Showing posts with label tips bercuti. Show all posts
Showing posts with label tips bercuti. Show all posts

Saturday, March 19, 2016

Aplikasi Last Minute Booking Sesuai Untuk Orang Suka Suki Nak Pi Travel Tetiba Je

Hi Korang,

Berita baik nak share dengan korang nie


LMB (Last Minute Booking) merupakan satu aplikasi sehenti kembara mudah (one stop travel centre) yang dapat membantu mereka yang ingin bercuti.kembara atau secara kecemasan perlu berurusan ke luar negara di mana sahaja pada bila-bila masa. Aplikasi di LMB membantu kita dalam menyelesaikan segala urusan menempah tiket penerbangan, memilih pakej pelancongan serta urusan berkaitan pelancongan. 

Semuanya muda dengan hanya satu KLIK sahaja. 

Oh ya, aplikasi ini boleh dimuat turun samada dari Google Play ataupun Apple App Store

Terdapat banyak pakej yang ditawarkan di dalam aplikasi LMB.

Antaranya seperti:-

1. Pakej dari Matta Fair


Kebetulan aku memang mencari pakej-pakej murah dah berbaloi untuk pergi bercuti ke negara-negara Asia. Aku memilih pakej Matta Fair. Tedapat banyak pakej yang ditawarkan dan semuanya pada harga yang sememangnya berpatutan. Contohnya ke Phuket untuk 3hari 2malam, harga pakej percutian hanyalah RM519.

2. Pakej Libur


Hanya klik pakej-pakej disenaraikan yang kita minati. Seterusnya aplikasi ini akan memberi info tentang pakej berserta dengan harga yang yang ditawarkan. Kebanyakan pakej yang ditawarkan memang sesuai untuk perjalanan kembara orang muslim. Sebab itulah kita akan lihat nama-nama pekaj ini semua mempunyai perkataan muslim :p

3. Pakej Segera


Pakej yang telah lengkap dengan tarikh bertolak, jenis penerbangan, tempoh perjalanan dan yang paling best siap dengan aturcara sepanjang percutian.

4. Carian Hotel dan Tiket Semuanya Di Hujung Jari.


Dengan aplikasi LMB kita juga boleh buat carian untuk tiket kapal terbang dan hotel. Hanya Taip sahaja informasi seperti yang diperlukan oleh aplikasi. Tidak sampai 1 minit, kita akan mendapat kuputusan dari carian yang dibuat.


Begitu juga kita nak buat carian tempat yang hendak dilawati. Kita hanya taip di ruang yang disediakan,


Dan...jeng jeng jeng... hehhehehe

Kita akan dapat terus maklumat hotel yang direkomekan untuk kita menginap di tempat yang kita hendak kunjung. 

Mudah dan menarik bukan?


Untuk pertanyaan boleh hubungi di talian yang tertera di atas. Dan jika korang ingin walk-in, boleh rujuk ke alamat di atas mengikut masa waktu operasi syarikat yang tertera. 

Ataupun 
korang boleh layari 


untuk tempahan dan keterangan lanjut

Mudah, praktikal semuanya di hujung jari korang je

Dan kita semua boleh melancong bila-bila masa sahaja!



Monday, January 12, 2015

Rumah Kayu Comel Di Landcons Hotel, Pantai Cenang Langkawi

Hi Korang,

Ramai plak orang citer pasal naik sekolah hari ni, so aku citer lain dulu plak ek... hehehe


Masa ktorang bercuti di Langkawi hari tuh, ktorang stay kat Landcons Hotel Pantai Cenang. Memang tak buat booking pun main redah je ni.


Di sebabkan semua bilik superior dah full time tuh tinggal bilik suite je so aku pun amiklah coz malas nak survey-survey lagi. Memang bilik kat atas betul-betul roof top wei.

Bilik berbentuk rumah kayu. Ada 8 buah rumah kayu kat rooftop ni so kira 8 bilik la kan.

Mehlah tengoklah keadaan bilik ktorang ni.

ada tingkap comel untuk cuci mata

simple je katil queennya, yang penting air cond direct

built in cabinet

ada bathtub, boleh mandi dengan itik comel


simple je amenitiesnya 

Simple but nice. Luas memang luas pun, sesuailah untuk ktorang berdua. Privacy sudah tentu, senyap je masa ktorang naik kat level atas ni.

tempat ktorang lepak pagi-pagi

inilah view depan bilik

Duduk kat bilik ni bangun memang awal manjang, sebab ape? Nak tengok sunrise sebenarnya. Yelah ko, bukak pintu je, dah nampak view yang cantik tu kan, dengan view pantai Cenang kan. Awesome sungguhlah.

Basic amenities memang ada lah, macam sabun, kopi, teh, itulah., di sediakan sekali cerek untuk masak air panas.


Untuk 3 malam ktorang duduk di Landcons hotel ni, ktorang bayar hanya RM660 sahaja. Tak de tax, tak de service charge. Bayar siap-siap masa check in dulu, so tak yah nak fikir duit bilik lagi masa check out.



Bagi aku resort ni sesuai untuk orang-orang macam ktoranglah yang berdua, baru kahwin, kira best untuk honeymoon lah. Cam ktorang ni dah sampai muak-muak dah honeymoon tau.

Minatlah tu kan, ini alamatnya

Landcons Hotel
Jalan Pantai Cenang,
Langkawi

Telefon No. 04-953 1100

nampak tak bilik ktorang, nun tinggi kat atas tuh


nampak tak? betul-betul depan underwaterworld. siap ada aerial view lagi. aku amik dari dalam flight masa nak balik hari tuh. kagum kan!

(Landmark : betul-betul berhadapan Underwater World dan kedai duty free)

Sampai nak balik hari tu pun, masih sempat shopping lagi tau sebelum pi airport. Teruk kan perangai hehehehe…


Btw,
sepanjang aku travel sana sini, belum pernah aku berhadapan dengan masalah bilik hotel macam orang lain kena contoh macam, bilik air tersumbatlah, air con tak sejuk, tv rosaklah dan memacam lagi 1001 masalah. Maybe sebab nasib aku baik agaknya lah...



Monday, August 18, 2014

Dah Jadi Jutawan Sekarang

Hi Korang,

Pepagi isnin ni, takde apa hot story lagi. 

Biasalah ramai yang kena sindorm 'Monday Blues' ye tak

Tapi bukan aku, sebab aku tengah feeling-feeling jadi orang kaya baru ni. 

Sebab apa?

ini baru sejuta rupiah, ingat nak tukar lagi lah

Pasal aku baru je tukar duit rupiah ni, nak travel ke Indonesia awal bulan depan. Alah trip suka-suka bercuti bersama keluarga. So standbylah tukar duit shopping dari sekarang.

Agak-agak korang lah, berapa banyak yang patut aku bawa untuk berada di Jakarta dan Bandung selama 3 malam ye. Duit makan berapa, duit shopping berapa kan. Untuk urusan penginapan dan transportation dan settle siang-siang lagi.

Nanti bagitau ek..

Kalau ada rezeki korang, aku siapkanlah ole-ole dari sana..