Showing posts with label selangorlicious. Show all posts
Showing posts with label selangorlicious. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

Sepanjang May 2011 - Sangat Penat

Hi Korang,

Macamana aku boleh terlambat update pasal summary keje berblogging aku untuk bulan May ni kan. Yelah keje banyak plak dah hujung2 bulan ni kan.


Ya Allah, memang hectic betul. Memacam benda jadi. Bebanan kerja yang tak berapa busy sangat tapi aktiviti bersosial pun makin hebat. Uishk tak terkata lah. Korang check it out ni.

Event
First time dapat main roller skating kat The Wheels dengan Gplus member. Best sungguh. Then dapat jugak pi Selangorlicious Beach Party jugak kat Sepang Gold Coast. Then dapat invitation pi Maybeline event. Ada lagi dapat pi Closing Ceremony 100 Women jugak.Dapat ikut press conference untuk Tourism Selangor Photo Carnival,  Last but not least dapat HyppTV party gak tau.

Premiere Screening
Bulan ni dapat 3 je tiket wayang free iaitu Priest but tak sempat nak pi tengok. Kemudian dapat citer Paul dari TimeOutKL dan juga dapat lagi tengok 3D screening Pirate of Carribean.

Outing
Dapat join flash mob kat Sunway Lagoon, ada Bloggers Day Out pi tengok Nur Kasih tau. Then ada family photoshoot kat Putrajaya.

Skills
Sibuk mereview2 product yang diorg nie hantar. Ermm memacam jugak aku belajar. Memasak pun kurang sket bulan coz mr Big nak makan yang simple2 je lah.

Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya. Walaupun letih cam ne pun aku mesti buat jugak sebab keseronokan yang di rasai tu kan..


Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan May ni. Yang penting muhasabah diri okeh.
 
Hopefully bulan June lagi best lah hendaknya ek.. Oklah nak layan Nothing Hill dulu.. Choas...

Sunday, May 22, 2011

Cik Lily Putih Si Pemain Didjeridoo

Hi Korang,
Pernah tak dengar atau tengok benda nie?
Hah inilah yang aku tengah pegang ni lah. Cuba teka apa menda alah nie? Eh, bukan untuk pukul Mr Big lah.Actually menda nie alat music tau tradisional lagi tapi bukan Malaysia mari okeh.

Sebenarnya ni citernya. The Didgeridoo (juga dikenali sebagai didjeridu atau didge) merupakan satu alat music yang berasal dari kaum orang asli dari utara Australia yang telah diperkenalkan sejak 1,500 tahu dahulu dan masih di gunakan lagi sehingga ke hari ini di merata dunia.
Ianya berbentuk silinder dan kelihatan seperti trompet kayu atau ‘paip drone’ so dah sah-sah diperbuat dari kayu lah kan, berukuran panjang di antara 1 hingga 2 meter tak boleh kurang daripada itu kerana semakin panjang alat ini semakin merdu nada yang di keluarkan.


Cara memainkan korang ingat boleh tiup sesuka hati ke? Ada teknik untuk meniup alat music ini iaitu teknik ‘circular breathing’ merupakan cara kita meniup menggunakan aliran nafas yang tidak putus-putus so sebab tu sebelum nak tiup kena ambil nafas yang panjang kan.
Payah jugak nak explain kat korang kan, nanti tak paham plak coz aku sendiri baru je first time tengok alat music. Tengok je gambo cam ne diorg tiup tu kan.
Seronok jugak dapat tahu culture orang di negara lain kan. At least tak de lah aku jadi katak bawah tempurung kan.
Thank you to Selangorlicious dan Tourism Selangor kerana memperkenalkan kepada aku.Umtuk lebih details korang boleh ke website nie Didjeridooghetto Malaysia Club
Tup-tup terasa nak belajar main alat music plak lah cam ayah aku maklumlah dia tu ahli music terhebat satu ketika dulu.

Happy Sunday!!


Friday, May 20, 2011

Video Jeng Jeng Jeng Cik Lily Putih Di YouTube

Hi Korang,

Dah makan ke belum? Aku dah.. kenyang betul dapat minum Rootbeer Float A&W tadi kan.. Alhamdulillah.

Ermm sambil melayani internet tengahari2 ni kan, tetiba aku terperasan nama aku ada kat youtube plak. Aduh hati dah cuak gak ni. Video apa plak pasal aku ni kan. Ntah ntah.. video jeng jeng jeng...tapi aku tak pernah pun buat video terlampau kan..

Tak caya,meh korang tengok sini.






Huahauhauahuahau... bukan video tut tut tut lah tapi video masa ktorg pi Selangorlicious sunset beach party minggu lepas. Yang best part tuh, Mr Big yang kene interview pun bukan aku hehehhe cuma jual nama aku je kan. Seronok wei. Dapat bercamwhore bagai, makan memacam lagi sampai sengkek perut dibuatnya.

Thank you to Cakapniaga kerana mengambil video nie untuk ktorg.

Later nanti aku citer lagi pasal Selangorlicious event nie ek..

Tuesday, May 17, 2011

Weekend Yang Penat Tapi Not Bad

Hi Korang,

Ermm rasanya lama betul tak update blog lah. Yelah lepas blogger.com down lebih kurang 2-3 hari kot aku rasa. Terus aku terlupa nak publish entry yang ada kat kotak draft tuh.

Cuti panjang kan so sibuk balik kampung. Tapi sebelum tu singgah ke Sepang Gold Coast dulu ada event Selangorlicious Food Carnival. Ermm memang best lah. Variety food aku bedal.

Kat kampung plak, tak de keje lain. Makan tidur makan tidur. Main dengan kucing & ikan. Itu je lah keje yang aku buat.

Balik KL ada special screening plak Pirate of Carribean.. Memang best sebab tengok yang 3D punya.

Apa-apa pun weekend ni penuh dengan makan dan jalan-jalan. Letih tapi berbaloi lah. Nantilah aku citer kat korang tau. Bertambahlah lagi hutang entry aku ek. Yang pasal Marigold pun tak abis lagi..

So stay tune...

Btw, weekend panjang ni korang buat apa ek? Tidur je ke kan...

Eh eh.. jangan lupa, click link kat bawah ni untuk menang iPAD tau..