Showing posts with label service kereta. Show all posts
Showing posts with label service kereta. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Sayangi Kereta Anda | Simbol #CHECK Menyala Di Dashboard Kereta

Hi Korang,

Rasanya lama tak tulis pasal tips penjagaan kereta ni ek, dekat 2-3 bulan cam tu. 

Ok ni aku sambung balik ek

Aku dapat info ni daripada facebook dan aku rasa patut share dengan korang yang tau bawak kereta dan pandai isi minyak je kan hehhehehe...

Penting ni wei..


Pernah lihat simbol ini #MENYALA di dashboard meter kereta anda? jom baca dan ketahui apakah maksud amaran ini.


Adakah pernah melihat simbol ini menyala pada meter kereta anda? Ini adalah simbol amaran yang mana ECU telah mengesan sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta anda. Jika lampu amaran ini menyala, anda perlulah memeriksa kereta anda pada kadar yang segera. Jika tidak, kerosakan yang lebih besar bakal berlaku. Pastinya anda ingin tahu apakah kerosakan yang menyebabkan lampu amaran itu menyala?

Menurut kajian, oksigen sensor adalah penyebab utama lampu amaran check engine menyala. Penutup tangki minyak yang rosak juga adalah salah satu penyebab lampu amaran menyala namun kes berlaku sangat sedikit berbanding oksigen sensor. Jadi apakah itu oksigen sensor?


Oksigen sensor terletak di manifold ekzos dan selepas catalytic converter. Oksigen sensor akan memberikan isyarat kepada ECU untuk mengawal selia campuran bahan api di kebuk pembakaran. Ia membentuk sistem kawalan bahan api tertutup yang mana ECU akan mengawal selia bahan api samada perlu gunakan banyak atau sedikit. Oksigen sensor akan memberi maklumbalas kepada ECU melalui arus elektrik dan ECU akan menentukan jumlah bahan api yang perlu dicampurkan. Jika sensor membaca oksigen yang terlalu banyak maka telah berlaku pembakaran yang tidak lengkap. ECU menerima maklumat pembakaran tidak lengkap berlaku dan akan menambah jumlah campuran bahan api dalam kebuk pembakaran.


Jika tiada langsung isyarat dari sensor ke ECU disebabkan masalah atau kerosakan, ECU akan sentiasa mengarahkan campuran bahan api yang banyak yang menyebabkan kereta anda menjadi kuat makan minyak. Oksigen sensor akan kurang bertindakbalas jika ianya sudah digunakan terlalu lama dimana kekotoran yang keluar dari injap ekzos plumbum dan sulfur. Penggunaan additive juga boleh menganggu fungsi oksigen sensor. Sensor juga boleh mengalami kerosakan akibat dari simbahan air ketika membasuh bahagian underbody kereta. Kadang-kadang masalah lampu amaran check engine ini boleh selesai dengan membersihkan semula oksigen sensor dengan kaedah air blow. Jika tidak berjaya, anda perlulah menukar sensor tersebut dengan harga sekitar RM150 hingga RM450 mengikut jenis kereta. 


Ok paham tak?

pahamkan betul-betul ek, kalau tak berapa paham tak per just baca je. Yang penting jangan sampai simbol #CHECK tu keluar kat dashboard kereta korang sudah. 

Punca yang biasa simbol #CHECKENGINE ni keluar adalah:-

1. minyak itam kering kontang

2. Sensor meter kat dashboard tu rosak

3. Check radiator

4. Coil plug problem


Ini baru sket, actually ada banyaklah punca dan sebab kenapa simbol 'CHECK' tu menyala. Pepandailah ek pi service centre, jangan nak buat sendri sebab nak jimat kos. 

Thursday, June 26, 2014

Sayangi Kereta Anda : Jangan Potong Q

Hi Korang,

Lama plak tak tulis pasal ni, asyik citer pasal makan je kan.

Korang tengok jelah gegambor ni.




So what do you think?

Bagi aku tak eloklah buat perangai cam ni kan, kalau dah tau lambat tu buat cara lambat. Janganlah nak menyusahkan orang lain. 

Yelah dia rasa dia kuat, dia hebat, dia mahal kan so of course kereta-kereta kecik dan driver yang tak berapa pandai nak cilok  ni mesti kena bagi laluan kat dia.

tengoklah viva ni, tak padan kecik

proton BML ni pun sama gak la

Ni aku yang kena ni, ermm sakitnya hati. Tapi nak buat cam ne, kita ni kecik.

Jawabnya banyak-banyakkan bersabar jelah.

Tepuk dada tanya selera

Ermm apa lagi jom pi makan roti canai dulu lah...



Thursday, April 24, 2014

Sayangi Kereta Anda | Tips Memandu Di Musim Banjir


Hi Korang,

Kite bertemu lagi dalam segmen sayangi kereta anda. Ewah cam pengacara TV plak ek, kena bercakap sket atas pentas hari tuh dah cuak muka, inikan plak jadi pengacara TV bagai. Jangan nak perasan ek cik lily putih oit!


Kan hari tuh, ada banjir kilat teruk kat area opis aku ni, so bila tengok balik gambar-gambar tuh rasa cam kagum plak tengok orang-orang yang sanggup harungi banjir dengan kereta diorang ni semata-mata nak cepat jalan. Aku tak tau lah samaada ada kereta yang tersangkut ke tak dalam banjir tu ek.


Lepas buat sedikit search pasal kes banjir kilat ni, meh aku kongsikan pada korang tips atau panduan memandu kereta di musim banjir.

1. Kalau rasa anda boleh elak daripada redah banjir tu, se-elok2nya anda elaklah. Cepat2 patah balik dan guna je jalan lain. Jangan fikir kereta depan lepas, kereta anda pon boleh lepas.

2. Kalau kereta anda tu dah dikelilingi banjir, tinggalkan kereta cepat2 dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi.


3. Kalau satu2nya jalan keluar adalah dengan mengharungi banjir tu, drive slow2 ( dalam 20km/jam) pada kelajuan yang tetap dan jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine anda sebab air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Tukar gear rendah bagi kereta manual yang auto tu gear D atau 3 kot, tak reti la pakai kete auto. Hehehe!

4. Kalau air masuk juga dalam engine, jangan cuba start balik kenderaan anda. Boleh rosak engine. Call je tow truck.

5. Jangan panik dan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning(tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan)

6. Kalau terjadi juga aquaplaning ni, pegang kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar tu grip balik jalan.

7. Jangan memandu melawan arah traffic, kalau terpaksa juga, biarkan kenderaan dari arah bertentangan tu lalu dulu, baru anda lalu.

8. Lepas dah berjaya harungi banjir tu, test break anda betul2. Mula2 tekan break sampai anda yakin brek tu berfungsi, lepas tu pegang steering kemas2 dan tekan brek sikit2 beberapa kali untuk mengeringkan brek anda.


Bahayanya banjir ni adalah bila korang taktau berapa dalam banjir tu dan risiko kereta korang hanyut kalau paras air terlalu tinggi. Lebih kurang 6 inci pon dah cukup nak cecah bawah kereta kerata dan menyebabkan korang hilang kawalan atau menterbalikkan kereta korang. Dan paras air sekaki (lebih kurang 30cm) pon dah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, terus hanyut je kereta tu.

Panduan am: 
Jalan-jalan yang ditenggelami air itu dianggap tidak boleh dilalui oleh:

· Kenderaan ringan sekiranya paras banjir sedalam 0.35m (14") di permukaan jalan.

· Semua kenderaan sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2'6") di permukaan jalan.


Credit info dari : http://krissauto.blogspot.com


Aduiyai memang banyak betul pantang larang memandu di musim banjir ni ek. Aku memang tak de pengalaman hal sebegini, better aku buat search sket dan kongsikan pada korang. Aku tau korang memang tak kisah bab-bab kereta ni especially orang pompuan kan.

Macam aku, memang kena amik tau sebab aku ni asal bergerak je kena dengan kereta. Mr Big naik motor je, so kalau jadi apa-apa kat kereta aku mesti ada knowledge sket pasal tips penjagaan kereta ni.

Hopefully korang especially orang pompuan, amik tau sket bab kereta ni ye

credit photos : www.google.com




Thursday, July 28, 2011

Sayangi Kereta Anda : Apa Fungsi Minyak Hitam

Hi Korang,

Lama betul aku tak citer pasal kereta ni kan. Rasanya dah 3 minggu kot. Busy sangat update pasal event sampai boleh terlupa pasal entry kereta ni.



Minggu ni aku nak citer pasal minyak hitam. Minyak hitam ni kiranya one of the nyawa untuk kereta lah, kalau tak de minyak hitam cam ne silinder dalam enjin nak berjalan kan. 

Meh layan sket fakta pasal minyak hitam kereta ni.




MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.

Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.





Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan. Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak. Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.




Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?

Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.

Aku pilih Shell @Lebih Kilometer... Kata kawww


Bagi aku, yang penting:-

1. Kereta aku dah berumur sket so bolehlah minyak hitam semi-sintetik

2. Mesti ikut jadual maintenancenya

3. Belilah yang mahal sket, janji enjin kereta smooth je kan

4. Kereta baru pakailah full sintetik, baru lagi macho kan


Hah apa macam? Agak2 korang leh paham tak? Ermm baca slow2 sket dan pahamkan. Apa yang penting, tukar minyak hitam ikut jadual/schedule yang telah ditetapkan. Kalau tak jawabnya kete korang tersadailah kat workshop lah kan

Info sket dari :