Seronok kan, aku tengok pun rasa nak terikut-ikut nyanyi dah... ini gara-gara kempen 'Shop The World' dari 11street ni lah.
11street (
www.11street.my) mengumumkan pelancaran kempen beli-belah global dalam talian – 'Shop The World' yang menyediakan jutaan produk berjenama antarabangsa, khususnya dari negara-negara seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS) kepada para pelanggan di negara ini.
Wong Siew Lai, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran 11street memaklumkan bahawa kempen 'Shop The World' merupakan idea syarikat berkenaan untuk memenuhi permintaan pengguna untuk mempelbagaikan lagi produk dan jenama-jenama global terkenal bersama promosi dan tawaran menarik.
“Kini, 11street mempunyai hampir 10 juta produk yang tersenarai di platform kami, malah lebih separuh daripadanya merupakan produk merentasi sempadan yang popular dan berjenama antarabangsa. Sebagai salah satu peneraju platform e-dagang di Malaysia, kami mahu memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli-belah di seluruh dunia tanpa perlu meninggalkan tanah air. Bagi membolehkan perkara ini dicapai, kami menjalin kerjasama dengan nama-nama global yang terkenal. Menerusi usaha sama ini kami mampu mempertingkatkan lagi penawaran bagi manfaat pelanggan 11street,” katanya.
Photo 1: (from left to
right) – Pia Huang, Marketing Manager, MSI Malaysia; Beh Kok Seong, Senior
Sales Planning Manager, MamyPoko; PY Choy, Chief Executive Officer of Momentum
Strike (exclusive distributor of Coleman); Wong Siew Lai, Vice President of
Marketing Communications, 11street; Margaret Chin, General Manager,
AmorePacific Malaysia (Laneige); Niklas Yong, Marketing Manager, Primer Group
of Companies; and Yvonne Wong, Marketing Manager, Philips AVENT at the launch
of 11street’s ‘Shop The World’ campaign.
Kempen tersebut akan memperlihatkan sinergi antara 11street dengan tiga pemain e-dagang global terkemuka – syarikat induknya, 11street Korea; UiTOX dari Taiwan dan *WorldFront dari Australia - membawakan pilihan meluas produk-produk luar negara yang popular.
[* WorldFront merupakan penggiat e-dagang global yang mempunyai pusat pemenuhan keperluan di tiga negara – United Kingdom (UK), AS dan New Zealand. WorldFront juga memiliki dan mengendali platform beli-belah dalam talian terbesar di New Zealand dan Australia. Ditubuhkan pada tahun 2004 dan kini mempunyai lebih 23 juta produk yang terbahagi dalam rangkaian kategori yang pelbagai, WorldFront telah meletakkan dirinya sebagai pembekal utama produk bagi pasaran di seluruh dunia.]
Ben Powles, Ketua Pegawai Eksekutif WorldFront menambah: “WorldFront menanti-nantikan kerjasama dengan 11street ini. Sebagai pasaran dalam talian terbesar di Australia dan New Zealand, kami mahu menawarkan pelbagai rangkaian produk dari Australia, UK dan AS pada harga kompetitif menerusi gedung kami – Awesome Everyday Prices – di 11street kepada pengguna di Malaysia.”
“Kami menyediakan lebih 1 juta produk termasuk jenama-jenama laris yang meliputi kesemua kategori 11street sepanjang kempen ini dan kami bertekad untuk meningkatkan aneka produk yang ditawarkan di platform berkenaan kepada 3 juta menjelang pertengahan 2017. Kami berhasrat untuk melangkaui halangan geografi dan memberikan akses produk terbaik dari seluruh dunia kepada rakyat negara ini dengan bersandarkan kempen 'Shop The World' 11street,” kongsi Powles.
Bermula 11 Mac ini, kempen 'Shop The World' akan memperlihatkan 11street menawarkan diskaun sehingga 99 peratus terhadap produk-produk antarabangsa dan jenama global, di samping penghantaran seberang laut secara percuma untuk item-item terpilih. Selain itu, sebagai bonus untuk menggalakkan pelanggan membeli-belah secara online, menawarkan penjimatan dan meringankan bebanan ekoran peningkatan kos sara hidup masa kini, 11street juga menyediakan baucar petrol berjumlah RM1 juta kepada para pelanggan yang membeli barangan yang terdapat dalam senarai kempen.
Tempahan Awal Eksklusif dan Tawaran Menarik disediakan. Ia Mudah, Klik-Klik Saja!
Turut mengambil bahagian dalam kempen ini adalah jenama-jenama global terkemuka seperti Coleman, Laneige, MamyPoko, MSI, Philips AVENT dan Primer Group (pengedar tempatan bagi label fesyen antarabangsa seperti Flossy, Jansport, Native dan Outdoor Products), sekali gus menjadikan kempen 'Shop The World' satu usaha yang holistik dan meletakkan 11street sebagai sebuah gedung online global yang menawarkan pelbagai promosi gabungan dan diskaun mengejutkan eksklusif dalam platform beli-belah berkenaan. Selain itu, ia juga menyediakan khidmat tempahan awal secara eksklusif bagi gajet-gajet yang dinantikan-nantikan di pasaran.
Penawaran Baucar Petrol bernilai RM1 juta
Kempen 'Shop The World' datang dengan bonus membeli-belah dalam bentuk baucar petrol. Sejajar dengan peningkatan harga minyak, 11street mempertingkatkan usaha dengan menawarkan baucar petrol bernilai RM10 untuk setiap pembelian bernilai RM100 bagi produk-produk dan jenama yang didaftarkan di bawah kempen 'Shop The World'.
Sebagai penutup, Wong berkata: “Ini merupakan satu cara bagi kami menghargai pelanggan di atas sokongan mereka terhadap 11street. Sebenarnya, kempen ‘Shop The World’ ini hanyalah satu permulaan terhadap rancangan lain yang disediakan untuk pelanggan platform ini. Kami mahukan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah global yang sebenar. Tidak lama lagi, para pelanggan kami akan menyedari betapa kecilnya dunia apabila mereka membuat pembelian di 11street, khususnya apabila kami terus berusaha untuk mempertingkatkan kepelbagaian pilihan produk dan inventori jenama global yang ditawarkan.”
Kempen 'Shop The World' berlangsung dari 11 Mac hingga 18 April 2017, menyediakan pelbagai tawaran menarik yang boleh dinikmati pelanggan bagi musim perayaan akan datang.