Showing posts with label steamboat halal di hatyai. Show all posts
Showing posts with label steamboat halal di hatyai. Show all posts

Wednesday, September 19, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Lee Garden Plaza, Segalanya Ada Di Sini (PART 3)

Hi Korang,

Dah habis citer pasal train, pasal hotel ni nak citer pasal tempat ni plak. 

ini landmark Lee Garden Plaza, nampak Mc Donalds dah betul la tuh kan

nampak gerai makan bergerak diorang ni, ini baru satu layer. nanti malam sket tambah lagi satu layer hehhee

Lee Garden Plaza, tempat ni ada segala-galanya. Ada hotel, ada tempat makan, ada shopping mall, tempat urut, kedai makan tepi jalan pendek kata adalah semua. Kitorang ingat nak duduk kat situ tapi sorrylah hotelnya senantiasa full booking, yelah lokasi strategik turun bawah je dah boleh shopping hehehe tapi polis bersepah kat bawah ni maklumlah tempat ni kan dulu pernah di bom, tak ingat tahun berapa ek lupa lah 

ini tujuan ktorang pi Hatyai selain urut, pi beli barang moto Mr Big hah

Tapi kalau korang ke sana waktu siang, dia macam dead sket lah sebab kedai-kedainya kat sebelah dalam je tapi bila waktu malam ewah heaven sehh!! 

Kitaorang setiap hari ke sana, daripada mula sampai hingga nak balik pun still ke sana jugak. Jalan kaki je sebab bukan jauh pun, lagipun di kiri kanan jalan ni banyak menda yang boleh mencucikan mata korang tau hauhauahauhuaa. Orang meniaga tepi jalan kemain banyak lagi tau. 

Makan 


nampak orang Malaysia nak beli roti canai manis tuh, beratur wokeh

beli goreng-gorengan, beratur wokehh

sotong kering bakar pun ada jual kat tepi jalan ni

Kawasan ni bila malam je jadi syurga makanan. Banyak kereta tolak mula sampai dalam pukul 5 lebih cam tuh, diaorang akan bukak gerai dan meja sekali tapi limited seat je tau. Kat sini boleh makan macam-macam seperti tomyam, padthai, menu-menu desert, udang galah goreng, pulut mangga, ice coconut dan banyak lagi even roti canai pun ada gak tau. Hehehhe 

yang ni sedulang THB300 dalam RM35 kot

puyuh seekor THB100 tapi tak beli pun

coconut ice cream THB50 dalam RM5 lebih tak delah murah gak kan

menu dinner, malam pertama. Tomyam seafood, nasi goreng seafood, oyster omelette

pekena kopi Thai sebelum tidur ek

pekena roti dan Teh Thai sementara tunggu Mr Big abis urut

sarang burung THB100

roti canai coklat lupa harga plak

Kitaorang lepak tiap-tiap malam kat sini even hari ketiga siang malam tuh pun lepak kat sini jugak. Makan tak delah murah mana pun but portionnya besar dan banyak, sesuai dengan mereka yang dalam trip budget tuh. Ktorang segala menda nak di makannya bila kat sini tambahan pulak, malam hujung minggu ada macam bazaar kat tepi Lee Garden Plaza so lagilah syiok kan. 

Urut 


Ini merupakan aktiviti setiap malam lepas makan dan sebelum balik ke hotel. 

harga urutan di Hatyai, lebih kurang je mana-mana tempat

Bukan apa murah sangat wei urut kat Hatyai ni, sangat-sangat murah dan lama berbanding kat Malaysia tak kiralah korang pi tempat urut yang mahal tuh still Hatyai murah. 

cuci kaki dulu sebelum urut kaki ek

urut kaki malam pertama, dilipat-lipat bagai kaki tangan semua

Setiap malam tak pernah miss pun ktorang mengurut kaki selama sejam alah baru THB250 je. Murah dan lama dan urutan kakinya sampai ke separuh badan diurutnya dengan kepala, bahu, kaki sampai ke peha, tangan sampai ke ketiak lepas tuh dapat minum teh segelas jadilah. Lega sket badan. 

facial THB600 je, baring ko kat sini 1 jam lebih siap tidur-tidur lagi tau

Malam kedua tuh kak lily buat facial dan Mr Big pi urut satu badan, dalam 1 jam 30 minit treatmentnya harga baru THB600.. hah murahkan. So sekarang korang tau lah duit ktorang kemana sebenarnya kan hehehe. 

urut kaki malam ketiga, ini sebelah hotel je

wifi laju bak hang! so surfing jelah

Even hari ketiga tuh, sempat lagi urut sebelah malam sebelum tidur kat tepi hotel ni, sini murah sket hehehe 

Shopping 


Wokeh barang-barang souvenir macam keychain, fridge magnet, baju, seluar, memang merata di jual di kawasan ni tak kira siang ke malam tapi harga mahal sket kot daripada floating market. 

nak beli rasa membazir plak, kreatif orang-orang Hatyai ni ek

ini untuk mereka yang booking melawat tempat-tempat pelancongan di Hatyai, tengah malam pun bukak jugak

Tapi ktorang tak beli pun sebab bukan ada saiz pun baju hehehhee so tengok-tengok cuti mata. Bila kitaorang merayau di lorong-lorong kecik dekat Grand Pink Hotel entrance area tuh macam-macam kitorang jumpa, kedai jual handbang, jual beg tarik, kain batik, kudap-kudapan dan memacam lagi. So pendek kata kena jalan dan explore area Lee Garden Plaza ni. 

ni kedai lorong-lorong kecik tuh

Even supermarket diorang TOPS Market pun kitaorang masuk jugak sekadar cuti mata hehehhe, memang barang-barangnya sama dengan barang kat Malaysia tapi harganya tukar currency je which is murah bak hang!! 

sudah abis duit mari kita pulang

Kalau korang budget sket, sinilah tempatnya untuk segala-galanya nak makan, nak urut, nak shopping kan. Yang duduk jauh sket dari area ni don’t worry Tuk-Tuk tau je tempat ni hehehehe 

boleh sesat oo ramai nau orang Malaysia

Ini alamatnya: 

Lee Plaza Garden 
29, Prachathipat Road, 
Hat Yai 90110, Thailand 

Ok settle PART 3, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

ok gambar kenang-kenangan mestilah kena ada

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. Train Ke Hatyai (PART 1) 

2. The Bed Hotel (PART 2) 

3. Lee Garden Plaza (PART 3) 

4. Chabura Dimsum 

5. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 

6. Khlong Hae Floating Market 

7. Khlong Hae Buffet Seafood 

8. Central Festival Mall 

9. Big Market 

10. Hatyai Junction 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com