Showing posts with label steamboat murah. Show all posts
Showing posts with label steamboat murah. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

Promosi Steamboat BBQ Buffet Di Restoran D'Kayangan, Shah Alam

Hi Korang,

Ramai betul kengkawan blogger rekomen kat aku suruh pi makan steamboat di D’Kayangan ni ek. Eh bukan tak nak pi tak lokasi kurang memuaskan daripada umah aku ni. So kalau nak pi pun hujung minggu je lah. 


So hari tuh, kitaorang baru je habis event di Shah Alam dan kebetulan pulak aku cuti so sempatlah singgah makan steamboat di restoran ni. 

Peminat steamboat pasti mengenali Restoran D'Kayangan yang terletak di Shah Alam. Dibuka setiap hari bermula dari jam 5 petang sehingga ke lewat malam. Dengan menawarkan pelbagai hidangan makanan laut yang boleh digrill ataupun dimasukkan samada dalam sup mahupun kuah tom yam.

Masa kitaorang sampai tuh belum ramai orang lagi so sempatlah ambil gambar-gambar makanan dulu ek hehehhee. Jangan sampai meleleh air liur ek huahauhaua










Dengan pelbagai hidangan laut serta perapan daging ternyata kualiti rasanya tetap sama seperti dulu ~ enak tidak terkata. Namun, kali ini D'Kayangan telah menambah baik hidangan dengan memperkenalkan pelbagai lagi menu bagi memenuhi citarasa pelanggan-pelanggan yang hadir ke sini.









Ni baru sikit jer, banyak lagi sebenarnya. Memang sedap dimasukkan segala aneka hidupan segar ini didalam steamboat. 

Ada lagi aku nak tunjuk ni,







Bola-bola api huahauaha.. tak pelah bebola makanan laut



sayur-sayuran jangan dilupakan ek, sedapla dicampur sekali disalam sup steamboat




Ada lagi ni tau....



Nak makan kambing bakar? Dekat sini ada ya! Ditawarkan setiap hari tau.





Terdapat juga masakan panas seperti sayur goreng, mee hoon goreng, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam dan pelbagai lagi.


Limpahan pilihan sos yang pasti memukau tekak korang ek



Pencuci mulut pun ada jugak, simple tapi sedap tau

Ok jom makan,




Amik ko makan semua apa yang ada ek, sampai senak perut di buatnya hahahahah

Bermula 1 September 2016, di D'Kayangan telah menawarkan harga buffet Merdeka iaitu RM33 sahaja. Dan bersempena dengan tawaran ini, D'Kayangan juga menawarkan hidangan istimewa seperti "The Devil Curry" atau Kari Debal (kari daging yang memang meletop) makan bersama nasi pelangi mahupun nasi putih panas-panas. Begitu juga hidangan istimewa iaitu ayam 65, memang unik rasanya. Sedap wooo.

Hidangan Ayam 65

Nasi Pelangi

Promosi bersempena dengan Buffet Merdeka, harga yang ditawarkan adalah RM33 (dewasa). Dan lebih istimewa hanya setiap hari Ahad ditawarkan buffet lunch yang bermula dari 11 pagi sehingga 3 petang, harga yang ditawarkan adalah RM22.90 (dewasa) dan RM9.90 (kanak-kanak)


Murah kot.. suker plak aku ni ek

Jom singgah ke:-


Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam
Waktu Operasi : 5 petang – 2 pagi

Nombor Telefon : 0355234979 / 012-2971091

Facebook :


Jom! Bawa keluarga dan ajak sekali rakan-rakan anda untuk menikmati hidangan bergrill serta steamboat pada harga yang cukup berbaloi!

Wednesday, January 2, 2013

Anniversary Dinner at Tupai-Tupai Bangi


Hi Korang,

Anniversarynya dah lepas 2 minggu lebih but ari ni baru nak citer kan.


Dalam sejarah wedding anniversary ktorg yang ke 5 ni, ktorg tak berjalan kemana pun. Sebabnya tak de plan nak kemana dan nak simpan cuti untuk pi outing best-best akan datang ni.



Kesudahannya hari tu, ktorg pi anto kereta buat major service 2 hari dan malamnya plak pi makan dengan family Mr Big. 2-3 tempat ktorg pi yang majoritinya penuh, yelah orang gomen dapat bonus katanya dan akhirnya sampai gak ke Tupai-Tupai Bangi ni. Alah dekat, mudah dan harga not bad.

abang dan adik

lapo ni 

abang dan adik kecik

Ada hidangan ala-carte but ktorg prefer steamboat buffet je coz amat berbaloi, boleh pilih apa je untuk masak sendiri. 5-6 round gak aku bangun duduk ambil makanan kan.




Sementara nak tunggu steamboat masak, ktorg duk bedal goreng-gorengan yang sedap dan banyak isi dalamnya. Tak payah nak korek-korek apa dalam nasi goreng tu coz udang dah siap kopek sebesar-besar dan sebanyak mungkin ada tau.


Korang nak pi gak, ishkk suka tau follow aku ni

Ni tempatnya:

Address: Lot 1513-A, Kampung Sungai Tangkas, Batu 18 Jalan Bangi (Jalan Reko), 43000 Kajang , Selangor, Malaysia


GPS Coordinates: N2 56.693 E101 47.152


Bagi aku oklah harganya, walaupun kata orang pricey but for me ok je. RM30 per person korang boleh apa jua hidangan yang di sediakan ayam, ikan, segala jenis seafood, segala jenis sayur, air 7 jenis termasuk kopi dan the tarik,bubur ayam, bubur manis, tapai ais krim pelbagai warna dan yang paling best ada nasi goreng, meehoon goreng, kuayteow goreng yang ada banyak isi dalamnya.


So total damaged RM290 ( 8 dewasa + 2 anak sedara cina tuh)

panorama shot, Cool kan

Rasanya Restoran Tupai-Tupai Bandar Baru Bangi ni lagi best dari Bukit Petaling punya sebab kat sini semua all in termasuk air, tapi kalau kat Bukit Petaling air kena order asing. Tak ke untung tu kan.

So, Selamat Makan Korang!

p/s: gambo tak berapa banyak coz ni bukan food review ye, semuanya snap guna Samsung GALAXY Camera.