Showing posts with label starbucks. Show all posts
Showing posts with label starbucks. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Contest Baik Punya Menanti Di BCard Mobile App, Jom Cepat Ek

Hi Korang,

Kaki-kaki yang suka collect FREE item ni mesti tau pasal BCard Loyalty Program Card ni kan.


Dah merata tempat kita boleh nampak logo BCard ni. Kira macam beli barang dan guna loyalty card ni untuk collect point. Bila points dah banyak boleh redeem barang or voucher yang korang suka kan

Now BCard dah lancarkan BCard Mobile App untuk pengguna iOS untuk pengguna Apple dan Google Play Store untuk pengguna Android.

Meh aku ajar sket caranya:

1. Lepas download kat smartphone korang yang canggih tu, mestilah kena login kan. Ikut ID User dan password yang korang ada tuh.

2. Once dah masuk, teruskan dia akan linkkan korang ke MY Member Profile. Kat sini boleh details korang, berapa point ada, dan memacam lah

3.  Korang boleh gak cari kedai yang berhampiran dengan tempat korang untuk pi collect point gak.

4. Cara nak redeem pun dalam BCard Mobile App ni, ikut kategori, berapa points semualah ada kan.

Apa macam? Mudah kan. Alah sama macam main Angry Bird je, klik klik dan klik.

Ok ok ada lagi ni berita baik untuk kaki contest cam korang ni gak tau.


BCard sedang adakan BCARD Brewarded Contest untuk korang tau. Contest ini bermula dari 4thDisember 2012 hingga 29th Januari 2013. Oit lama tuh, kira dekat 2 bulan gak lah. Sesiapa pun boleh join contest, terbuka pada semua rakyat Malaysia dan permanent residents. Bebudak yang bawah 18 tahun tu mintak permission mak bapak korang dulu ye.

Cara nak Join contest ni?

① Kenalah LIKE BCARD facebook page https://www.facebook.com/BCardRewards?fref=ts

② Register BCARD korang atau LOGIN je dengan korang punya BCARD account

③ Korang kena SHARE je pasal contest ni dan INVITE kengkawan korang untuk join contest ni.

Itu je, mudah kan


Ok ni aku kasi TIPS bagaimana nak menang BCARD contest ni

① Login www.bcard.com.my/BRewarded untuk check ranking korang

② Buat kecoh sket kat wall korang pasal contest ni

③ Ajar kengkawan korang join.


Lagi banyak kengkawan korang join maka lagi cerah lah peluang korang nak menang dalam contest ni. Di antara hadiah-hadiah yang menanti korang ialah pakej percutian, voucher dan gadget-gadget terkini.

Apa tunggu lagi, moh cepat kita join ye.



Tuesday, October 2, 2012

Dermalogica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30 Media Launch

Hi Korang,

Suka sangat korang kan bila aku citer pasal cara awet muda kan? Yelah orang dah berumur sket cam aku ni tapi bukan senior citizen lagi ye kenalah jaga apa yang perlu. Mana tau ada rezeki boleh masuk TV lagi khakhaka.

Mimpi yang tak sudah sungguh!


Lagi seronok bila pi media launch of Dermologica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30 media launch kat Starbucks Taman Tun Dr Ismail. Simple occasion yang pernah aku join lah. Sambil makan sambil citer pasal product ni.


Aku rasa Dermalogica ni bijak dalam mereka sesuatu yang bersesuaian dengan kulit muka orang-orang bermasalah macam aku ni. Dengan berminyaknya, dah mula ada pigmentasi, fine lines dan memacam lagi. 

So ini dia


Dermalogica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30


Produk 2 dalam 1 ini melicinkan, melindungi dan mencantikkan kulit sambil memperbetulkan cela pada permukaan kulit dan menjadikan kulit kelihatan berseri. Mineral semula jadi mengurangkan cela kulit dan menambahkan seri pada kulit muka, manakala polimer menghasilkan permukaan yang sempurna dengna kesan lembut dan tidak berkilat.



Primer baru ini boleh dipakai begitu sahaja, macam make-up biasa atau sebagai basic bagi membuat penyamar noda atau bedak asas tahan lebih lama dan mudah dipakai.


Selain daripada menutupi cela yang nyata pada kulit, ianya turut membantu mengatasi faktor dalaman penuaan kulit. Campuran antioksidan White Tea yang berkesan, Peptida dan Sodium Hyaluronat melindungi kulit daripada kerosakan lain, sambil menggalakkan penghasilan kolagen dan melembapkan kulit. Tabir suria SPF30 yang terdiri daripada Zink oksida dan Titanium Dioksida yang melindungi kulit daripada penyebab utama penuaan ekstrinsik, iaitu pendedahan kepada sinar UV.


Dermalogica Skin Perfect Primer SPF30 ini boleh didapati dalam pakej tiub poly-foil bersaiz 22ml dengan harga RM242 (WM) dan RM250 (EM) dan di semua pusat AsterSpring dan Dermalogica bermula daripada bulan Oktober 2012.


Aku baru je cuba pakai pagi tadi, tengoklah hasilnya jeng jeng jeng. So far takde sangat nampak berminyak muka aku.  Tengahari ni pun still ok lagi.

Mehlah cuba ek!




Monday, October 3, 2011

Oh Idea, Aku Merinduimu.. Datanglah

Hi Korang,

Otak aku cam jem 2-3 hari nie sebab terlalu banyak menulis sponsored post last week lah. Terus je beku. Ayat-ayat dan mula skema.  Nasib baik gambo2 dapat menyelamatkan aku.

So now, aku mula menulis lagi. Bukan di depan tv macam selalu tapi di tempat orang ramai ni. Now aku tengah duk melepak kat Starbucks Great Eastern Mall ni.

Dengan bertemankan 

Notebook kesayangan aku yang comey lagi sexy ni kan.

Sepinggan chicken finger sandwich

Secawan Hazelnut Hot Chocolate

Sambil di temani dengan lagu-lagu agak slow motion dan romantic, dengan terdengar gossip bebudak barista starbuck ni kan, rasanya boleh kot aku menulis. Sebab aku dah biasa dengan keadaan cam nie.

So idea, cepat lah turun mencurah-curah ye, macam hujan tengah lebat turun sekarang ni kan. 


Sunday, September 18, 2011

Sunday Post : Hot Chocolate Di Waktu Pagi

Hi Korang,

Rasanya kalau pepagi ahad nie dapat pekena hot chocolate sedap jugak kan. Asyik minum teh tarik dan nescafe je kan, sekali sekala tukarlah sket selera kan.


Inilah dia hazelnut hot chocolate. Lazat dan lemak berkrim. Rasa coklatnya memang terasa.

Tapi pepagi cam ni, kat mana nak cari Starbuck yang bukak kan? At least diorg ni bukak kedai around 11am cam tu. Nampaknya kenalah merayau area office yang ada Starbuck ni, mesti diaorg bukak awal kan. Alah kalau tak pun, buat je lah sendiri kat umah. 

Abis citer..

Happy Sunday..

Wednesday, January 12, 2011

Hidup Perlu Ada Rancangan

Hi Korang,

Sementara awal2 tahun nie, mesti banyak benda yang korang plan kan sepanjang tahun nie. Yelah mana nak pi shopping tiap2 bulan, mana nak pi bercuti, mana nak balik kampung, mana nak pi orang kahwin ermm memacam aktiviti kan.

Jadi korang tulis kat mana tarikh2 tu ek, ke korang ingat kat dalam otak je. Kalau korang boleh ingat semua tarikh2 penting tu memang superb lan, tabik aku dengan korang.


Aku? Ermm aku memang melayu mudah lupa. Maklumlah banyak sangat makan semut kot. Itu yang muda2 dah start jadi pelupa.

So solutionnya semua aku tulis kat sini.


Hah senang rasanya. If anything je aku boleh terus tulis dalam nie. Senang nak refer. Especially tarikh2 sedara-mara nak kawin kan. Maklumlah automatically tahun nie aku kena jadi one of wedding planner untuk sedara-mara aku. So nak tulis apa benda senang.Ye, aku banyak postponed percutian aku tahun lepas di sebabkan musim hujan so tahun nie kena plan awal jadi senang nak apply cuti.



 
So thank to Starbuck ek. Dapat jugak aku planner nie lepas bedal 14 glass of coffee tak termasuk paksa MrBig minum jugak dalam masa sebulan sepanjang bulan Disember tahun lepas.


Eh dapat voucher jugak lah diorg selitkan dalam planner nie.Bagus nie boleh meningkatkan lagi tahap obesiti aku yang semakin lama semakin tinggi. hehehehehe
 

Motif sebenar entry nie nak bagi korang jeles sebab aku ada planner Starbuck yang comel lagi bergaya nie.
So korang jeles tak?
 


huahuahuahuahuahu

Friday, November 26, 2010

Untuk Yang Tersayang

Hi Korang,

Nie sambungan citer semalam. Actually aku pi Starbucks tu pun ada sebab jugak. Selain nak minum Hazelnut Hot Chocolate aku jugak beli nie




Untuk someone tersayang. Eh, Bukan MrBig sorang je la. Ada ramai lagi jugak yang aku sayang tapi mrBig no satu lah kan.


Actually untuk sister in law aku.

Dengan ucapan :


Happy Birthday to Cik Siti Radz May all you wishes come true. Ktorg mendoakan yang terbaik untuk awak je tau.. We love u..

Sorry tak dapat join birthday dinner malam nie coz ada keje sket nak kena settle. Please redeem your gift kat Along ek.



p/s: Keje sket? Ada kene review 'Peter Pan The Musical' lah.

Kopi 'O' Satu!

Hi Korang,

Semalam aku rasa hujan sepanjang hari kot. Kat office aku nie dah start hujan tghari sampai lah aku balik. Bila sampai area Bangi plak, lagilah lebat hujan turun. So tak de lah pi pasar malam lah gamaknya.

Mr Big balik dalam keadaan lencun kena dek hujan gak. Lepas mandi berdua2an, trus je kuar umah sebab perut dah lapo. Singgah bank jap, pi cucuk kat dinding kuarkan saki baki yang tinggalkan sebelum kuar gaji.


Then, lalu plak depan Metro Point nie, so apa lagi singgah jap Starbucks.Maklumlah hujan tak berhenti nie, pekena kopi pun sedap gak kan. Sampai2 kat Starbucks, ramai plak orang beratur. Adalahlah dekat 8 orang depan aku. So aku pun sabar menanti jelah kan.

So depan aku nie ialah seorang pakcik tua, pakai kain pelikat je tapi jam Nautica okeh (mahal tu tau). So aku budget pakcik tu  baru balik masjid, singgah beli kopi. Bila dia order je, ternganga mulut aku kejap, sebab apa? Nie..

Barista : Hi, can I help u sir?
Pakcik Tua : Dik, mintak kopi O satu ek, buat pekat tau.
Barista : Ok.

Aku boleh terlopong kejap. Kopi O? Ermm puas jugak aku fikir. La rupanya esspresso lah. Apa punya bangang betul lah aku nie. Betullah pakcik tu order, cuma dalam bahasa melayu je.

Itulah akibatnya banyak nau melepak kat Starbucks, minum kopi orang putih kan. Sampai kopi orang melayu pun boleh lupa.

Ishk ishk ishk.. Melayu mudah lupa!