Hi Korang,
Shopping dengan perempuan memang tak boleh dipisahkan ek...
Arena perdagangan elektronik (e-dagang) telah membawa kepada peningkatan persaingan dalam industri e-dagang di Malaysia, memberi gambaran bahawa pertumbuhan pasti akan dialami operator tempatan [1]. Lantas itu, 11street – pasaran dalam talian nombor 2 di Malaysia – memacu inisiatif untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaannya dengan memperkenalkan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa, sekaligus menyumbang kepada industri e-dagang negara.
Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11street berkata, “Dengan kepesatan pendigitalan ekonomi, kami melihat dunia perniagaan semakin terhubung. China, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat berada dalam senarai teratas kadar penembusan e-dagang yang aktif. Oleh itu, tidak hairanlah negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, merupakan pasaran seterusnya bagi perkembangan sektor e-dagang yang pesat.
“Sebagai sebuah pasaran dalam talian, 11street berperanan untuk menyediakan kemudahan membeli-belah dalam talian dengan penawaran kepelbagaian produk, sama ada tempatan mahupun antarabangsa, pada harga kompetitif kepada para pengguna dan pada masa yang sama mengembangkan sektor e-dagang di negara ini.”
Yoon menekankan, sejak tahun 2016, perdagangan merentasi sempadan (CBT) di Malaysia mengalami pertumbuhan eksponen. Bagi 11street Malaysia sahaja, jumlah tempahan bagi produk global telah meningkat secara ketara iaitu sebanyak dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2016.
“Ditambah pula, jumlah tempahan produk dari China meningkat sebanyak 9 kali ganda pada tahun ini dengan lebih 70% pembelian merangkumi rangkaian produk memperbaik kediaman dan penjagaan peribadi,” Yoon berkata.
Antara produk-produk global yang mendapat permintaan tertinggi adalah kamera kenderaan, beg alat solek, beg mengembara dan gajet elektronik. Berbekalkan maklumat ini dan kajian pasaran yang kami jalankan, 11street mampu melaksanakan kempen-kempen yang berorientasikan pelanggan dengan kepelbagaian produk ditawarkan sambil menggalakkan sektor e-dagang di Malaysia.
Memenuhi permintaan tempatan menerusi Kempen ‘Shocking? YES!’
Rentetan kajian pasaran 11street yang lepas, pengguna nyatakan harga sebagai faktor utama dalam pertimbangan pembelian mereka; faktor lain yang mempengaruh mereka adalah penawaran produk yang meluas dalam setiap kategori termasuk jenama antarabangsa.
Yoon berkata, “Rata-rata pengguna membeli-belah dalam talian untuk dapatkan harga yang lebih rendah. Oleh itu, 11street komited 11street dalam menyediakan pasaran dalam talian yang holistik kepada pengguna tempatan, membolehkan mereka merasai pengalaman membeli-belah yang lebih seronok dengan diskaun menarik dalam satu lokasi. Kelebihan street yang ingin kami sampaikan secara khusus adalah kemudahan.”
Pelancaran kempen beli-belah dalam talian akhir tahun 11street - ‘Shocking? YES!’ melihat kerjasama dengan ribuan jenama terkenal tempatan dan antarabangsa, – untuk memperkenalkan 100,000 Tawaran Harga Terendah yang Dijamin dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM29 mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.
Sepanjang tempoh kempen, para pengguna akan menikmati rangkaian produk daripada jenama-jenama global yang mengambil bahagian, khususnya Globalegrow (sebuah jenama tersenarai awam di Bursa Saham Shenzhen dengan pemodalan pasaran melebihi AS$3 bilion), Anker dan Aukey (penjual terkemuka Amazon di peringkat global dalam kategori pengecasan peranti, barangan elektronik serta aksesori teknologi mudah alih di lebih 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah), Hada Labo (losen wajah No. 1 di Jepun – dengan satu botol terjual pada setiap dua saat), OLENS (pembekal kanta kosmetik No. 1 di Korea), MamyPoko, Samsung dan pelbagai lagi.
Jenama-jenama lain yang turut mengambil bahagian termasuk Banila Co., Bluelans, Banggood, Caring Pharmacy, CJ WOW Shop, Courts, Lotte, Mamonde, Nongshim, Skechers, Tesco, UEB Technology dan lain-lain.
11street Menjangkakan Peningkatan 50% dalam Keseluruhan Perniagaan
Yoon berkata, “Seiring dengan peningkatan pembelian dalam talian pada musim jualan akhir tahun, 11street mengunjurkan peningkatkan 50% dalam nilai dagangan kasar (GMV) dan tempahan dagangan merentasi sempadan kami. Kempen ‘Shocking? Yes!’ disasarkan untuk mengubah definisi pembelian dalam talian dengan menawarkan pelanggan lebih banyak kepelbagaian dan promosi yang mengujakan.
Sebagai pasaran dalam talian nombor 2 di Malaysia, portfolio perniagaan 11street kian berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 40,000 penjual dengan lebih 13 juta produk tersenarai pada kadar purata 16 juta kunjungan sebulan.
Turut hadir untuk menyaksikan pelancaran Kempen ‘Shocking? YES!’ adalah Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM); Akira Kajita, Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur; Yeon Sung Whan, Pengarah Agensi Promosi Perdagangan-Pelaburan Korea (KOTRA) dan Adam Tan, Naib Presiden Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kempen ‘Shocking? YES!’ dan series Tawaran Mengejutkannya, sila layari www.11street.my.