Hi Korang,
Dah 4 tahun berturut-turut rupanya Colgate-Palmolive’s mengadakan SOFTLAN’s Breast Cancer Campaign yang bertujuan untuk memberi kesedaran orang ramai mengenai pentingnya pencegahan awal penyakit kanser payu dara (breast cancer). Ianya di adakan sempena World Breast Cancer Awareness Month setiap bulan Oktober.
Kenape aku boleh tak tahu? Ishkk memang teruk aku ni lah!
Dengan bertemakan ‘A Touch of Love, A Touch of Life’, kempen ini mengajak seluruh rakyat Malaysia membantu untuk mendapatkan 1 juta pledges dan RM100,000 untuk membantu mereka yang di dalam menghadapi penderitaan yang di tanggung selama ini.
Untuk menyebarkan mesej ini, Softlan telah melancarkan video kempen mengenai wanita-wanita yang gigih melawan breast cancer ini. Cerita mereka ini berkisarkan tentang kepercayaan, harapan dan cabaran yang boleh mengubah kehidupan mereka. Aku masa tengok video ni, hati jadi cam sayu je bila dengar semangat juang diaorang ni. Sedih tau nokss!
Untuk pertama kali juga, Softlan memperkenalkan kempen secara online (www.facebook.com/SoftlanBCC) sebagai cara yang mudah kepada umum termasuk generasi muda masa kini dengan membuat pledge. Terdapat juga info-info menarik mengenai penyakit breast cancer ini dan cara pencegahan awal yang harus kita pelajari.
Cara untuk meraih 1 juta pledges?
Orang ramai boleh membantu dengan salah satu daripada 5 cara untuk menyokong BCC Kempen ini.
- Membeli barangan Softlan yang bertanda charity packs
- Singgah di Softlan Road show untuk sign the pledge
- Bergambar sambil meletakkan tangan di hati di Softlan Road Show
- Mengambil gambar sendiri dan mengupload di www.facebook.com/SoftlanBCC
- Share the campaign message di Facebook wall korang.
Dengan ini Soflan akan memdermakan RM100,000 kepada badan kebajikan Kanser ini.
Sepanjang bulan Oktober ini juga, Softlan akan mengadakan road show ke 7 lokasi pasaraya terkemuka di semenanjung Malaysia khas untuk orang ramai khususnya wanita bagi membolehkan mereka ini mendapatkan free check-ups dan belajar mengenai breast self-examination dari doktor dan jururawat terlatih.
Lokasi Softlan Road Show Dan Tarikh
Dengan adanya kempen seperti ini kepada orang ramai, Softlan mensasarkan jumlah kutipan dari RM75,000 tahun lepas ke RM100,000 untuk tahun ini bagi menyokong badan-badan kebajikan yang berkaitan seperti Breast Cancer Welfare Association (BCWA), National Cancer Council (MAKNA) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM).
Hah senang je kan? Duduk depan PC tu update blog boleh plak kan, apa salahnya singgah di www.facebook.com/SoftlanBCC dan buat 1 pledge. Kalau semua orang buat rasanya kita dah membantu ramai pesakit breast cancer ni.
Sekarang ni memanglah kita tak de apa-apa, mana tau kot-kot 10 tahun lagi akan datang. Langit tak selalunya cerah so sediakan payung sebelum hujan lah ye.
So jom kite pledge ye…