Showing posts with label sponsored post. Show all posts
Showing posts with label sponsored post. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

ASTRO – Your Malaysian Is Showing + Go Beyond, Mari Tunjukkan Kecintaan Kepada Tanahair Kita

Hi Korang,


Lama tak join event Nuffnang ni, so aku pun menjoinkan diri sabtu lepas ke Mid Valley untuk event Astro ni.

Sekali sampai je majoriti semua blogger baru but aku kenal dengan diorang ni. Apa lagi meh amik gambo dulu, bebanyak ye.



Acara dimulakan dengan sket speech dari Mr Henry Tan, Ketua Pengarah Operasi Astro mengenai kempen Your Malaysian Is Showing ni. “Kempen Hari Kemerdekaan tahun ini meraihkan pelbagai keunikan sebagai rakyat Malaysia dan kami menggalakan mereka untuk melakukan sesuatu yang positif dan pada masa yang sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain dengan menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial "

Positive Engine menampilkan pelbagai rekaan yang menampilkan mercu tanda unik Malaysia. Positive Engine kini dipamerkan di pusat membeli belah Midvalley Megamall di aras 3 untuk tatapan semua.





Astro meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dan kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengiktiraf lingo kami yang unik seperti Syok!, Gostan, Brudder, Fuyoh, Macha, hanya difahami oleh rakyat Malaysia. Ye ko, memacam slanga ada. Alah yang selalu kita duk sebut tiap-tiap hari. Typical Malaysian memang cam ni kan. Semuanya diorang ni print kat T-shirt. Korang kalau nak beli pun boleh, ni klik je kat sini # UrMalaysianIsShowing Facebook app. Alah murah je lah RM25 sehelai dan hasilnya nanti akan di sumbangkan ke badan kebajikan. Good kan!

Selain daripada tu, ada gak pelancaran muzik video untuk kempen nie yang berjudul  “Excuse me Sir, your Malaysia is showing”.



Featuring artis-artis dari Astro. Ada  Zahid, Jane dan ramai lagi. Bestkan

Abis je launching, of courselah ada event untuk bloggers plak.

Yeah, I like!


Ktorang di bahagikan into groups which consists of 4 people. Kena siapkan 27 task mengenai Hari Merdeka Astro. Aku satu group dengan Janice, Liyana Lunia dan Hafiz. Ktorang Team 6.





27 task, ktorang bahagi 2. So aku dengan Yiying, Hafiz dengan Janice. Hah ko berhempas pulas nak menyiapkan semua task tuh. Kena nyanyi, kena kemas kat food court, kena sapa orang ramai kat situ, bergambar dan memacam lah. Hilang keayuan aku bila kena shout Merdeka 7 kali wokeh.




Abis je semua task, ktorg cari port untuk upload semua gambar dan video ni. Nasib baik ada broadband YES aku ni, terus bukak line kasi diorang ni upload gak kan. Malangnya semua tak sempat coz internet agak lembap. Ada team lain pun mengadu nasib yang sama gak, internet lembap.

Abis task ktorang terus ke Blu Med Restaurant untuk makan-makan. Yeah makan kat situ memang sedap, sebab tu cepat abis kan.


Terus di adakan penyampaian hadiah.  Berkat hasil usaha + Yes broadband aku, Team 6 dapat tempat kedua. Yesza, dapat RM400 Jusco voucher. Bahagikan kepada 4 orang, so dapatlah sorang RM100. Lepas beli baju dan seluar ni ek.


So terima kasih bebanyak kepada Astro dan Nuffnang for this special event. Selain dari dapat hadiah dan goodies pink, aku rasa bangga coz aku still boleh ingat Rukunegara, buat aksi spontan depan orang ramai. Ermm memang syiok lah!

Korang,

Sebagai tanda sokongan korang untuk projek Astro Go Beyond ni, korang boleh beli T-Shirt yang pilih Astro telah sediakan. Memacam wei, meh klik kat link ni


Inilah dia website nya


Pergi kat ruangan Chari –Tee


Pilih ayat-ayat yang korang rasakan sesuai dengan jiwa korang, then terus proceed untuk urusan pembelian. Alah murah je RM25 je dan boleh pilih nak hitam ke putih.

Kalau tak pun korang boleh create ayat korang sendiri, apa-apa yang penting tunjukkan kreativiti korang mengenai projek ni.

Senang je kan.

Ok ok lagi satu, hantarkan juga Positivity meter ke https://www.facebook.com/AstroGoBeyond/app_179047725597311


Tengok aku pun dah buat gak



Best kan

Seronok gak kita dapat tau menda-menda cam ni kan, rasa bangga plak dalam diri ni.


Korang yang mana nak tau lebih lanjut tentang kempen Astro Negaraku ni boleh layari di www.astro.com.my/negaraku Untuk buat  T - Shirt #UrMalaysianIsShowing sila layari aplikasi Facebook di laman berikut https://apps.facebook.com/yourmsianisshowing. Untuk maklumat tentang Go Beyond boleh didapati di www.gobeyond.com.my dan dapatkan aplikasi Facebook Go Beyond dan tetapkan nilai positif diri anda di laman web https://www.facebook.com/AstroGoBeyond/app_179047725597311

Ermm banyak gak korang kena surf kan tapi tak per demimu Malaysia kan!


Thursday, October 11, 2012

Make the most of your online shopping experience


Hi Korang,

Cara Online Shopping Yang Bijak Dan Selamat Di Internet

Meh aku nak kongsikan sket mengenai trend terkini shopping di internet ni ye. Dipetik dari Effendy Ibrahim, Norton Internet Safety Advocate



Rasanya internet telah merevolusikan gaya hidup kita masakini. Dengan internet, kita boleh shopping, bayar bil, perbankan internet yang mana dapat menjimatkan masa dan tenaga kita. Memang sangat menyenangkan kerana kita boleh membeli belah serata dunia dengan hanya beberape klik!

Kalau korang ingat rakyat Malaysia ni kurang berbelanja secara online, then korang silap.

Menurut kajian yang di jalankan oleh Nielsen*, Malaysians spent RM 1.8 billion on online shopping in 2010, and by 2014, that figure is expected to grow to a staggering RM 5 billion. Malaysians are also becoming affluent online shoppers with an average spend of approximately RM 2,461 per head, annually.

Hah terperanjat tak? Betul lah tu.

Sambil kita bershopping tuh, ada juga isu keselamatan di keluarkan supaya kita tidak ditipu dengan penipuan siber ini. Report dari The Norton Cybercrime Report 2011 mengatakan The Human Impact, revealed that over 1 million adults around the world are victims of cybercrime every day. In other words, 7 in 10 adults have been victims of cybercrime in their lifetime.

Salah satu penipuan terbesar adalah penipuan identity. Hackers ni menggunakan spyware, bots dan rootkits untuk mendapatkan maklumat mengenai individu terbabit seperti nombor IC, nombor credit card dan juga password perbankan.
Kenalpasti Identiti Pencuri


Terdapat banyak operasi bawah tanah dalam talian di mana penjenayah siber menjual nombor kad kredit dan nombor kad pengenalan kepada pembida tertinggi

Secara ringkasnya, sesiapa yang melakukan transaksi online akan tededah dengan pelbagai ancaman siber termasuklah:

• Phishing
Ini adalah taktik yang digunakan untuk menipu orang ke dalam secara sukarela berkongsi      maklumat peribadi mereka atas laman web palsu atau melalui borang palsu. Laman perbankan palsu atau permintaan untuk maklumat, sebagai contoh, tergolong dalam kategori ini. Cubaan phishing sering datang melalui e-mel spam, tetapi juga boleh muncul sebagai pautan di laman web yang sah

• Spyware, bot dan rootkit
Ini adalah program berbahaya yang sering diperkenalkan kepada komputer melalui lampiran e-mel dan muat turun program. Mereka direka sama ada untuk membolehkan siber jenayah untuk mengambil alih penggunaan komputer atau untuk membolehkan program utama pembalakan untuk menangkap nama pengguna dan kata laluan seperti mereka dimasukkan pada mesin.

Norton oleh Symantec mencadangkan bahawa pembeli dalam talian bertanya beberapa soalan penting sebelum mereka membeli-belah dalam talian:

Adakah kata laluan saya dan nombor kad kredit selamat apabila saya berkongsi mereka di ruang siber?

Perisian keselamatan saya boleh mengesan dan menghapuskan crimeware?

Bagaimana saya boleh memberitahu e-mel palsu dan laman web dari orang-orang yang sah? 



Shopping Secara Bijak Dan Selamat

Apabila membeli-belah dalam talian berhati-hatilah dan bijak. Berhati-hati mengenai bahaya dan tahu bahawa membuat hanya satu keputusan yang buruk boleh menyebabkan anda banyak tekanan jika anda tidak berhati-hati.


Berikut adalah beberapa tips yang perlu diingat apabila membeli-belah dalam talian:


• Gunakan kredit bukannya debit - Jika anda berlaku untuk menjadi mangsa kepada penipuan, syarikat kad kredit anda mungkin mampu untuk mengubah caj jika anda boleh membuktikan bahawa anda telah mangsa. Dengan kad debit, wang itu sudah hilang dan peluang pembayaran balik adalah tipis.


• Berhati-hati dengan bulk email - Ia sering jelas apabila e-mel yang cuba untuk mendapatkan anda untuk membeli barangan secara online. Jika anda membuat satu peraturan umum tidak membeli daripada syarikat-syarikat yang menghantar spam, anda akan menyelamatkan diri banyak masalah.


• Berhati-hati laman web palsu - Pastikan ia adalah sebuah laman web tulen. Lihat jika logo syarikat kelihatan mencurigakan. Adakah off warna? Adakah ia dieja dengan betul? Adakah terdapat kesilapan tatabahasa dalam teks yang anda membaca? Pastikan anda mempunyai Norton Safe Web dipasang. Permohonan itu akan memberi amaran kepada anda laman web yang tidak selamat walaupun sebelum anda mendapatkan kepada mereka. Norton Safe Web akan membiarkan anda tahu di Google, Bing, dan enjin carian Yahoo bahawa tapak yang anda berfikir untuk melawat tidak adalah satu yang selamat. Ia juga akan memaklumkan kepada anda laman web dalam talian yang mencurigakan runcit atau jika laman web mempunyai muat turun berbahaya.


• Melindungi aktiviti rangkaian sosial anda  - Facebook mempunyai berjuta-juta pengguna dan cara bahawa penjenayah sentiasa mencari cara untuk menyusup masuk ke dalam rangkaian untuk mencuri identiti rakyat dan maklumat peribadi. Jika anda berada di Facebook, pastikan untuk memasang Norton Safe Web Facebook. Ia adalah percuma dan amat berkesan dalam memastikan pengalaman Facebook anda adalah bebas daripada penipuan yang berpotensi dan con-artis.


• Bertenang dan gunakan akal anda - Ya, majoriti laman web dan e-mel yang benar-benar selamat. Tetapi terdapat siber penjenayah di luar sana dan semasa musim cuti, peratusan penipuan haram dan aktiviti peningkatan. Ini adalah kerana ruang dalam talian dipenuhi dengan pembeli dalam talian semasa musim cuti. Berhati-hati dan menggunakan pertimbangan terbaik anda untuk mengelakkan menjadi mangsa talian. 


Akhir sekali, sila kemaskini segala surat, bils yang berada dirumah dan juga hendaklah menyimpan data secara softcopy di tempat yang selamat. Dengan ini, segala perbelanjaan wang anda akan lebih teratur dan selamat.




Monday, August 13, 2012

Buka Puasa ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ @ Restoran Nelayan Titiwangsa, KL.


Hi Korang,


Last week aku dapat jemputan ke buka puasa dengan Colgate ni di Restoran Nelayan Titiwangsa ni. Dah Churp2 & Colgate jemput haruslah tak tolak kan. Makan tuh rugi rasanya tak pergi kan.


Actually majlis ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ ni adalah acara kebajikan tahunan dari Colgate-Palmolive Malaysia bersempena dengan bulan Ramadhan ni. Acara ni adalah untuk meraikan anak-anak yatim yang datangnya dari institusi pertubuhan yang telah di pilih oleh pihak Colgate.


Sementara menunggu waktu berbuka, ada pelbagai acara yang disediakan untuk anak-anak yatim ni seperti pertandingan membuat kad raya tercantik, ada persembahan istimewa dan pelbagai lagi.

Sejak dari 2008, pihak Colgate Berjaya mengumpulkan RM567,500 keseluruhan 4 kempen yang pernah di anjurkan sebelum ini yang kesemua bantuan derma ini akan disalurkan kepada badan kebajikan yang memerlukan di seluruh negara.  Tahun ini Colgate memperkenalkan charity packs bagi Colgate Maximum Cavity Protection dan Koleksi Kayu Sugi. Dengan pembelian produk ini sepanjang kempen (1hb Julai sehingga 30hb September 2012) di dijalankan, pihak Colgate akan menderma kan 10 sen bagi setiap charity pack dan 20 sen untuk setiap twin pack





Ramai gak bloggers yang hadir macam Zaid, Anakperak, RedMummy sekeluarga, geng-geng Churpers dan Nuffies. Aku semeja dengan Eila (JejariRuncing), Kak Jem (Viruspadu) dan Ceera serta DustyHawk. Hah, berbual tak ingatlah kan sembang pasal nak raya, memacam citer kuar. Bila ambik makanan tuh, penuh semeja maklumlah steamboat kan. So bedal lah itu suka perut.


Bagi kempen ini juga, pihak Colgate telah pun memperkenalkan Facebook page yang bertujuan untuk menggalakkan anak muda Malaysia ini melakukan kebajikan dengan menyebarkan melalui social media.

Caranya, mudah je

Orang ramai boleh membantu golongan anak yatim ni dengan 3 cara iaitu LIKE, PLEDGE dan SHARE.

Setiap ‘LIKE’ di Colgate Malaysia Facebook page, Colgate akan menderma 50 sen kepada badan kebajikan

Setiap ‘PLEDGE’ pula, Colgate akan menderma RM3

Setiap ‘SHARE’ atau dengan kad ucapan kepada sesiapa, Colgate akan menderma sebanyak RM1.

Best kan, so kunjungi website www.facebook.com/ColgateMY dan cuba sendiri. Mesti korang akan suka punyalah.


Lepas buka tu, ada sessi penyampaian hadiah bagi pemenang kad raya tercantik. Suka anak-anak yatim ni bila dapat hadiah kan.


Anyway, terima kasih pada Colgate yang sudi menjemput ktorg berdua ke majlis ni. At least dapat berpeluang meraikan anak-anak yatim ni kan.



Monday, April 30, 2012

Coklat Time, tHks Starbucks


Hi KoranG,

Weekend adalaH Hari bersenanG-senanG untuk semua oranG. YelaH kan weekdays dah berHempas pulas keje menunaikan tanGGunGjawab kan. So masa ni laH semuanya nak spend time with tHe loves one. Aku pun cam tu Gak.

KtorG Harusla melepak-lepak kat kedai kopi kan. Tempat biasa. 


Pekena yogurt cHocolate cake - sedap Gak kek flavor baru kat Starbucks ni. Atas tu diorg tabur kelapa. unik sket


Aku cam biasa pekena mocHa Frappacino. Sangat cHill


YanG tinGGi (venti) tuH, Mr BiG punya CHocolate cookie crumble Frappacino. Rasa-rasa macam Mc Flurry Mc Donald pun ada but sedap sket banyak serdak biskut coklat.


Semua sekali FREE je tak yah bayar pun. 

Thanks Starbucks for our Hi-Tea. Syiok oooo

CLP notes : Rezeki laGi. AlHamdulillaH syukur atas nikmatnya. 

Gambo di ambil Guna SamsunG Smart Camera DV300F 


Saturday, June 18, 2011

Amazing Eyes With RIMMEL Mono eyeshadow

Hi there,

Ladies, i sure all of you would like to have a very bright and nice eyes make-up right? Yeah me too. We women like things that make us beautiful. So here i found something that can make u excited.


Its Mono Eyeshadow from Rimmel London. For the first time i saw it, I fell in love already.


It is a long-lasting eyeshadow and not need for me to touch up all day. As for me when I used it feels trivial in the eyes until the feeling as if not wearing anything at all. It feels so soft as silky and not sticky and important also not greasy. This eyeshadow can also make our face look differently, especially in the eyes because of tthe color which is so bright and beautiful.


The way its application is relatively easy even without a brush. Can only use a finger. There are 15 different tone colors of each one and we can buy as many as colour that you like.


These shadows come in a little lid pot with 2.4g of product, and inside there is a little stopper which keeps it compact.

Rimmel Mono Eyeshadow available at leading supermarkets throughout Malaysia with the price of RM14.90 each.

Get it now!
 
 
Note : Nie tengah belajar2 tulis product review dalam english. Adui grammar tunggang langgang betul lah. Anway this is sponsored post.

Saturday, April 30, 2011

Pengalamanku Terbang Bersama Malaysia Airlines

Siapa tak kenal dengan Malaysia Airlines atau lebih dikenali dengan MAS?


Malaysia Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terulung di Malaysia malah terkenal di merata dunia. Ianya mula bertapak di sekitar tahun 70-an dengan memulakan 34 penerbangan ke destinasi domestik dan 6 destinasi antarabangsa. Dan berpengkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebelum berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hingga ke hari ini.

Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.
Indah Sungguh Pemandangan Dari Udara Ini

Satu ketika dulu, saya merupakan pengguna tetap kepada MAS. Boleh di katakan dalam sebulan hampir 4-5 kali saya akan terbang di seluruh pelusuk tanahair demi tuntutan kerja yang menghendaki saya memastikan segala perjalanan projek harus di pantau dari semasa ke semasa. Saya pernah merasai penerbangan seawal 7pagi dan juga hingga ke penerbangan malam yang terakhir sekali. Jadual penerbangannya sangat lancar dan tepat seperti yang telah di tetapkan jarang timbul masalah kelewatan.

Sarapan Pagi Semasa Penerbangan ke Bintulu.

Semasa dalam penerbangan para petugas sedaya upaya melayan setiap penumpang dengan begitu baik sekali. Segala keperluan semuanya dipenuhi. Bukan hendak memuji tetapi itulah hakikatnya. Penerbangan yang selalu saya ambil selalunya memakan masa selama 2 jam ini dan saya di hidangkan dengan pilihan menu yang menyelerakan. Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS ini saya perhatikan kualiti makanan yang amat segar dan saya amat berpuas hati. Saya juga boleh membeli belah di dalam pesawat dengan menggunakan in-flight temptation iaitu membeli belah dengan menggunakan katalog yang telah disedia kan.


Semasa menunggu penerbangan ke Kuala Terengganu

Pernah sekali dulu, saya hampir ketinggalan dalam penerbangan balik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur tetapi dengan bantuan pihak khidmat pelanggan MAS, saya berjaya juga menaiki penerbangan tersebut walaupun pintu pelepasan sudah ditutup pada waktu itu.


Kesian Kepada Mereka Terkandas Ini

Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS ini, saya jarang menghadapi masalah seperti rakan-rakan saya yang lain. Ada seorang rakan saya ini dalam perjalanan pulang dari Bintulu ke Kuala Lumpur. Dia terpaksa bertukar sebanyak 3 kali untuk mendaftar masuk (check-in) pesawat. Ini kerana pada ketika itu pihak pengurusan kaunter mengalami masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan.


Cadangan saya untuk memantapkan lagi perkhidmatan MAS ini.

1. Kekerapan Destinasi Penerbangan
Pihak MAS dapatlah kiranya memperbanyakan kekerapan destinasi penerbangan supaya dapat memudahkan rakyat Malaysia membuat pilihan penerbangan yang bersesuaian dengan kehendak mereka


2.Memberikan Cenderahati
Seperti yang kita tahu bukan mudah untuk menurunkan harga tambang sesuatu destinasi kerana ianya mesti mengambil kira segala jenis aspek tetapi sekiranya pihak MAS dapat memberikan sesuatu in-return seperti cenderahati kecil sebagai tanda terima kasih dan sokongan, saya rasa ramai yang akan memilih untuk terbang bersama MAS.

3. Lebihkan Muatan Barang-Barang
Sekarang ini yang kita tahu pelepasan muatan barang persendirian untuk seorang penumpang cuma 20kg. Jika lebih penumpang di kehendaki membayar harga lebihan muatan mengikut kilogram yang telah di tetapkan. Jadi dengan menambahkan kadar muatan hingga ke 30kg bagi seseorang penumpang saya rasa isu harga tiket mahal tidak menjadi soal bagi kami rakyat Malaysia ini.

4. Voucher Makanan Dengan HargaYang Berpatutan
Saya rasa sistem voucher makanan diberikan ketika penerbangan tergendala memang amat bagus sekali. Tetapi cuma bayangkan jika saya terkandas lebih 6 jam di lapangan terbang, adakah berbaloi voucher makanan bernilai kurang dari RM20.


 
Bagi saya pula dengan terbang bersama MAS masih lagi menjadi pilihan rakyat di Malaysia walaupun terdapat pelbagai penerbangan tambang murah yang menawarkan pakej yang menarik. Ianya kerana kredibiliti yang di tonjol kan oleh MAS masih lagi menambat hati rakyat Malaysia. Sesuai dengan moto yang yang pihak MAS war-warkan iaitu MH- Malaysian Hospitality.

 
Nota : Entry ini di tulis bersempena Sponsored Post Contest yang di anjurkan oleh Bro Eyriqazz. Korang mesti akan perasan entry sama dengan entry yang di letakkan di blognya.
 
Segala yang ditulis adalah berdasarkan dari pengalaman aku sendiri bukan pengalaman orang lain tau.

Monday, March 14, 2011

Aku Terpilih|Sponsored Post dari Eyriqazz.Com

Hi Korang,

Terasa seronok sebab aku terpilih untuk mendapat sponsored post dari Eyriqazz.Com



Ermm kagum jugaklah sekejap kan. Macam tak percaya pun ada. Yelah kalau korang baca entry aku untuk contest nie mesti korang gelak2 lah.

TQ bro coz bagi aku peluang. For sure aku mesti tulis sehabis baik lah kan.