Hi Korang,
Actually dah masuk 3 kali aku pi kedai dan kali ketigalah dapat makan kat sini.
Pasai apa?
Full house manjang uolls..
Lepas dah tanye dengan budak yang jaga cashier barulah aku tau yang kalau awal bulan memang fullhouse je orang datang makan. Kalau nak makan jugak baik call buat reservation dulu kan.
So last week, agaknya dah boring hari-hari masak untuk dinner terus aku browse facebook restoran ni untuk dapatkan nombo tepon. Scroll-scroll dah jumpa, capai phone then call buat booking untuk 2 orang makan.
Balik umah amik Mr Big then terus ke sini.
Sesampai je penuh meja dengan reservation tag, check nama then trus duduk. Pilih 2 sup iaitu sup ayam dan tomyam dengan sepantas kilat Mr Big pi amik bahan makanan untuk di panggang dan untuk periuk steamboat ek.
bahan yang di perap macam ayam, daging, kambing
sayur-sayuran untuk steamboat
makanan laut untuk steamboat
Ini je yang sempat aku snap gambar, maklumlah orang ramai benau time tuh.
makanan yang sedia untuk di makan
sos-sos yang simple
Amik sket-sket je kang tak abis membazir plak. Ok part bakar-bakar ni aku serahkan pada Mr Big sebab dia kan terrer, aku just amik apa yang aku nak makan sajor.
tukang bako
ini menu aku, simple je kan, satu pinggan untuk grill dan satu lagi untuk steamboat tomyam
amik ko, bakar sampai hitam-hitam hehehehe
tomyam steamboat
nampak seafood yang di grill
Makan, makan dan makannnn
Alah steamboat dan grill apa yang nak dikomen sangat pun kan, janji bahan perapannya sedap dan pakai guna grill untuk dapatkan hasil yang awesome sudahlah kan. Sebabnya korang yang kena masak sendiri bukan pekerja kedai tu so tak yah nak poyo sesangat ek hahahhahaha
Aku rasa sedap, walaupun sosnya biasa je but bahan perapan tu yang mantap especially daginglah. Kalau ada perapan coffee beef yang style kat Seoul Garden tuh lagi best. Lagi satu, better ada nasi goreng simple daripada nasi putih kan, memang boleh makan dengan kuah tomyam but aku dah terbiasa dengan nasi goreng kalau pi restoran steamboat dan grill ni ek.
Hah excited nak pi makan, ni tempatnya
Bakar-Bakar Steamboat & Grill House
Alamat : No 2, Jln 8/36, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
(sebaris dengan Tuti Fruiti, Onking Electrics, Ocean Hauz Restaurant)
Harga:
Dewasa RM45
Kanak-kanak (7-12 tahun) RM20
6 tahun ke bawah PERCUMA
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat 2.00pm -12.00am
Sabtu, Ahad dan Public Holiday 12.30pm - 12.00 am
Untuk tempahan/ pertanyaan boleh hubungi:
Puan Suzana – 012-7105549
Shafiq Hakim 0127967414
Cik Fana – 01110772609
Jangan lupa, call untuk booking dulu ek. Kang jadi cam aku nanti, kepunan nak makan kan.
So mereka yang kaki steamboat dan grill cam aku ni, eloklah pi terjah kan.