Showing posts with label tgv sunway piramid. Show all posts
Showing posts with label tgv sunway piramid. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Jemputan Ke Malam Pratonton Filem Senario D' Movie OPS POCOT

Hi Korang,

Aku dapat jemputan lagi ke majlis pratonton Senario D' Movie OPS POCOT. Hehehhehe bestnya.



Tapi sayang, hari screening ni boleh sama plak dengan hari screening 'Take Me Home' dari Nuffnang. Cam ne ek?

Takpe2 nasib baik ada orang tu boleh tolong wakilkan aku tengok citer ni. Lagipun dia suka bergambo dengan artis. hehehehhe. TQ Hazman, nasib baik ko ada kan.

Thank you jugak MIG Online sebab selalu bagi aku ticket free ni. Aku rasa dah 4 kali kot aku dapat tiket wayang free ni.

Tuesday, June 28, 2011

Majlis Sidang Media dan Pratonton Filem 'Sekali Lagi'

Hi Korang,

Atas jemputan Nuffnang dan Digi Angel, aku sempat menghadirkan diri ke Majlis Protonton filem 'Sekali Lagi' keluaran Metrowealth di TGV Sunway Piramid baru-baru ini. Aku bawak lah partner in crime aku Hazman sebab aku tau yang dia je selalu free hari isnin kan. Mulanya aku ingat dapat tiket wayang je ala2 press screening gitu but bila sampai sana rupanya siap ada press conference lagi. Aduh menyesal tak hangkut DSLR lah.. Grrrrrr..

Dengan Shaheizy Sam

Dengan Si Comel Mia Sara

Sampai2 je aku dah nampak Lisa Surihari, ini first time in person jumpa dia. Sempat lah jugak borak sekejap since dia berdiri dekat aku with her mum kan. Then nampak Aizat plak sampai. Tup-tup Shaheizy Sam and Mia Sara. Diaorg ni semua memang friendly lah. Eventho datang as blogger but ktorg nie dah di consider as media lah. So dapatlah privileage untuk join press conference. Kalah wartawan hiburan ok.


Rupanya Lisa, Mia, Aizat, Sam adalah new friends of Digi. Since diorg ni kaki twitter and FB hardcore so any update pasal Digi Telco ni or event diorg berempat nie lah akan spread the news for fans to know lah. Klass ko, dapat smartphone sorang satu. Mia yang comel tu pun dapat ok. Time nie lah aku sempat amik gambo dengan Sam dan Mia. Ermm dengan Lisa, nan ado coz ramai giler orang nak bergambo dengan dia.

tiketnya 'Sekali Lagi'

Popcorn dan coke - FREE

Lepas tu, baru lah start majlis pratonton 'Sekali Lagi'. Ktorg as media nie dapat duk atas lah. Siap dapat popcorn dan coke lagi. Best bro!!


Meh layan sinopsis nie sket:


Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Saksikan kesudahan filem Sekali Lagi di pawagam berhampiran.

David Teo

Ermm bagi aku citer nie sedeyyyyy ooo... hehehhe tak de lah romantik komedi lah. Ada unsur percintaan, kelakar tak ingat, pasal family sket. Keletah Mia tu yang best, memang patut dia boleh menang awards. Lisa dan Sam memang mantap diorg ni langsung tak hampakan penontonlah. Ok ok tak leh citer lebih kang David Teo marah aku plak kan. cuma dia pesan meh datang reramai ke panggung tengok citer 'Sekali Lagi'.

Alamak since aku pi tengok dengan orang lain, so mr Big tak leh lah nak bagi rating kan. Aku bagi....... (rahsialah). Yang penting bestlah. So korang, jom pi tengok citer nie tau.

Anyway thanks Nuffies Pinky and Nicholas coz to make sure ktorg dapat join PC tu tau.. ehhehehehe and to Digi Telco too...

Tuesday, June 14, 2011

Jemputan ke Pratonton 321 Cinta

Hi Korang,

Ermm malam ni dapat invitation pi tengok citer 3 2 1 Cinta tau. Alah yang ada Diana Amir jadi tomboy tuh. Tak caye, check it out:-


Hah aku tak tipu kan. Aku rasa inilah first time aku menang movie contest citer melayu ok. Tapi apakan daya, tak sampai hajat aku nak pi tengok sebab keje melambak plak hari ni kan. Dateline esok.  Lagipun mr Big bukan kaki movie citer melayu.


Tapi tak per aku dah sub kan ticket aku nie kat Hazman. Yelah dia yang bagitau aku pasal contest ni kan. Tapi dia plak yang tak dapat. So better rasanya aku bagi dia daripada orang lain. Tak gitu kan.

Anyway Hazman, aku harap ko enjoylah malam ni ye. Mesti dapatlah amik gambo dengan Diana Amir kan.. hehehehhe. By the way, segala details aku ko jangan bagitau orang lain plak kan..

Anyway thank you Metrowealth kerana sudi menjemput aku.

Saturday, May 28, 2011

Dapat Kung Fu Panda Tumbler Besau

Hi Korang,

Sabtu-sabtu ni duk berjalan je lah kan tup-tup malas nak duk umah rasanya. Lagipun ada flash mob kat Sunway tadi, itu yang bergegas ke sana. Best jugak flash mob nie, ala yang joget-joget kat dalam shopping complex tuh. Flash mob ni adalah untuk Magical Musical show bulan depan. Aku dapat invitation so pi lah kan.

Abis flash mob ktorg plan nak pi tengok Kung Fu Panda 2. Naik lah ke tingkat atas. Mak datuk panjang giler orang beratur. Terus cancel. Tup-tup Mr Big terperasan ada orang minum tumbler besau gambo Kung Fu Panda kan, cepat-cepat dia heret aku pi kat kaunter orang jual popcorn kan. Hah kau, memang tumbler tu besau dan tinggi. Murah je RM14.90 tau siap dapat popcorn sekali.

Hah, ini dia tumblernya...


Besau kan. Actually bukan semuanya air pun but bawah je tempat air atas tu tempat popcorn. Unik jugak lah aku rasa. Di sebabkan tak dapat nak tengok citer nie dapat beli tumbler ni pun jadilah kan.

Si kembar KungFu Panda

So aku usunglah kesana kemari dalam Sunway ni. Yang best tu semua orang pandang aku je may be tumbler ni obvious besau kot. Ada yang siap tanya aku beli kat mana. Wah aku boleh dapat komisen nie sebab promo tumbler nie kan. Ada budak kecik siap nangis nak aku punya. Mr Big duk bantai gelak2 je kan.


Terglamer kejap la aku dibuatnya. hehehehhehe... best..

p/s : nanti aku upload pasal flash mob tu ek.. yang best tu dapat ticket masuk sunway lagoon all parks tau.

Friday, December 17, 2010

Check In To Premiere Screening of Tron Legacy

Hi Korang,

Title entry dah pelik kan, 'check in'..Nanti aku citer.


Rabu lepas, aku dapat tiket dari Nuffnang untuk citer Tron Legacy nie kat Sunway Piramid. Dah lama betul tak pi sini kan, sesat2 jugaklah nak cari kedai makan. Nasib baik parking kat valet so senang sket nak pi collect tiket.



Amik gambo dulu dengan TronMobile

Lepas makan trus naik atas, punyalah ramai orang maklumlah cuti sekolah kan. So mak bapak bebudak bawak lah anak2 diorg nie pi tengok wayang. Dalam ramai2 tu jumpa jugak bloggers yang lelain..

Cilok dr CheArmster

Antara synopsis yang telah ditulis oleh Walt Disney Pictures:-


Sam Flynn (Hedlund), a rebellious 27-year-old, is haunted by the mysterious disappearance of his father Kevin Flynn (Bridges), a man once known as the world's leading video-game developer. When Sam investigates a strange signal sent from the old Flynn's Arcade -- a signal that could only come from his father-- he finds himself pulled into a digital world where Kevin has been trapped for 20 years. With the help of the fearless warrior Quorra (Wilde), father and son embark on a life-or-death journey across a cyber universe -- a universe created by Kevin himself that has become far more advanced with vehicles, weapons, landscapes and a ruthless villain who will stop at nothing to prevent their escape. Written by Walt Disney Pictures
 
 
So far citer nie bestlah. Orang kata sequel dari film dalam tahun 1980an.. Ntah aku tak tengok pun. Ni first time tengok kan. Kaki2 gamers cam mrBig pandailah bende2 cam nie. Actionnya best. Meletup2. Aku tak dapat bayangkan kalau dapat tengok 3D punya, mesti lagi superb kan Zaid?(aku jeles tau)
 
Nak tau sebab aku kata check in tadi? Korang bayangkan sebelum masuk panggung tu, dengan baik hatinya TGV nak tolong simpankan handphone, camera, ipad dan segala mak neka gadget kat kaunter yang diorg dah sediakan. Sebab tak nak bagi record/buat bising kot dalam panggung. Oklah fine. Lepas tu plak, ktorg kena lalu kat area yang macam check in kat airport tuh. Diaorg guna sensor yang immigresen kat airport tu pakai. Abis bag comel aku pun diorg nak tengok jugak. Betul2 canggih. Lepas tu, masa dalam panggung aku rasa aku nie cam kerabat agung plak, merata tempat diorg jadi bodyguard masa film nie ditayangkan. Masyallah, tak seronok langsung lah. Tapi nasib baik citer nie best.
 
Eh ada lagi, bila dah abis citer berpusu2 orang kuar nak collect item memasing. Korang bayangkan lagi 3-4 panggung keluar serentak. Betapa pack dan jemnya tenpat tu dengan manusia. Tak kira lagi bau ketiak masam, air tumpah kan. Nasib baik ktorg tinggalkan satu beg terus so cepat sket counter tu bergerak. Bagi yang tinggalkn hp semedang, mampus ko kena que lama.

 
Ishk pengalaman betul lah.. diharapkan pihak TGV mengambil langkah inisiatif yang bijak sebelum melaksanakannya. Takut2 nanti TGV kosong, panggung lain plak fullhouse kan.

P/s: gambo check in tak boleh nak amik sebab camera dah di check in dulu lah..