness ni yang cakap cam tu, sebab kentang kan karbohidrat kira cam menambah berat lagi ade lah. Aku pun fikir cam tu gak.


Bila hari tuh aku ke US Potato Board POTATO Appreciation Night di Nathalie’s Gourment Studio Publika ni terus terbukak mata aku pasal kentang ni. 

Ni aku sharekan sedikit kat korang ek


Berita baik untuk penggemar kentang! Semakin banyak penyelidikan mengesahkan bahawa kentang memainkan peranan positif dalam diet sihat. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Nutrition (JACN) menunjukkan bahawa kita boleh makan kentang dan masih boleh mengurangkan berat badan. Satu lagi penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (JAMA), menunjukkan bahawa indeks glisemik, iaitu asas bagi kebanyakan diet popular, kemungkinan tidak lagi penting sebagai pengukuran muktamad bagi mereka yang telahpun mengamalkan diet sihat.



Kajian pengurusan berat badan yang diterbitkan dalam JACN adalah hasil usahasama antara University of California di Davis dan Illinois Institute of Technology, dan dibiayai oleh United States Potato Board. Tujuan utama adalah untuk mengkaji peranan indeks glisemik dan penurunan kalori dalam regimen mengurangkan berat badan yang mengandungi kentang. “Sesetengah pihak mempertikaikan peranan kentang dalam amalan mengurangkan berat badan kerana dikelompokkan dalam aras makanan berindeks glisemik tinggi. Akan tetapi, hasil kajian ini mengesahkan apa yang selama ini dinyatakan oleh para profesional kesihatan serta pakar nutrisi : ini bukan mengenai penyingkiran sesuatu makanan atau kelompok makanan tetapi hakikat sebaliknya adalah mengurangkan kalori,” jelas Dr. Britt Burton-Freeman, PhD, ketua penyiasat kajian.


Hasil-hasil kajian ini merupakan berita baik bagi penggemar kentang dan juga para konsumer yang mengidamkan kepuasan dalam menikmati pilihan hidangan yang sedap, berkhasiat dan selamat dimakan. Setiap hidangan kentang US Potato saiz medium, (5.3 auns) beserta kulit, mengandungi hanya 110 kalori, lebih banyak pottasium (620g) daripada sebiji pisang, membekalkan hampir separuh daripada nilai harian vitamin C (45 peratus) dan tidak mengandungi lemak, sodium atau kolesterol. 


Aduiyai haruslah suker bila dengar berita baik ni kan. Terus berkobar-kobar nak buat sup kentang nanti, katanya.





So pada malam tuh, Chef Nathalie Arbefeuille tuan punye Nathalie Gourmet Studio menghidangkan pada ktorang 3 hidangan menarik iaitu

Potato Salad in a Skinny Potato, 63 Degrees Egg and Gherkin Emulsion



Potato Gnocchis Leek Cream, Shaved Aged Parmesan, Leek Emulsion


Chicken Cordon Bleu, Potatoes in Three Ways

Aku nak cakap apa lagi, memang unik ketiga-tiga menu makanan tuh. Penggunaan kentang dalam pelbagai cara, teknik persembahan makanan yang cantik. Of courselah chef mestilah nak perfect dari semua segi. 

Alah tak reti nak describe cam no lagi kan, so makan jelah.


Thank you US Potato Board coz sudi menjemput Cik Lily Putih ke makan malam special ni. Sesuatu yang pengalaman yang baru dan unik sekali..

Dah-dah lepas ni makan kentang balik cam biasa ek..



Tuesday, August 20, 2013

Petang Itu di London Weight Management

Hi Korang,

Ada sekali tu dalam bulan puasa, aku ke London Weight Management kat The Mines ni.

Dapat sponsored post, so haruslah cuba try kan.

Aku memula seram gak nak masuk tempat ni, yelah tup-tup kena sign up ikut program payah gak nak bayar setiap bulan.


Memula sampai, registration lah dulu. Yelah nama nickname tak sama dalam nama kat IC kan. Isi details sket. Kemudian, aku dibawa ke Consultation Room. Kat sini lah Consultant aku Ms Boey, citer serba sket mengenai rawatan yang aku akan jalani nanti.


Kemudian ktorang ke Treatment Room. Rupanya dalam ni memang banyak bilik dan juga banyak mesin-mesin, adalah function yang tersendiri kan.


Now, tukar baju time. Kena tanggalkan semuanya dan aku diberikan tuala dan panties disposable. Lepas tu kena ambil gambar untuk dibuat comparison nanti. Memula tu aku segan gak, alah sesama pompuan kira ok jelah. Pi timbang berat dan amik ukurlilit semua bahagian yang berlemak.

Ok treatment time

Sauna dulu selama 25 minit cam tu. Hah keluar peluh jantan duk berasap dalam ni. Memula tak tahan gak but melama ok. Can take it. Abis semua rongga-rongga kulit terbuka.

Abis tu, terus aku dibawa ke bilik Treatment. Kat sini seluruh badan aku di sapukan dengan garam bukit ek, ke mineral salt. Alah lupa plak. Siap semua proses tu, di balut plak aku dengan InfraRed Blanket yang bersambung dengan salah satu mesin kat situ. Ok baring untuk 30 minit cam tu. Mengelupur aku tau coz belakang badan aku ni ada luka-luka sket so bila garam tu kena kat tempat luka tuh mak oi tak terkira pedihnya. Menusuk qalbu pun kalah. Nak tak nak kena tahan gak, teragak-agak badan dibuatnya. Dah bukan peluh lagi menitik dan rasa cam mandi garam.

Sambung sauna balik lepas tuh, kulit-kulit yang pedih tadi bila kena wap aduiyai peritnya still ada lagi. Terpaksa ku tahan jua. Lepas tuh, terus je diorang suruh pi mandi. Hah apa lagi, bukan main seronok di buatnya, yelah dapatlah hilang segala sakit perit tadi kan. Semua diorang dah siapkan, sabun, shampoo, conditiner. Aku just mandi jelah.

Now, final treatment.


Aku masuk ke Treatment Room yang lain plak. Kat sini, aku di pasangkan dengan alat vibrator yang bersambung dengan mesin. Diorang sapukan ampoule di tempat-tempat yang nak di kecilkan. Lepas je siap pasang alat tu pada aku, apa lagi abis bergetar tempat-tempat berlemak selama 45 minit. Kembang kecut dibuatnya. Alah 10 minit yang pertama je, lepas tu aku bantai tidur coz bilik tu sejuk sangat sampai kesan vibrator dah langsung tak rasa. Sampai kena kejutlah di buatnya.

Bangun dan terus bersiap. Tapi sebelum tu kena amik gambar lagi. Ishkk dah kurang segan sket, sebab gambar tu amik bahagian berlemak je bukannya seluruh badan pun. Kira oklah tu kan.


Masuk balik kat Consultation Room. Terus buka puasa kat situ gak. Diorang siapkan kurma dan air. So Mr Boey pun duk tunjuk kat aku perubahan badan dengan treatment tu semua tadi. Memang nampak perbezaannya tapi bukan kg loss ye but inch loss. Banyak gak lah turun.


Dia pun preparekan aku checklist apa yang patut di makan apa yang tidak dan cara pemakanan yang betul. Dia citer sket pasal produk yang dia bagi tu dan cara nak guna.Ermm bagus gak ni. At least adalah ilmu sket pasal penurunan berat badan.


Anyway terima kasih kat London Weight Management coz sudi menaja treatment ni.  Bagi aku oklah, very straight forward punya proses tak complicated pun.

Korang kalau nak berasa basic treatment ni, meh bagitau aku lekas coz aku ada a few FREE voucher untuk treatment ni. Jadi bolehlah korang merasa camner proses tu dijalankan.


Nak teruskan ke? kena fikir panjang. Bukan apa aku ni kuat makan, commitment untuk makan tu lagi kuat untuk kurus. Tapi demi untuk menjaga kesihatan, ermm nantilah aku bagitau ek.