Showing posts with label tan chong motor. Show all posts
Showing posts with label tan chong motor. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

NISSAN X-TRAIL Serba Baharu Kini Di Pasaran

Hi Korang,

Cik Lily Putih dapat invite lagi ke majlis pelancaran dari Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) ni. So cam biasa aku akan wakilkan orang-orang untuk attend event ni coz tak sempat nak apply cuti hari tuh.


Nissan X-Trail serba baharu generasi ketiga telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di seluruh dunia. Terbaharu, ia dipilih sebagai Kereta Terbaik 2014 Indonesia (Indonesia Car of the Year 2014) daripada majalah Mobil Motor dan Auto Bild Indonesia serta anugerah sama daripada Persatuan Media Automotif Utama di China.

Varian yang terdapat di pasaran Malaysia adalah varian tertinggi 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD. Sejak pendaftaran pra-tempahan dibuka di Malaysia pada Disember lalu, Nissan X-Trail serba baharu telah menerima lebih 1,300 tempahan sehingga kini. 


Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng dalam ucapannya ketika majlis pelancaran Nissan X-Trail serba baharu berkata, “Kami berasa sangat berbesar hati kerana dapat memperkenalkan Nissan X-Trail serba baharu kepada rakyat Malaysia. X-Trail generasi sebelum ini sememangnya menjadi ikon kepada para peminat SUV di sini apabila lebih 19,000 unit berjaya dijual sejak ETCM memperkenalkannya pada tahun 2003. Nissan X-Trail serba baharu yang direka semula sepenuhnya menggabungkan warisan 4x4 Nissan dengan idea-idea baharu, gayaan premium dan teknologi perintis – sekali gus menjadikannya antara crossover paling canggih yang dilengkapi kemampuan off-road. Crossover premium inovatif ini merupakan satu lagi bukti komitmen ETCM untuk membawakan tawaran terbaik Nissan kepada para pengguna.” 

Nissan X-Trail serba baharu yang dipasang tempatan ini menampilkan teknologi perintis seperti Active Chassis Control. Ia disifatkan sebagai teknologi pertama seumpamanya di dunia yang memastikan pengalaman pemanduan adalah lancar dan bebas tekanan. 


Sistem Active Ride Control berfungsi mengurangkan rasa bergegar yang dialami oleh para pemandu ketika melalui jalan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek demi meningkatkan keselesaan. Manakala sistem Active Engine Brake pula mengubah suai jumlah tekanan brek enjin bagi membantu pemandu mengurangkan kelajuan ketika hendak mengambil selekoh atau berhenti. 


Sebagai tambahan, sistem Active Trace Control – pertama pada kenderaan Nissan – akan mengenakan sedikit kuasa brek kepada tayar-tayar tertentu secara automatik untuk mengurangkan masalah understeer, selain membantu pemandu mengawal kenderaan ketika melalui selekoh. 

Varian 2.5L dilengkapi dengan ALL MODE INTELLIGENT 4x4 System (4x4-i) untuk mode memandu yang berbeza berdasarkan keadaan jalan raya. Ia menawarkan tiga mode iaitu pacuan dua roda, Auto Mode yang menukar pengedaran tork antara roda depan dan belakang secara automotik semasa memandu di jalan yang berturap atau licin, dan Lock Mode untuk pemanduan pacuan empat roda sepanjang masa.


Ciri yang didatangkan pada kedua-dua varian, Hill Start Assist membolehkan para pemandu menukar brake kepada pemecut secara mudah untuk memulakan perjalanan yang lebih selamat di curam bukit. 

Tambahan pula, Hill Descent Control – terdapat di varian 2.5L 4WD - mengawal kelajuan kenderaan (di antara 4km/j -15km/j) ketika menuruni laluan berbukit yang curam atau licin tanpa perlu menekan brek. Ini sekali gus membolehkan pemandu fokus untuk mengawal stereng kenderaan. 

Varian tertinggi, 2.5L 4WD dikuasakan oleh enjin QR25DE-k2 dengan sistem Twin CVTC. Ia mampu menjana kuasa sehingga 171 PS @ 6,000rpm dan tork 233Nm @ 4,000 rpm. Varian 2.0L 2WD pula dibekalkan dengan unit enjin MR20DD dengan sistem pancitan bahan api dan Twin CVTC yang berupaya menghasilkan kuasa mencecah 144PS @ 6,000rpm dan tork maksimum 200Nm @ 4,400rpm.

Kedua-dua varian enjin ini dipadankan bersama kotak gear Xtronic CVT generasi seterusnya bersama mode manual 7 kelajuan untuk pemanduan lancar dan prestasi yang penuh kuasa; serta Mode ECO bagi menawarkan penjimatan bahan api lebih baik. 


Dengan reka bentuk kemas dan penuh gaya yang memastikan kehadirannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja, Nissan X-Trail serba baharu nyata mengambil sejumlah rekaan signatur Nissan. Misalnya, lampu nyalaan siang LED berbentuk Boomerang, gril Nissan berbentuk V yang tersendiri dan kombinasi lampu belakang yang standard pada kedua-dua varian. Keistimewaan varian 2.5L 4WD ialah lampu utama LED yang pertama dalam kelasnya dengan fungsi Auto serta lampu isyarat membelok LED. Roof Rails dan rim aloi bersaiz 17 inci pula memberikan Nissan X-Trail serba baharu penampilan yang menarik dan mengagumkan.
  
Konfigurasi tempat duduk 5+2 sememangnya menawarkan keluasan kabin yang luar biasa, terutamanya apabila tempat duduk tambahan diperlukan untuk kanak-kanak. Kapasiti kargonya juga mengagumkan iaitu 1,520 liter (apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat rata) dan 550 liter (jika tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya). 

Nissan X-Trail serba baharu hadir bersama satu rangkaian sistem keselamatan yang dipasang sebagai ciri standard untuk semua varian. Ini termasuklah dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS) dengan Active Brake-Limited Slip (ABLS), Anti-Lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD) dengan Brake Assist (BA). 


Semasa majlis pelancaran, ETCM turut menyerahkan kunci kepada tiga pemilik pertama X-Trail serba baharu di Malaysia iaitu En. Chea Yaw Hwa, Ahmad Sulhi bin Ghazali dan K.B Moganarajan A/L K.T Balakrishnan.

X-Trail serba baharu ditawarkan pada harga RM165,800 untuk varian 2.5L 4WD dan RM142,800 bagi varian 2.0L 2WD (harga di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia). Ia didatangkan dalam lima warna – perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black), biru (Graphite Blue) dan putih (Brilliant White).


Sempena pelancaran Nissan X-Trail serba baharu, ETCM menawarkan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Ia turut hadir dengan servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun untuk setiap pembeliannya.

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian Tol PERCUMA Khidmat Pelanggan Nissan: 1800-88-3838 atau layari laman web: www.nissan.com.my.

APPENDIX

AKSESORI PILIHAN: ALL-NEW X-TRAIL
No.
Alat Ganti
Unit Harga (RM)
1.
Tinted filem keselamatan - V-Kool Elite Security
4,400.00
2.
Tinted filem - V-Kool Armorcoat
2,850.00
3.
Tinted filem – Solar Gard
1,450.00
4.
Tempat Duduk Kulit
2,800.00
5.
Ultra Glass Body Coating NEO           
2,350.00
6.
Multimedia Navigasi
3,800.00


Friday, November 9, 2012

Nissan ALMERA Test Drive Day KL-PD-Melaka

Hi Korang,

Kan hari tuh aku pi launching Nissan ALMERA ni kan, ermm dapat plak offer dari Tan Chong Team untuk join media test drive last week. Haruslah pi kan, rezeki jalan di tolak.

Amik gambo sendiri jelah


Aku sampai ETCM Southgate ni kul 8.20pagi cam tu. Satu orang pun aku tak kenal so cam biasa buat networking dengan ramah-ramah mulut tu ek. 


Majoriti yang join semuanya mainstream media and magazine automobile. Breakfast dulu kemudian baru register dan briefing pun start.

Jajan yang menarik hati

Air pun brand Tan ChonG tau

Ok its time untuk naik kereta. Kereta aku no. 13 yang paling last. Aku ok je coz mesti semua orang akan tunggu aku kalau aku lambat kan, baru convoy katanya. 

Siap ada guide book lagi, takut nau ktorg sesat kan

Dalam kereta aku lengkap dengan GPS, smart tag dan walkie talkie untuk nak communicate kalau ada apa-apakan. Tak ketinggalan gak, jajan pun ada ye untuk hilangkan ngantuk masa drive.

Lepak kejap

Ok syiok sendiri kejap

Untuk first part, ktorg kena buat ECO Run Test Drive. Ala ini senang sangat, drive cam biasa yang macam pi keje kan sebab nak tengok penjimatan minyak untuk kereta ALMERA ni.So convoy dari KL-Putrajaya-Nilai-Rantau. Time ni memang rileks abis, bawa dalam kadar 80-90km/jam cam tu. Bolehlah enjoy features dalam Nissan ALMERA ni.


Sampai Rantau, isi minyak dulu ek. Memang betul-betul jimat lah, cuma RM9.99 je dari KL ke Rantau siap lalu Putrajaya, Nilai lagi kan. Kira baguslah kereta ni. So tukar driver, Sidney (blogger) pulak yang drive.

Convoy stop untuk tukar driver


Dari Rantau ke Port Dickson, ikut jalan lama coz nak try hardcore driving plak. Mana taknya dengan jalan bengkang bengkok di tambah plak dengan hujan lebat lagi. Itu belum kira lembu melintas bagai kan. Ternyata suspension ALMERA memang strong lah.  Brake pun power.


Hah sampai pun Avillion Cove, ktorg lunch kat clubhouse tuh. Dapat rehat-rehat lurus pinggang sket kan. Makan tetap makan walaupun dalam kereta tadi jajan pun masih banyak lagi. Amik-amik gambar ALMERA IMPUL punye interior. Ini lagi best dari yang aku drive tuh. Full spec la katakan.


Driving dari PD ke Melaka memang ok lah. Lalu jalan lama kan, dengan kereta banyak, lori besar, budak sekolah melintas, traffic light memang best. Kat sini Marshall sangat membantu, bagitau ada obstacle, lori rosak dan memacam lah. Siap boleh buat conference lagi dalam kereta dengan walkie talkie. Banyak betul info yang aku dapat tau more details pasal Nissan ALMERA ni.



Sampai Holiday Inn Melaka dalam kul 4.00pm cam tuh. Ermm tak boleh nak buat photoshoot langsung coz hujan yang amat lebat. Jawabnya kena tunggu esok pagi lah.

Duit banjer untuk second day

Malam ktorg dinner kat Restoran Peranakan area Jonker Walk tu dan esoknya drive balik KL. (itu lain punye entry la ek)

Goodies dari Nissan. Timo kaciH yo..

Itu je


Apa-apa pun thanks Tan Chong Motor for this special opportunity; hopefully we can work together again.

p/s : Tak banyak gambo muka aku ek coz official photographer mak keje noks, tak leh nak cuti.


Monday, November 5, 2012

Nissan ALMERA Official Launch @ One World Hotel


Hi Korang,

Sorry lambat sket update, terlupa nak publish plak.

Last week aku ke media launch bagi kereta terbaru keluaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) iaitu Nissan ALMERA. Actually benda ni dah heboh since awal Ogos hari tuh dan pun secara rasmi keluar dan dijangkakan akan meneruskan rekod cemerlang dan tradisinya dalam segmen yang cukup kompetitif di Malaysia ni.


Actually bila baca dalam invitation theme nya ‘smart casual’. Tapi bila sampai semua orang berpakaian formal. Hah ko semuanya ‘in black’. Kata Evelyn maybe dealer2 or branch manager Nissan kot, sebab tu diorg berpakaian cam tu. Imej korporat lah katakan.


Majlis yang di acarakan oleh Serena C ni bagi aku cukup simple. Di mulakan dengan sejarah Nissan di Malaysia, speech dari Pengarah Urusan Tan Chong Motor Holdings Berhad, Dato’ Tan Heng Chew dan Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng mengenai Nissan ALMERA.

Jeng jeng jeng..


Once ktorg dipersembahkan dengan video mengenai features untuk Nissan ALMERA. Keluarlah kereta tersebut di pentas. Hah ko total memang cantik sangat. Walaupun kereta ni nampak mewah dan esklusif but harganya amat berpatutan, memang sesuai di jadikan kenderaan yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.


Nissan ALMERA ditawarkan dalam tiga gred berbeza iaitu E, V & VL serta versi lebih sporty, Nissan ALMERA Talaan IMPUL. Nissan ALMERA dibina di atas platform versatil “V” global baharu yang menggunakan kerangka ringan dan tegar. Kereta itu dikuasakan oleh enjin HR15DE terbaharu Nissan bersesaran 1.5 liter yang menampilkan sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) dengan kecekapan bahan api yang cemerlang iaitu 14.9km/l untuk transmisi automatik dan 15.9km/l untuk transmisi manual (kitaran gabungan berdasarkan ujian Nissan) serta pemanduan yang mantap.




Nissan ALMERA ditawarkan dalam tiga gred berbeza iaitu E, V & VL serta versi lebih sporty, Nissan ALMERA Talaan IMPUL. Nissan ALMERA dibina di atas platform versatil “V” global baharu yang menggunakan kerangka ringan dan tegar. Kereta itu dikuasakan oleh enjin HR15DE terbaharu Nissan bersesaran 1.5 liter yang menampilkan sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) dengan kecekapan bahan api yang cemerlang iaitu 14.9km/l untuk transmisi automatik dan 15.9km/l untuk transmisi manual (kitaran gabungan berdasarkan ujian Nissan) serta pemanduan yang mantap.



Nissan ALMERA dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti front airbags, anti-lock braking system (ABS), electronic brake distribution (EBD), brake assist dan ISOFIX Child Seat System, tergantung pada gred masing-masing. Semua gred Nissan ALMERA ditawarkan dalam pilihan warna emas (Bronze Gold), hitam (Sapphire Black), kelabu (Twilight Grey), perak (Tungsten Silver) dan putih (Brilliant White).


“Para pelanggan pasti akan terkejut dan gembira dengan reka bentuk mewah, ciri-ciri dan keselesaan yang memberikan lebih gaya, teknologi serta ruang. Nissan ALMERA bukan sekadar direka bentuk dengan penuh gaya, malah apa yang membezakannya dengan pesaing lain adalah ciri-ciri premium yang dimilikinya. Sebagai contoh, ruang kaki dan but yang terbaik dalam kelasnya serta teknologi-teknologi premium,” jelas Dato’ Dr Ang.

Beliau turut menjelaskan bahawa selain daripada harga Nissan ALMERA yang menarik, unsur-unsur lain seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, selang servis pada setiap 10,000km dan kos alat ganti yang berpatutan adalah pendorong utama menjadikan jumlah kos pemilikan ALMERA menjadi amat memberangsangkan.


Maklumat lanjut, sila hubungi  Hotline Perkhidmatan Pelanggan kami di talian BEBAS TOL: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my Pandu uji boleh diatur di bilik pameran Nissan berhampiran anda!

Ok not bad kan Nissan ALMERA ni, ermm korang tunggu nak aku citer pasal test drive aku ke Melaka 2 hari dengan Nissan ALMERA.

Memang terbaik oooo