Showing posts with label soft shell crab. Show all posts
Showing posts with label soft shell crab. Show all posts

Monday, September 4, 2017

Soft Shell Crab Di Crabby Crab Seafood dan Grill Seksyen 7 Shah Alam

Hi Korang,


Soft shell crab memang payah nak makan kalau tak jumpa kedai yang betul-betul jual kan, paling kuat teringin nak makan pun kat kedai sushi macam Sushi King dan Sakae Sushi. Itu pun portion kecik je dan harga boleh mahal plak tuh.


Tapi bila ada orang ajak pi makan Soft Shell Crab eh haruslah tak lepaskan peluang, yelah makan sedap. 

Petang tuh, lepas kerja terus berdesup ke Seksyen 7 Shah Alam. Jalan still ok lagi so tak delah jem sangat masa aku sampai ke Crabby Crab Seafood & Grill ni. Rasanya student-student kat Shah Alam mesti familiar dengan restoran ni, mana taknya dalam kawasan universiti diorang je. 

Jap jap korang pernah makan Soft Shell Crab tak ?

Ya ampun tak pernah. Biar betul ek. Soft Shell Crab ni adalah ketam yang berkulit nipis dan selalunya di masak dengan cara di goreng ranggup dan makan cam tuh je dengan kulit-kulit sekali. Of courselah sedap wei, tak tercekik kulit ketam pun tau. 


Restoran di Jalan Kristal 7 ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan Soft Shell Crab yang di masak ala barat dan fusion. 


Kalau korang nak tau ada macam-macam jenis minuman yang terdapat di Crabby Crab Seafood & Grill ni. Di antaranya, yang dari hujung tu Orange Juice,Watermelon Juice, Apple Asam Boi, Sirap Bandung Blended, Carrot Milk, Teh O Laici, Limau Ais dan Vanilla Milkshake. 

Kemudian menu makanan la plak kan. Meh korang tengok menu-menu yang sempat aku cuba hari tuh ek

Thai Baby Crab

Mega Burger

Crabby Fried Meehoon

Telur Masin

Tangy BBQ

Superior Soya

3 Rasa 

Ketam Bunga 3 Rasa 

Tiger Prawn

Pacific Clam

Tom Yum Seafood 

Sotong Goreng Tepung

Pizza Sizzling Seafood

Amatraciana

Chicken Burger

Thai BBQ Chicken Wing 

Yang ni menu pemanis mulut yang signature kat sini, rasa sekali pasti nak lagi kan. Akak Lily tau perangai korang ni ye

Durian Ice Cream

Hah itulah sebahagian menu-menu di Restoran Crabby Crab Seafood dan Grill. Letih jugak kitaorang nak makan hari tuh tapi habis jugak kesemuanya. In terms of harga, not bad berpatutan dan amat sesuai untuk budget-budget student di sini. So seharusnya kita pun lagilah seronok ka

Restoran Crabby Crab Seafood &dan Grill ni di buka setiap hari dari pukul 1.00 tengahari hingga 12.00 malam. So make sure kena buat pilihan yang betul tau sebab kebanyakan menu kat sini sedap-sedap belaka.

Nak datang, sini alamatnya

Crabby Crab Seafood Restaurant
1A, Jalan Kristal 7, 
Seksyen 7, 
Shah Alam Selangor






Hah mari-mari cuba dulu then baru tau keenakan soft shell crab ni kan








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com