Showing posts with label staycation in petaling jaya. Show all posts
Showing posts with label staycation in petaling jaya. Show all posts

Monday, March 26, 2018

Bercuti Di Hotel ARMADA Petaling Jaya

Hi Korang, 


Lama betul tak bercuti-cuti Malaysia di hujung minggu ek. 

Yelah kalau bercuti je ingat pantai, pulau, hutam rimba, gunung ganang bagai kan, tapi kalau cuti setakat hujung minggu cam no nak ke pulau bagai so jawabnya berhujung minggu di Kuala Lumpur jelah kan. 


Minggu lepas kak lily berkesempatan untuk merehatkan diri seketika luar daripada rumah, eh haruslah tidur hotel. So tempat yang kitaorang pilih adalah Hotel Armada Petaling Jaya. Bukan selain daripada dekat, kak lily tak pernah lagi tidur di sini. Selalu datang makan je sekarang ni merasa plak menginap di hotel didalam Petaling Jaya ni. 

Ye nak citer lah ni, excited korang ek hehehehe 


Kalau korang nak tau, Armada Petaling Jaya terletak di tengah-tengah Petaling Jaya, berhampiran dengan Lebuhraya Persekutuan, stesen LRT, bas dan stesen teksi yang membolehkan lebih banyak pilihan ke seluruh bandar dan akses mudah ke Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur. 


Bagi menampung peningkatan permintaan pelanggan korporat , bangunan 24-tingkat ini mempunyai 257 bilik yang telah diubahsuai sepenuhnya pada akhir 2017 ke standard moden dan elegan. Semua bilik telah ditambahbaik untuk memberi tetamu mereka penginapan yang selesa dan menyeronokkan. Setiap bilik dilengkapi dengan 40 inci TV plasma dan WIFI percuma untuk memastikan korang senantiasa berhubung hanya dihujung jari sahaja. 


Kitaorang check in dah petang gituh dalam pukul 3.30 petang, ermm masuk je bilik haruslah bergambar dulu kan 


Ianya adalah Grand Deluxe room pada harga RM270++

Kemain cantik lagi dalamnya ek. Nampak sangat esklusif, kalau korang perasan bila tengok bangunan Armada Hotel ni dari luar nampak lama tapi bila masuk bilik wow wie hebatttt 

Simple dan minimalist, itu yang kak lily boleh cakap. 










Toiletnye kemain besar, kemas dan cantic tersusun tualanya, macam kat umah pun ada gak. Toiletries pun disediakan, so haruslah digunakan. 

Sementara nak tunggu dinner tuh, haruslah tidur sekejap tapi kak lily tak tidur pun sebab duk sibuk buat kerja-kerja yang terbengkalai. Rasa selesa betul bila bekerja di bilik ni, walaupun meja study kecil je tapi sofanya empuk so sambal menaip sambal tidur baring pun boleh huahauhaua 

BBQ Buffet 

Disebabkan malam tuh malam sabtu so dapatlah kak lily merasa malam BBQ Buffet di Utara Coffee House ni. Well well well siapa yang tak suka dengan BBQ kan. Haruslah kena ada ayam, kambing, ikan, sotong, udang yang di grill. 







Makan lah sepuas-puasnya yelah sekala sekali manjakan perut dengan hidangan hotel. 

The Merchant Live 

Habis makan, kitaorang naik pulak ke tingkat 1 di Hotel Armada ni, nama tempatnya di The Merchant Live. Kiranya tempat ni adalah tempat berehat-rehat bagi tetamu hotel dan para penghujung. Ada bahagian yang ada minuman keras, tapi kitaorang tak ke situ lah, giler ke kan.




So kitaorang lepak di other side yang ada karaoke dan indoor games macam British pool table dan Electronic Darts machine.

Apalagi sambung makan dan karaoke la ek, kak lily ingatkan ada lagu omputih je ermm salah ek lagu melayu yang top pun hado tau macam Aiman Tino, Suffian Suhaimi, lagu-lagu 90an dan banyak lagi lah. Kalau korang tengok IG stoy kak lily last week memang tergelak-gelak lah, yelah yang nyanyi semua suara sumbang mambang dengan anak-anak lagi menyanyi kan. 

Naik bilik memasing terus membungkang tidur hauhauha kepenatan menyanyi







Pagi ahad tuh pepagi dah celik mata so apa lagi its breakfast time! Hehehee. Sebenarnya memana hotel breakfast buffetnya lebih kurang sama je so tak de apa pun yang unik, tapi di Armada Hotel ni kita boleh buat sandwich sendiri. Itu yang kak lily suka tuh boleh letak memacam dalam sandwich sendiri hehehe 

On the way naik bilik, boleh plak singgah di Gym yang terletak di tingkat 2. 




10 minit pun bersenam jugak kan huahauhauha 

Sayang betul nak check out dari Armada Hotel ni, sayang nak bangkit dari katil empuk yang selesa benau tidur tuh ek. Nampun terpaksa jua ku tinggalkan dengan sayu hati huhuhuhuhu. 

Weekend Hi-Tea Buffet 

Lepas check out tuh, ermm apa lagi meh singgah ke Utara Coffee House untuk layan weekend hi-tea buffet pulak. Yesza moh kita makan lagi ek.








Pelbagai jenis hidangan yang terdapat di hi tea buffet ni yang korang rasa berbaloi-baloi bayar RM68++ dapat makan dari 12tghari sehingga 4 petang. Kak lily sampai kena paksa balik dengan Mr Big sebab asyik leka makan je kan huahauhauha


Terdapat Ballroom di Aras 3 boleh menampung sehingga 350 tetamu duduk atau 500 tetamu untuk mesyuarat persidangan, majlis perkahwinan, acara korporat dan banyak lagi. Disokong oleh kemudahan terkini, dewan-dewan ini merupakan lokasi yang sangat baik untuk seminar, persidangan, perkahwinan dan makan malam tahunan. Seiring dengan ini, terdapat enam bilik fungsi lain pada tahap yang sama. Terletak di tingkat 1, The Latitude adalah tempat acara multi-acara yang merupakan tambahan kepada bilik-bilik fungsi yang ada di tingkat 3. Latitude adalah tempat yang bergaya dan luas yang terdiri daripada tiga suite yang menggabungkan kemudahan pelbagai fungsi untuk mesyuarat dan acara dan boleh menampung kumpulan koktel yang berdiri sehingga 250 tetamu. 

Korang-korang yang duk sibuk mencari tempat untuk aktiviti yang bersesuaian dengan korang, kenapa tidak datang dulu ke Hotel Armada ni ek. Belum cuba belum tau.. 

Hotel Armada Petaling Jaya (Co. No: 116095-U) 
LOT 6 LORONG UTARA C, 
SECTION 52, 
46200 PETALING JAYA, SELANGOR 
Tel (603) 7954 6888
Fax (603) 7956 8088 

Website : www.armada.com.my

Tarikan berdekatan di sini termasuklah : 

Jaya Shopping Mall – 1km / 5 mins
Mid Valley Megamall – 5.6km / 10 mins
Amcorp Mall – 2.4km / 7 mins
Sunway Lagoon Theme Park – 9.5km /25 mins
KLCC – 10.2km / 20 mins
Pavilion Mall – 15km / 30 mins


Itulah next time nak cuba ambil pakej yang siap masuk ke Sunway Lagoon theme park ni ek, not bad jugak harganya kan.