Showing posts with label shower gel. Show all posts
Showing posts with label shower gel. Show all posts

Thursday, January 24, 2019

Rasa Romantis Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris

Hi Korang, 

Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan. 


Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? 

Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih- buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari. 

Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Di adun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit korang kekal sihat dan berbau harum. 

Kini, pengalaman di bilik mandi korang boleh dipertingkatkan dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda korang kini lebih menyeronokkan. 

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri. 


Manjakan dirimu dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel: 

1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth 
(Mencerah & Melicin) 

Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang- ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin 83, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan. 

2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool 
(Menyegar & Menyejuk) 

Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual. 

3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Adore Soothe and Care 
(Menenang & Melega) 

Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk. 

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. la memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari. 


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) I RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara. 

Seriously kak lily memang suka dengan haruman-haruman romantik bunga-bungaan seperti ini, sangat-sangat menenangkan diri dan jiwa raga di kala stress melanda..









Wednesday, August 1, 2018

Rangkaian FOLLOW ME Anti-Bakteria Membasmi 99.99% Bakteria Bahaya Tau!

Hi Korang, 


Jenama penjagaan peribadi ternama, Follow Me, memperkenalkan rangkaian anti-bakteria formulasi baharu dengan kelebihan yang lebih baik. Formulasi baharu ini memberikan perlindungan dan kelembapan kepada kulit pada masa yang sama, memberikan haruman pada badan pengguna.

Rangkaian anti-bakteria baharu Follow Me bukan sahaja membunuh 99.99% bakteria berbahaya malah mempunyai pH 5.5 dan bebas daripada Paraben dan Triclosan supaya kulit pengguna lembut dan lembap selepas menggunanya. la mengandungi pelbagai kandungan yang berfaedah dan sesuai digunakan oleh seisi rumah untuk perlindungan terbaik. 


Terdiri daripada lima varian termasuk dua varian baharu iaitu Whitening dan Beauty Moisturising bagi rangkaian mandian badan anti-bakteria baharu Follow Me. 3 varian terdahulu iaitu Extra Cool, Natural Fresh dan Family Protection kekal mencatatkan jualan terbaik dalam pasaran. 

Pengurus Kanan Produk Follow Me, Jessky Hah berkata: "Follow Me telah menjadi jenama isi rumah selama 35 tahun di Malaysia dan kami telah mengekalkan kepercayaan pengguna sepanjang tempoh tersebut. Kejayaan tersebut didorong oleh keupayaan Follow Me memahami keperluan pengguna Malaysia yang memerlukan produk dengan kelebihan yang lengkap pada harga berpatutan. 
Kami juga bertekad dalam inovasi produk dengan nilai fungsi yang lebih baik. Rangkaian formulasi anti-bakteria baharu Follow Me antaranya, mampu melindungi pengguna dengan lebih baik daripada bakteria berbahaya serta memberi kelembapan kepada kulit dan haruman kepada badan. Kami mahukan kesemua pengguna produk Follow Me menikmati pengalaman mandian yang menyamankan." 

Rangkaian anti-bakteria Follow Me terdiri daripada mandian badan, sabun mencuci tangan dan sanitasi, bergantung pada varian. 

4 ciri-ciri penting yang terdapat pada Rangkaian  FOLLOW ME Anti-Bakteria adalah:-

  • Membasmikan 99.99% bakteria bahaya 
  • pH5.5 
  • Bebas Paraben 
  • Bebas Triclosan 

Ok ni kak lily tunjukkan beberapa varian dari Rangkaian Follow Me Anti Bakteria ni tau..


Whitening - mengandungi ekstrak Sakura dan Mutiara untuk kulit lebih terhidrat, bersih bersinar dan lebih lembap. Sempurna untuk seisi keluarga! 

Beauty Moisturising - mengandungi Susu Beras untuk kulit lebih lembap, nyaman dan segar. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. 


Extra Cool dan  Active Care - mengandungi ekstrak Mentol memberikan kulit anda berasa dingin dan bertenaga. Sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. 

Natural Fresh dan Nature Care - mengandungi ekstrak Lemon untuk mempermuda dan memulihkan kulit. Sempurna untuk mereka yang mementingkan kebersihan dan kesegaran 

Family Protection dan  Family Care - mengandungi ekstrak Peony untuk kulit lebih lembap dan terhidrat. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga . 

Boleh didapati dalam botol 1000ml mandian badan (RM13.90), 450ml sabun mencuci tangan (RM6.90) dan 55ml sanitasi (RM3.90). 

Rangkaian anti-bakteria formulasi baharu Follow Me kini boleh didapati di semua kedai runcit utama, pasar raya besar, pasar raya dan rangkaian farmasi terpilih.

Untuk info lanjut, meh layari social media berikut:

Laman web: 

Facebook: 

lnstagram: 















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, May 27, 2011

Dapat Sambar Nie Je Di Body Shop

Hi Korang,

Tadi kuar pi lunch kat Alamanda. Jauh jugak lah dari Nilai tapi disebabkan ada supplier tu nak belanje ice cream 'CREAM and FUDGE', haruslah pegi jugak kan.

Sementara tunggu bebudak lain sampai sempat jugak aku dgn K Shikin singgah ke Body Shop kejap. Mak ai rupanya ada sales uolss. Murah tahap cipan lah. Jarang aku tengok Body Shop sale cam nie kan

Ermm ini je yang sempat di sambar sebab bebudak lain dah sampai.


Kalau lagi lama kat situ, lagi banyak barang yang aku sambar. Maklumlah murah sangat lah. Suka betul. Aku beli body scrub, syampoo, shower gel. Senang ada yang saiz kecik ni bawak pi travel. But satu yang kecik tu aku bagi amoi opis aku nie. Dia x dapat ikut coz bos dia tak kasi pi.. huhuhuhu cian kan..


Lepas je aku kuar dari situ, ko tengok gambo tuh ramai gila manusia kan. Semuanya pompuan. Yelah hari jumaat kan lunch lama tambah plak baru dapat gaji. Seronoklah diorg pi shopping kan. Cam aku pakai je balance2 yang ada dalam purse..