Showing posts with label set menu lunch. Show all posts
Showing posts with label set menu lunch. Show all posts

Tuesday, August 23, 2016

Tiffin Set Lunch Di Pacific Regency Hotel Suites

Hi Korang,

As usual cerita pasal makan lah! Hehehhe

Kali ni aku nak bawak korang ke Pacific Regency Hotel Suites di Kuala Lumpur, alah dekat sangat dengan KL Tower je. 

Mesti korang ingat, hotel ni tempat makannya biasa-biasa je kan, but no ye sangat special bila korang menjejakkan kaki ke tingkat 23 iaitu di Soi23 Restaurant. 


Untuk korang yang tercari-cari tempat makan sedap ketika waktu makan tengahari, aku cadangkan korang datang ke Soi23 Restaurant ni ek sebab sekarang ni mereka sedang mengadakan promosi ‘Malaysian Heritage Special – Tiffin Style’

Konsep yang di ketengahkan oleh Chef Zarul ni ni bagi aku sangat-sangat berbaloi kerana korang boleh merasai 3-4 menu hidangan kampung yang pasti membuatkan korang kenyang sampai malam.


Kali ini Chef Zarul menghidangkan 3 menu masakan kampung yang popular iaitu

Rendang Tok dari Negeri Perak

Sambal Udang Petai dari Negeri Melaka

Patin Gulai Lemak Tempoyak dari Negeri Pahang

Nyum nyummmm

Itu baru je tulis, belum tengok gambar lagi kan hehehhehe 


Rendang Tok

Salah satu favourite aku ni, sebab payah nak buat. So bila ada kesempatan ni, makan dengan sesungguhnya lah kan. Bagi aku dagingnya lembut, tarik sket je dah berderai. Rempah ratusnya menusuk kalbu, penuh dengan rasa. 

Sambal Udang Petai 

Langsung tak pedas walaupun nampak macam merahnya mak ngah. Isi udangnya lembut kiranya masak secukup waktu, tak lama dan tak kejap dalam kuali. Tengok cam sket tapi banyak jugak udangnya sampai tak habis kitaorang makan. 

Patin Gulai Lemak Tempoyak 

Korang pun tau kan, aku memang tak makan durian dan apa jua yang berkaitan dengan durian seperti tempoyak. Tapi menu yang ini aku memang tak boleh nak tolak sebab lemak ikan patin tu memang menambat hati aku. Dahlah portionnya ikannya banyak, walaupun partner makan aku tuh blogger Madi yang merupakan penggemar ikan patin ni, but still kitaorang tak terhabis pun makan hehehehe


Harga sangat berbaloi dan murah.


Bagi aku dengan harga RM35nett ni sangat-sangat murah dan berpatutan. Jika nak dibandingkan dengan menu yang dihidangkan. Kita semua tahu yang harga ikan patin, udang dan daging tuh bukan murah pun tapi RM35nett ermm cukup murah untuk makan tengahari berdua atau pun bertiga di Soi23 restaurant ni ye. 

Promosi ini sedang berlangsung daripada Ogos, September dan Oktober.

Apa tunggu lagi moh cepat ke:

Pacific Regency Hotel Suites,
KH Tower,
Jalan Punchak,
Off Jalan P.Ramlee
Kuala Lumpur

Tempahan dan pertannyaan boleh hubungi :

Tel : 03 2332 7777
Email : info@pacific-regency.com



Selamat menjamu selera semuanya...


Friday, June 24, 2016

Makan Time Bersama Fish & CO

Hi Korang,

ye Makan Time.... 

APA? 
Bloop Bloop! 
Nikmati makanan laut dan ayam goreng rangup di dalam kuali untuk Hidangan Istimewa Makan Time kami tahun ini. Kagumkan ahli keluarga dan rakan – rakan korang dengan kesegaran,kepelbagaian dan kualiti. Harga bermula dengan RM22.50 seorang sahaja. 

BILA DAN DIMANA? 

Hidangan istimewa Makan Time boleh didapati di Pavilion KL, Paradigm Mall, Main Place@USJ 21, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall & 1 Utama Shopping Centre bermula dari 1 Jun 2016 hingga 17 Julai 2016. 

Berapa Ringgit?


Makan Time Set untuk 2 @ RM 45 nett 
- The Best Fish & Chips in Town 
- Peri-Peri Catch
- 2 Soft Drinks 


Makan Time Set untuk 4 @ RM 109 nett 
- The Best Fish & Chips in Town 
- Peri-Peri Catch 
- Fry-Kings Platter 
- 4 Soft Drinks 

Awesome Top-ups 

- Hot-Fudge Cake (RM 7.95) 
- Soup of the Day (RM 5.95) 

Makan Time Set Menu untuk 2 @ RM 45 nett 

Makan Time Set Menu untuk 4 @ RM 109 nett 


Lokasi Cawangan:

Pavilion Kuala Lumpur (Flagship), Tel: 03 – 2141 1350
Paradigm Mall, Tel: 03 – 7491 0809
The Mines Shopping Mall, Tel: 03 – 8958 5856
Main Place @ USJ 21, Tel: 03 – 8011 4583
IOI City Mall, Tel: 03 – 8328 0761
1 Utama Shopping Centre, Tel: 03 – 7722 4928 

Untuk maklumat lanjut, 

sila layari laman web : 

atau 
ikuti kami di 

Facebook : 

Twitter 

Instagram: 
untuk maklumat terkini.

Tentang Fish & Co. 

Bermula dari tahun 1998, Fish & Co. adalah restoran keluarga yang kasual yang menghidangkan hidangan makanan laut yang segar di dalam kuali.Pengalaman makan yang unik diinspirasikan daripada nelayan-nelayan di laut Mediterranean yang menangkap hidupan laut, masak dan menjamah tangkapan laut tersebut terus dari kuali.Direka dengan persekitaran yang natural, kasual dan berunsurkan nautika, Fish & Co. restoran dan pekerja-pekerjanya yang peramah dan mudah didekati.Di Fish & Co., semua makanan laut dihidang secara sederhana dan berterus terang. Hanya menggunakan makanan laut yang segar dan bahan-bahan semulajadi seperti minyak zaiton, herba dan rempah ratus dari serata dunia, Fish & Co. telah menggembirakan pelanggan-pelanggannya dengan hidangan yang memikat selera dalam size hidangan yang besar dan servis yang mesra-menunjukkan kualiti dan nilai yang tinggi.