Showing posts with label susu lembu new zealand. Show all posts
Showing posts with label susu lembu new zealand. Show all posts

Thursday, October 11, 2018

100% Mmmmm Susu Fernleaf Dari New Zealand Ni lah

Hi Korang, 


Biasa dengar pasal susu Fernleaf dari New Zealand ni kan!! 

Kalau iklan-iklan kat tv memang selalu nampak je iklan susu Fernleaf ni, mesti nampak lembu sekali dalam iklan tuh, betul tak?? 

Mari kak lily cerita serba sedikit mengenai perusahaan susu Fernleaf ni ek.


Susu Fernleaf ni merupakan hasil keluaran 100% susu dari New Zealand. Kalau korang nak tau yang lembu tenusu ni adalah jiwa dalam industri tenusu dan para peladangnya menjaga lembu-lembu ni dengan penuh dedikasi. 

Diorang ni mengusahakan ladang secara semulajadi iaitu dengan memberikan kebebasan kepada lembu-lembu ni untuk meragut di padang rumput yang subur. Hasilnya, susu yang di hasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protien yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.

Lembu Tenusu dan Rumput 

New Zealand ni terkenal dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak so tak hairanlah kalau New Zealand adalah salah satu lokasi yang terbaik di dunia dalam penghasilan susu lembu.

pics from : goggle.com 

Lembu-lembu di sini menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas bagi menghasilkan susu dengan tahan vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung di dalam kandang. Kiranya susu-susu lembu ni tak memerlukan sebarang bentuk penggalak susu maka Susu yang dihasilkan adalah secara semulajadi 100%. 

mummy, tengok lembu abang tengah makan rumput ni

tada, cantik tak mummy?

Pakar Tenusu 

Pakar-pakar di Fernleaf ni mempunyai lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, yang mana mereka ini senantiasa memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu dairpada air bersih sehingga pengedaran produk kepada para pengguna.

Bila dapat minum susu...




Kemain lagi si Aakif minum susu ni ek, siap beraction bagai. Korang tengok jelah boomerang tuh kan hahahha

kenapa nak lelap-lelap mata bagai ni ek, susu je tuh

ni memang peminat setia susu lembu hah

Memang patutlah susu Fernleaf ni 100% Mmmmm, sedap bak hang !! 

Susu Fernleaf UHT datang dalam tiga perisa yang enak, krim penuh, rendah lemak dan coklat, serta dua saiz, iaitu pek 1 liter dan 200 ml. Kalau nak cuba tuh boleh je ke pasaraya berdekatan dengan korang confirm-confirm susu ni ada tau


Alah tak delah mahal mana pun, cubalah dulu kan


#FernleafUHT 
#100Mmmmm