Showing posts with label servis untuk pengguna jalan raya. Show all posts
Showing posts with label servis untuk pengguna jalan raya. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Kad Prabayar SHELL easiGO, Kemudahan Terkini Untuk Pengguna Jalan Raya

Hi Korang,


Ada berita baik untuk pengguna jalan raya especially mereka yang suka tuang minyak kat Shell ek. 


Shell Malaysia memperkenalkan Kad Prabayar Shell easiGO American Express® yang dikeluarkan oleh Maybank. Kad tersebut merupakan hasil kerjasama di antara dua syarikat kewangan terkemuka, Maybank dan American Express. Kad Prabayar Shell easiGO bertujuan menyediakan cara pembayaran yang lebih selamat, bijak serta mudah untuk mengisi minyak kenderaan, serta membolehkan mereka menikmati pelbagai manfaat lain.


Kad Prabayar Shell easiGO menawarkan pelbagai ciri unik, tawaran khas serta ganjaran yang lumayan demi menggalakkan para pengguna membuat pilihan pembayaran yang lebih bijak. Ia direka untuk mempercepatkan proses mengisi minyak di stesen Shell tanpa melibatkan transaksi tunai, sekaligus membantu para pengguna menjimatkan masa.


“Kami terdorong untuk menghasilkan produk pembayaran yang bukan sahaja menyenangkan, malah, selamat dan tidak melibatkan transaksi tunai demi memberi mereka pengalaman yang positif di Shell. Selain itu, kami juga ingin memberi mereka ganjaran dan membantu mengurus perbelanjaan mereka,” demikian kata Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd sempena majlis pelancarannya baru-baru ini.

Terdapat dua jenis Kad Prabayar Shell easiGO yang direka bagi pemandu kereta dan penunggang motosikal. Kad Prabayar Shell easiGO dilengkapi dengan pelbagai manfaat serta ciri yang menarik.


Kelebihan Shell EasiGO Prepaid Card 

1. Diterima dengan selamat di Shell di seluruh negara dan semua pedagang American Express di seluruh dunia.
2. Nikmati diskaun sehingga 10% pada produk minyak pelincir Shell di stesen terpilih. 

3. Tahun pertama percuma liputan Cacat Tetap Total PA Insurans. 

4. Dapatkan Maybank TreatsPoints & BonusLink poin setiap kali anda menggunakan Kad anda. 

5. Pengeluaran tunai di ATM Maybank di seluruh negara.


Tambahan pula, pemegang kad juga dapat menikmati sistem mata ganjaran berganda, iaitu Maybank Treatpoints, di mana 1 mata ganjaran diberi untuk setiap RM3 yang digunakan, dan mata ganjaran BonusLink, di mana 1 mata ganjaran diberi untuk setiap liter minyak yang diisikan di Shell. Selain itu, pelbagai promosi serta tawaran akan diadakan dari masa ke semasa untuk menggalakkan penggunaan Kad Prabayar Shell easiGO.


Siapa yang boleh gunakan Shell easiGO Prepaid Card ni

Minimum umur 18 tahun ke atas, warnanegara Malaysia dan bukan Malaysian dengan valid address di Malaysia. Tak payah tunjukkan payslip dan dokumen lain ek.

Cuma perlu 2 dokumen sahaja iaitu : 
1. Valid National Registration Identity Card (NRIC) for Malaysians 
2. Passport (For Non Malaysians with valid address.)


Cara daftar Kad Prabayar Shell easiGO

Beli pek permulaan di stesen-stesen Shell.

Lengkap dan hantarkan borang permohonan bersama-sama dengan satu salinan Kad Pengenalan / pasport (depan dan belakang) dengan menggunakan:

a) Fax : +603 2070 6868
c) Pos : Pusat Kad Maybank, Tingkat 7, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur.

• SMS akan dihantar kepada anda sebaik sahaja Kad anda diaktifkan.

Pemegang kad dapat menambah nilai Kad Prabayar Shell easiGO mereka di stesen Shell serta lebih 3,000 mesin ATM atau mesin deposit tunai Maybank di seluruh negara, pemindahan dalam talian melalui www.maybank.com.my dan perkhidmatan GIRO antara bank (IBG). Selain itu, pemegang kad juga dapat mengeluarkan tunai dengan Kad Prabayar Shell easiGO mereka di mesin ATM tanpa caj tambahan dengan PIN yang sah, serta memeriksa baki mereka menerusi SMS, mesin ATM Maybank atau di www.maybank2u.com.my. Had tambahan nilai maksimum bagi kad ini ialah RM5,000 dan had tunai maksimum bagi setiap pengeluaran tunai ialah RM1,000.

Nota Penting: Apabila mengisi minyak kenderaan anda di terminal pembayaran luar Shell , sila pastikan anda mempunyai baki minimum kad prabayar sebanyak RM80 (untuk kereta) atau RM20 (untuk motosikal)


Sempena pelancaran Kad Prabayar Shell easiGO, para pemegang kad berpeluang memenangi hadiah-hadiah tunai berjumlah RM450,000 dengan pembelian minimum RM5 dengan Kad Prabayar Shell easiGO mereka. Ini akan diuruskan oleh Maybank bagi tiga bulan yang akan datang. Seramai 1,500 pemenang akan dipilih setiap bulan untuk memenangi hadiah tunai yang akan dimasukkan ke dalam Kad Prabayar Shell easiGO mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my