Showing posts with label shopping di Bandung. Show all posts
Showing posts with label shopping di Bandung. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Shopping Di Kartika Sari & Amanda Brownies, Bandung

Hi Korang,

Mesti korang duk menyumpah kat aku pasal buat entry #throwback sangat kan. 

Biasalah entry travel ni, kalau hari-hari citer nanti korang bosan plak kan sebab meroyan tak dapat ke sana so aku update sekali sekala jelah ek..

Hahahahahaha melampau tau perangai si pompuan gemuk ni ek

Korang kan dah baca entry aku yang sebelum ni kan. Ni aku recap balik, supaya segar dalam ingatan korang tu lah.





Masa day trip ke Bandung hari tuh, tempat terakhir yang ktorang singgah adalah kedua-dua tempat ni iaitu Kartika Sari dan Amanda Brownies. Bukan beli apa pun, setakat nak rasa brownies diorang ni. Menjadi sebutan ramai wei, bila dah sampai di Bandung. 

Kartika Sari

brownies kering, ni aku beli bawak balik

roti bagel, sedap oo makan kat situ gak

ok bayar di sini

brownies yang ada cheese kat atas

brownies dah siap dalam kotak

candy pun ada jugak ye dong

semua ni tourist ni tau

Segala yang berbentuk pastry semuanya ada dijual sini. Kuih-muih, roti keting, brownies, kek, cheese roll, toast bread. 

Amanda Brownies


nampak sedap tapi tak boleh rasa lah

yang bakar punye brownies

ya ampun, sangat sedap tak henggat yang ni

marble brownies ni pun sedap giler

Disebabkan tarikh luput brownies ni cepat sangat so ktorang ambil keputusan untuk beli dan makan di dalam bilik hotel je. So belilah beberapa perisa ikut tekak memasing kan.Kemudian balik tuh sampai bilik hotel, terus kenduri brownies beramai-ramai. 

Sedap sungguh makan berebut-rebut kan!

Memang betul, rugi tak pi kedua-dua tempat ni bila sampai ke Bandung. Rasa cam tak complete gituh, melepaskan sesuatu yang amat sedap sekali..





Saturday, February 7, 2015

Jalan-Jalan Ke Tugu MONAS, Jakarta

Hi Korang,


Weekend ni memang tak de menda nak storykan, so aku citer pasal trip travel aku ek.

semua ni travelmate aku, anak dara ada, mak dara pun ade

Padahal citer ni tahun lepas hehehehe tapi still tak basi ek, ada je dalam otak ni. Ini merupakan trip ke Jakarta – Bandung tuh. Actually citer pasal budget dan tips dah publish lama pun ni cuma nak citer tempat-tempat yang ktorang sempat singgah masa trip tuh. 

Ktorang sempat singgah ke Dataran MONAS di Central Jakarta. Pepagi dah kuar sebab takut macet (jem) yang teruk kan. Taklah jauh pun lebih 40 minit dari Hotel 55 ktorang tuh. 

The National Monument (Indonesian: Monumen Nasional, abbreviated Monas) is a 132 m (433ft) tower in the centre of Merdeka Square, Central Jakarta, symbolizing the fight for Indonesia. It is the national monument of the Republic of Indonesia, built to commemorate the struggle for Indonesian independence.

Construction began in 1961 under the direction of President Sukarno. Monas was opened to the public in 1975. It is topped by a flame covered with gold foil. The monument and the museum are open daily from 08.00 - 15.00 Western Indonesia Time (UTC+7) throughout the week except for the last Monday of each month when the monument is closed.




Sesampai je area kawasan tempat parking Dataran MONAS tuh, orang berniaga dah mula ramai. Rupanya kat area pintu masuk tuh tempat jualan barang kraftangan, baju, souvenir dan juga tempat makan.



Malas nak usha tu semua ktorang masuk dulu, nak masuk ke dataran ni tak yah bayar. So berjalanlah reramai ke kawasan tugu Monas tuh. Agaknya hari tu hari cuti agaknya so ramai yang dah sampai ke sini bawak anak-anak berjalan, ada yang berpiknik, student-student melepak, orang tua lepak main chess ermm semua adalah.


ok makin dekat dah, jauh tuh

kat kawasan depan sket ni pintu masuk

Bila dah sampai betul-betul depan tugu tuh, ingat itu jelah rupanya kita boleh naik ke atas bangunan tugu Monas ni. Aduiyai merata mencari pintu untuk masuk, kebanyakannya diorang tutup maybe ada renovation ke apa kan.

dapat amik gambo pun jadilah kan

Ha ko tawaf satu kawasan ni nak cari pintu masuk, rupanya tempat beli tiket dan pintu masuk area bawah tanah which is korang tak kan perasan kalau tak de orang lain kat nak turun ke tempat tuh. Malas nak berebut dengan student-student yang tengah duk beratur panjang, ktorang ambil keputusan ermm tak perlah ye naik ke atas tuh. Trip lain kali lah jawabnya.

jom naik kereta kuda nak? 

hah pilih apa nak beli ek

So jalan balik tawaf tugu MONAS ni untuk ke pintu keluar, sampai kat luar sementara tunggu bebudak ni shopping aku just lepak kat warung pi minum air kelapa.


Memang panas time tuh, so air kelapa memang sangat-sangat awesome lah..

Lepas tu terus je ktorang ke Tanah Abang dan shopping…..

Ok tu nanti sambung lagi..

Happy weekend korang..