Showing posts with label terminal bersepadu selatan. Show all posts
Showing posts with label terminal bersepadu selatan. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

Ini Rupanya TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Hi Korang,

Cian kat aku ni ek..

TBS pun tak pernah pi lagi, la dah memang tak de tujuan so buat apa nak penat-penat diri jejalan ke sana kann. At least kalau ada shopping mall hahahahahahha jahanam pun budak tau..

Inilah pertama kali aku jejak kaki ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) tau.

tengok happy sungguh kan orang darah manis ni ek

Sebab nak balik JB hari tuh naik bas so ke sinilah jawabnya kan. So tiket dah beli online siap-siap, Mr Big just drop aku kat lobby TBS ni dengan food blogger Hazman tu sebab kebetulan dia pun nak balik ke Sepang. Lepas tu redeem tiket bas tuh, ktorang pun tawaflah satu TBS ni.

First impression, wow macam airport dah wei!

screen beso untuk tengok bas mana yang nak bertolak dan sampai ke TBS kan

Ada area untuk departure dan ada tempat untuk arrival. Siap ada monitor besar untuk tunjukkan waktu perjalanan bas keluar masuk di TBS ni. So kat sini kita boleh refer nak turun platform berapa, jam berapa dan memacam lagi lah.

petunjuk yang beso, senang nak tengok kan

Ktorang pun tawaf lagi untuk tengok apa lagi yang ada kan.

tempat duduk orang awam yang selesa dan banyak pulak tuh

balai polis penting oo kena ada ni

kedai runcit 

yang 24 jam pun hado

tempat tunggu teksi ada kat level 1

locker simpan beg pun hado, so tak delah bawak kehulu ke hilir kan

Actually memacam lagi ada kat TBS ni cuma aku tak kesempatan nak check it out.

lobi nak turun tempat nak naik bas

tiket beli online sajor, senang je kan

tuh dia bas dah datang

Okok bas nak sampai ni, so gerak dulu ek. Bas dah sampai. Sangat puntual tau. Tiket bas cakap kul 5.00 petang kan memang sampai on time. 10 minit driver bas loading beg-beg semua dan terus jalan tau.

Hah itu je... 

So bolehlah di jadikan panduan untuk korang yang first time nak naik bas di TBS ni ek




Monday, July 21, 2014

BusOnlineTicket.com – Senang Beli Tiket Bus Ekspress Secara Online

Hi Korang,

Ermm lagi seminggu nak raya kan?

Itulah sekejap je, pejam celik pejam celik. Rasa cam cepat je puasa nak abis.

Persiapan balik kampung cam ne, dah settle ke. Aku ok lah, sket-sket dah settle. Lagipun balik kampung drive so senang sket.

Abis orang yang tak de kenderaan, dah booking tiket ke belum? Kalau belum, meh aku syorkan pada korang satu website untuk beli tiket bas secara online.

Inilah dia


Ini cara untuk membeli tiket bus ekspress secara online. Dengan hanya beberapa klik, korang dah berjaya dapatkan tiket untuk kemana jua destinasi yang korang nak tujui. Lagipun, korang hanya bayar harga tiket once korang dah dapat pengesahan tarikh berlepas. Selagi tak confirm tuh, so tak yah bayar apa-apa pun.


Itu untuk Semenanjung Malaysia, habis tu untuk negeri Sabah dan Sarawak plak macam mana?

Eh, pun boleh jugak. Contohnya macam ni, katakanlah korang kat Kota Kinabalu dan korang nak pi ke Tawau atau Sandakan, boleh beli tiket di website ni. Kira macam dapat jimatkan masa dan tenaga korang untuk pi ke stesyen bus bagi dapatkan tiket bas.

Tak ke mudah tuh!

Kalau nak ke Singapore mahupun Thailand pun boleh jugak. Pilih je destinasi yang korang nak pergi di ruangan yang telah pun ditetapkan. Then tengoklah ada ke tidak bas ke sana yang bersesuaian dengan tarikh korang nak pi tuh.

Emm kalau korang masih tak pandai lagi cam ne nak guna website ni, alah jangan bimbang ye. Diorang punya customer service akan senantiasa memberikan 24 jam email support dan kalau payah sangat boleh terus je call mereka during office hour.

Mengenai bayaran tiket bas.


Mereka mempunyai pelbagai cara untuk bayaran tiket bas korang tuh. Korang boleh membuat bayaran melalui credit card, paypal, online banking dan bayaran tunai kalau korang berada di lembah Klang,

Apa lagi, mehlah klik ke www.busonlineticket.com dan dapatkan tiket bas korang.


Rasanya sekarang ni, diorang ada promotion. Baik korang survey cepat, sempat lagi ni beli tiket untuk balilk kampung ek.