Morning Korang,
Malam tadi sebab tak de benda nak buat ktorg pi jejalan ke Downtown Cheras. Ala bukan nak beli apa pun sekadar nak cuci mata je. Awal jugak ktorg sampai dalam kul 10 lebih cam tu but parking punyalah payah coz jalan tu tengah construction kan.
Once dapat je parking, jauh jugak lah kan. Terus berjalan ke area pasar malam tuh. Downtown ni sama beso dengan Uptown Danau Kota. Memacam benda ada jual kat downtown nie. Aku? tak beli apa-apa pun just jejalan je. Ingatkan urut kaki but ramai plak orang kan. So tak yahlah.
Abis je tawaf, ktorg duk lepak kat gerai tepi2 jalan area ni kan. Majoriti semua jual celup-celup dan sate ikan. Ermm favourite mrBig ni. Dia yang duk pilih apa nak makan. Aku duduk jelah.
La korang tak tau Celup-celup tu apa?
Actually dia macam steamboat jugak lah but makanan tu dicucuk kat lidi di buat macam sate gitu. Memacam pilihan ada spt sayur, telur puyuh, fishball craball prawnball pelbagai colour dan memacam lagi lah. Once kita celup dalam air panas yang diorg dah sediakan sekejap then curah kuah or sos pelbagai rasa yang di sediakan. Harga plak ikut apa yang korang pilih lah. Ada yang RM1.00 ada 80sen. Ermm kenyang makan ni as supper. Plus berkhasiat jugak tu kan. Yelah rebus2 gitu.
Kalau korang nak makan celup-celup ni jarang jual kat dalam shopping complex. Selalunya kat tepi2 jalan cam tu lah. If korang don't mind about location kan, why not pi cuba try sekali-sekala kan.
Happy Weekend Korang..