Showing posts with label sejarah masjid Quba. Show all posts
Showing posts with label sejarah masjid Quba. Show all posts

Tuesday, March 28, 2017

UMRAH 2017 | Hari 3 Madinah – Ziarah Luar Melawat Masjib Quba, Ladang Kurma, Jabal Uhud.

Hi Korang,

Aduiyai agak penat dan lembap aku nak mengupdate entry Umrah 2017 ni

Hehehehe dasar pemalas kannn hahahahaha

Dah mari sambung

budak berdua, belum bangun kitaorang dah angkat bawak pi masjid. tengok si aakif minum susu pun mata pejam hehehe

Kitorang duduk kat Madinah ni memang bangun awal sebelum subuh lagi dan tidur awal lepas isyak dah makan terus tidur. Penat kot tak per tak per demi pahala kann hehehehe

di tepi rove hotel, nak naik bas hehehe

So pagi hari tuh, lepas sarapan dalam kul 7.30 pagi kitaorang dah naik bas untuk pi melawat. Wah bestnya dapat berjalan, dapat tengok keindahan bumi arab ni. 






Bagi aku bandarnya unik, pokok-pokoknye kurang. Jalannye luas. Bangunannya kebanyakkannya bentuk petak-petak hehehehe


Masjib Quba


Tempat pertama yang kitaorang pi adalah Masjid Quba

Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibangun oleh Rasulullah saw. pada tahun 1 Hijriyah atau 622 Masehi di Quba, sekitar 5 km di sebelah tenggara kota Madinah. Dalam Al Qur'an disebutkan bahwa masjid Quba adalah masjid yang dibangun atas dasar takwa (Surat At Taubah:108).


dengan acik-acik geng Raudhah saya



Hah itu sejarahnya, dekat je dengan area bandar Madinah ni. Aku sempat bersolat sunat dalam masjid ni. Ermm syukur ya allah. Lepas solat ewah, sempat shopping kat tepi masjid ni sebab ada orang berniaga. Mr Big beli coklat 2 beg besar untuk bagi kengkawan kat opis katanya.

Ladang Kurma



Borak-borak dalam bus tup-tup dah sampai pun ke lading Kurma ni. 


Yang seronok nye, lepak kat lading Kurma tuh tak sampai 5 minit pun sebab tarikan kat tempat jual Kurma tuh lagi mengancam jiwa. Yelah ko banyak jenis kurma yang korang boleh rasa, tak beli pun tak per. Aku haruslah cuba satu persatu kan, sedap lain dari rasa kurma yusof taiyoob. Hehehhe





buah delima tuh, sebijik beso 5 riyal je ekkk murahhh


Selain daripada tuh ada jugak jual coklat pelbagai jenis dari Turki, barangan masakan macam minyak zaitun, saffron, cia seed dan memacam lagi. Aku rasa sini je habis beratus ek hauhauahuahua

Jabal Uhud



Gunung atau Bukit Uhud mencintai Rasulullah SAW dan begitu juga sebaliknya. Menziarahinya kita akan mengambil hikmah mengenang pahit getir perjuangan Rasulullah dan para sahabat mempertahankan Islam.Ia tidak bersambungan dengan banjaran gunung-gunung lain, nama Uhud sendiri bermaksud tersendiri.

Bukit Uhud atau Jabal Uhud (جبل أحد) adalah sebuah bukit di utara Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter dan terletak kira-kira 7 km dari Madinah. Bukit ini adalah lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan pasukan musyrik Mekah. Pertempuran Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi, di tempat yang sekarang di barat laut Arab Saudi.


Aku dapat panjat bukit Uhud yang rendah ni, once naik je atas Ustaz Naqib memberikan penerangan mengenai sejarah Jabal Uhud ni, sedih bila dengar sejarahnya. Kemenangan Islam, rapuhnya pertahanan islam selepas tuh ermm sedihhh.


Lepas je abis melawat di sekitar Jabal Uhud, kitaorang melawat para peniaga yang berniaga di sekitarnya. Ya ampun, murahnya tak henggat sampai aku pun tersangkut beli jubah untuk family kan. Sempat belikan souvenir untuk ayah dan adik sekali.






Abis melawat dalam pukul 11 pagi, ermm sekejapan kan.

Naik bilik rehat kejap dan siap-siap untuk pi solat di masjid Nabawi. Kat sini memang seronok sangat pi masjid kat sini kenapa kat Malaysia tak de perasaan seronok cam ni. Huhuhuhuhu…

Jawabnya kena berubahlah ye…

Ini baru hari ketiga, ada lagi 9 hari lagi aku nak citer.

So sabar ye hehehhe

Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni

1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka




Selamat membaca hehehehe