Showing posts with label tempat skating yang terbesar di malaysia. Show all posts
Showing posts with label tempat skating yang terbesar di malaysia. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Tergolek + Jatuh Terduduk Di The Wheels Skating @ Subang Avenue

Hi Korang,

Ermm terlambat plak update pasal aktiviti ni kan. Yelah tup tup banyak plak event + keje yang nak kena settle kan.


Aktiviti ni terjadi pada sabtu lepas. Sebenarnya tak de plan pun nak pegi kan dan confirm rasanya tak akan dapat invitation dari Gplusmy memandangkan aku lambat lambat send email. Tup tup dapat plak. So lepas pi betul kan air-cond kete kat Sg Buloh pagi tu so ktorg pun singgah ke Subang Avenue ni.


Tak ramai pun yang join event ni coz cuti panjang kan. So cuma ktorg berlapan termasuk Fresh sekali. Dah lama tak masuk tempatala2 disco ni kan. Gelap je but banyak lampu2 yang colourful tu kat semua area. Dah nama disco kan, bunyi music yang bising confirmlah ada kan.

Memula pi tukar kasut dulu. Kat sini ada roller blade dan roller skate. Jadi aku pilih roller skate coz nampak stabil sket dar blade. Masa memula nak berdiri tuh rasa cam nak tergelincir je. Yelah nama pun kasut roda kan. Ada dekat 10 minit aku statik kat railing tu kan. Untuk first round ni aku memang pegang kuat2 railing tuh sepanjang jalan tuh kan.

Yang lelain dah melaju je meluncur je. Si Bean plak siang2 lagi dah jatuh terduduk. Adui sakit ooo. Cik Epal pun sama gak cam aku merangkak2 cam budak kecik. Selamat aku abiskan round yang pertama, duduk kejap then sambung lagi. round kedua ni nampak aku dah boleh balance bergerak guna skate ni. Mr Big dah jauh tinggalkan aku. Dia siap boleh joget2 lagi kan.

Lama kelamaan aku rasa ok dah. Dapat balance then dah mula berjalan laju gak. Oit peluh jangan cakap lah menitik2 turun lalu kat batang hidung. Walaupun tempat ni berair-con tapi tak menghalang aku untuk berpeluh kan. Memang satu exrcise yang bagus lah kan.


Lepas 2 jam 15 minit ktorg pun start bercamwhore2 then tukar kasut dah. Yelah time dah abis kan. Kang kena bayar sendiri plak kan. Ingatkan tak de orang rupa2nya ramai betul yang menunggu kat luar tu lah.


Anyway thank you Gplusmy dan Nuffnang coz ajak ktorg rasa cam ne main skating ni kan. Masa time sekolah dulu adalah main kan.