Showing posts with label tempat makan di Bandar Hilir. Show all posts
Showing posts with label tempat makan di Bandar Hilir. Show all posts

Wednesday, December 2, 2015

Asam Pedas JR Bandar Hilir Melaka, Sedap Jugak

Hi Korang,

Lately ni rasa tiap-tiap minggu aku duk travel pi Melaka kan.

Alah kejalah bukan suker-suker pun, so lepas siap keja terus singgah umah mak aku jap. Tido baring then baru balik office balik. Biasalah tu kan… Sambil menyelam minum air.

So in second time tuh, kebetulan Mr Big cuti plak aku heret lah sekali dia pi Melaka kan. Keja aku kejap je bertapalah dia dalam 30 minit depan pagar Inifineon tu ek hahahhaha


Nak bagi dia tak membebel , aku bawaklah pi makan kat Bandar Hilir. Sebenarnya tak de tujuan pun janji nampak kedai makan the singgah lah. Jalan punye jalan terus sampai ke Mahkota Parade ni. Masuk park kereta kat dalam tu kemudian baru keluar jejalan kan. Tujuannya nak pi Dataran Pahlawan makan, sekali terperasan ke Asam Pedas JR kat tepi Mahkota Parade ni. 

Apa tunggu lagi, jalan kaki sajorlah bukannya jauh pun. 

Inilah kedai makan Asam Pedar JR ni, memang dalam town betul.





Masuk-masuk je dah nampak banyak bahan-bahan makanan untuk di jadikan asam pedas macam pelbagai jenis ikan, daging, tetel ada a few things lah. Terpinga-pinga gak memula but lepas adik kaunter tu bagitau cam ne nak buat order so barulah paham. Kedai makan Asam Pedas JR ni berkonsepkan layan diri kira macam ala-ala food court gituh. 


Duduk kat meja, kemudian pi kat stall yang ada makan dan order serta bagi no meja nanti diorang hantarlah. Air pun gituh gak but kena tunggu kejap sebab air kan senang je nak buat. Ramai orang tak faham konsep cam ni bagi aku ok je. Janji dapat makan sudah. 

Ini je yang ktorang makan

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Telur Ikan

Ketam Goreng

Seronoknya dapat makan kan, maklumlah perut dah lapar daripada masuk highway tadi tu kan. Oh ya setiap hidangan asam pedas di hidangkan sekali dengan nasi putih sepinggan bersama telur masin dan timun. So makan dengan senang lenangnya tanpa gangguan. Lagipun masa ktorang pi hari Isnin confirmlah tak ramai orang.


Bagi aku harga oklah tak delah mahal sangat pun berpatutan tapi ramai yang cakap kat blog kedai makan ni mahal harganya. Alo seafood kot, haruslah mengikut harga pasaran. Takkan harga RM2 sepinggan lauk ikan pari tu ek.. akai tak da ka…

Kalau korang nak pi, ni hah tompek ek

Asam Pedas JR
Newton Culture Food Village Melaka, 
Bandar Hilir, Melaka
(berhadapan dengan Menara Taming Sari)

Korang kalau agak-agak jejalan kat area Bandar Hilir ni boleh singgah ke sini. Taste wise not bad but ikut citarasa memasing lah kan. Kang aku cakap sedap korang kata cam hampeh plak. 

Alah cubalah dulu ek…