Hi Korang,
Area rumah ni memang agak payah nak makan makanan ala-ala tomyam tau.
Maklumlah terceruk dekat dengan area orang Cina so kenalah kuar sket dari kepompong. Masa merayau-rayau kat Seksyen 7 hari tuh, terjumpa kedai tomyam ni.
Padahal lalu lalang je depan jalan ni. So Mr Big cakap meh lah singgah. Mana tau sedap ke tak kan.
Nilah je yang ktorang order
Kerang bakar, tapi kecik-kecik lah
keropok goreng, sedap sos cicahnya
Itu baru appetizer sementara nak tunggu main dish sampai. Orang tak delah ramai pun penuhlah kerusi meja.
Siakap stim asam boi, sampai tak nampak ikannya kan penuh dengan daun-daunan
Telur bungkus, kecik je untuk makan 2 orang
Daging masak merah, sedap.
Hah itulah yang ktorang makan malam tuh. Rasa cam banyak plak bila sampai kat meja, dah macam makan untuk 4 orang.
sebelum makan
selepas makan
Ermm ye tak ye plak kan, tengoklah siaz perut memasing. Dah macam perut doraemon pun ada.
apa tengok-tengok, lapo ni
Kira not bad la makan kat sini. Tak delah murah sangat but bolehla makan berdua kalau malas nak masak kan.
Selamat makan korang...
notes : dapat berita one of officemate kene terminated due to project dah abis. Cian gak kat dia tapi itulah nasib orang dalam bidang construction ni kan. Semoga dia tabah..