Hi Korang,
Minggu ni memang tengah VIRAL pasal susu murah.
Ye betul, korang boleh check it out di timeline Facebook memasing. Ada je orang post status pasal susu murah ni.
Aku sendiri pun tak percaya gak sebab takkanlah Dutch Lady berbaik hati benau nak kasi harga murah-murah kan, maybe nak habiskan stok or dah dekat nak expired date. So biarlah jelah, lagipun hanya boleh di beli di 7-11 sahaja.
So semalam lepas habis event kat area Bukit Bintang ni, si Nannie ajak aku ke 7-11 seberang jalan ni. Katanya nak pi tengok kisah viral susu murah ni, aku ikutkan sajalah. Memasuk je memang ada pun statement pasal susu kotak murah ni.
Sekali baca hanya setiap 1 pelanggan hanya boleh beli 3 kotak sahaja.
Jeng jeng jeng la 3 kotak je. Ermm tak perlah janji hado.
Ntah macam mana dan apa yang si Nannie negotiate dengan kakak cashier tuh, tup-tup boleh beli lebih tapi berlainan resit katanya.
yang ni dah ada tuan ye
Arggh terus borong berapa yang ada, especially perasi kopi ni memang payah nak dapat itu yang di ambil dulu. Aku pun beli jelah 12 kotak sebab semalam travel naik train so malas nak hangkut barang bebanyak.
Kitaorang keluar dari area Bukit Bintang tuh coz nanie nak dropkan aku kat nearest LRT station.
Sekali nampak pulak 7-11 sebelah belakang jalan ni.
Apa lagi terus singgah.
Lepas cantik punye negotiation so dapatlah kitaorang beli berkarton-karton sorang satu siap ambil order untuk Ayu sekali hehehehhe. Sampai cashier cakap, akak ini last karton ye kalau mau beli lagi datang esok Hehehehe gituh sekali.
Penatlah aku memikul bawak balik susu sekarton ni kan. Nasib baik orang dalam train tak perasan sebab aku dah pecah-pecah jadi kecil.
Balik tuh terus susun dalam fridge, rasanya dah macam kedai runcit pulak. Bukak fridge je nampak air kotak kan
Sempat lagi kot kalau korang nak dapatkan susu kotak murah ni, promosi sampai hari ahad ni.
Selamat shopping susu semuanye…