Showing posts with label snorkeling. Show all posts
Showing posts with label snorkeling. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Pertama Kali Snorkeling Di Pulau Lang Tengah

Hi Korang,

Cam ne aku boleh terlupa nak citer kat korang pasal percutian 1080km bulan lepas ek, ishkk nampak sangat mak  dah tua nokss.

Ok now kita sambung balik ek.


Tempat yang ktorg stay tu Lang Sari Resort kat Pulau Lang Tengah. Alah resort biasa-biasa je coz tujuan pi tu nak snorkeling kan bukan nak memerap dalam bilik. Memang sepanjang 2 hari tu aku duk berjemur kat tengah laut je.




Ktorg di bawa ke satu area dalam Pulau Lang Tengah ni. Not sure plak nama tempatnya. Tapi pengalaman snorkeling kat situ sangat awesome. Kalau korang nak tau yang aku ni memang tak reti proper swimming la, kalau setakat floating, kuak kanan kiri atas bawah tu bolehlah.


Lepas pakai segala mak neka snorkeling gear, diorg ni bukan main seronok lagi terjun kan. Sebab aku cuak so aku suruh Mr Big turun dulu biar aku yang terhegeh-hegeh ni turun guna tangga. Oit sejuk betul air laut warna turquise ni, memang betul laut dalam la.


Terus aku benamkan kepala dalam dasar laut. Masyallah memang cantik. Ikan dan coralnya sangat berwarna-warni dan cantik. Ok naik balik kepala dan terus nekad dalam hati yang aku nak explore gak tempat ni. Float badan slowly dan terus benamkan kepala sekali lagi, automatik kaki bergerak menguak untuk gerakkan badan. Masa tu dah tak de rasa takut lagi coz rasa seronok nak tangkap ikan kat sekeliling badan aku ni.


Tup-tup tangan aku kena tarik plak, la rupanya my big brother nak bawak aku pi tempat yang lagi cantik. Hah redha je sambil mata duk tercari-cari lagi coral-coral yang hidup dan bergerak mengikut arus air. Serious tempat yang Mr Big bawak tu lagi cantik, ikan nemo bersepah-sepah kiri dan kanan bahu kira macam mengiringi aku sekali.


Aku langsung tak bergerak dari situ, betul-betul enjoy the view. Like berjuta-juta kali.

Kemudian ktorg ke area ‘Blue Coral’ yang dekat dengan Sari Pacifica Resort ni. Tempat ni pun not bad jugak, walaupun dekat dengan resort but still ada coral yang cantik-cantik. Tak dalam pun 40 kaki je, boleh nampak dasar laut. Kat sini banyak ikan selar kuning dan ikan sebelah. First time tu tengok ikan sebelah.




Balik resort, aku sambung lagi bersnorkeling kat depan resort. Walaupun air cetek but still banyak gak ikan. Aku terjumpa ikan pari dan baby yu. Nasib baik tak kena gigit uolls. Tapi kat depan resort ni banyak coral hidup so kena pakai kasut untuk snorkeling. Kelakar kan tapi demi nak tengok ikan cantik aku harungi jua tau.


Itulah aktiviti aku sepanjang holiday kat Lang Sari Resort ni. Cetek mata je laut, nak tutup mata pun lepak kat tepi laut dulu. Aku cuma ada kat bilik bila time lunch dan lepas lunch sekejap dan malam je. Rest of the time memang aku duk berendam je dalam laut. Sampai Mr Big tak boleh nak kata apa lagi, dia cuma duk perhatikan aku dari bilik je sambil borak-borak dengan bebudak yang lelain. Sorry tak de gambar dalam laut coz aku terlupa bawak underwater camera. Rugi bebenor dibuatnya.


Kan aku memang gilakan laut, haruslah enjoy sepuas yang mungkin kan.

Ok nanti aku citer lagi pasal Lang Sari Resort ye, walaupun ramai orang komplen tempat tu dalam TripAdvisor but I find it tak delah teruk mana pun.

Aku miss nak dengar deru ombak lah...





Tuesday, September 18, 2012

Menyesal Tak Bawa Underwater Camera

Hi Korang,

Lama gila rasa ya tak update, biasalah holiday 3 hari kan. So blog pun bercuti lah kan


Tengok tuh, banyak kan ikan. Memang cantik oooo tapi aku leh terlupa bawa underwater camera plak. errmm rugi sangat lah.

Tapi apa-apa pun

Seronok bercuti kali ni, best.