Showing posts with label secret recipe. Show all posts
Showing posts with label secret recipe. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Pesta Makan Kek Harijadi Sampai Lebam


Hi Korang,

Kitaorang berdua ni kalau datang angin yang tak berapa betul, mesti ada je perangai yang mengarut yang teringin di buat.

Its actually bukan birthday sesiapa pun but kitaorang teringin sangat nak makan kek. So dekat nak pukul 10.30 malam cam tu, keluar rumah pi merayau-rayau area BBBangi ni mencari bakery or kedai kek yang betul tutup lagi.

So sampailah jugak ke Secret Recipe kat Seksyen 8 ni. Orang still ramai lagi but Mr Big cakap kita take away je. Plannya cuma nak beli 1 slice je coz teragak sangat nak makan yang manis-manis ni.


Sampai depan counter, hah amik ko dari satu menjadi 5. Pilih tu pilih ni, itu yang jadi sampai 5 tuh.

Cubalah korang tengok ni

american brownie

chocolate cheese

black forest cheese

cHhocolate fudGe

rasberry cHeese


Hah, tak caya cakap aku. Majoritinya semua pilihan aku, asal ada coklat je aku pilih. Memang rambang mata coz banyak sangat flavour baru ke aku yang dah lama tak ke Secret Recipe ek.


Sampai je rumah, terus je Mr Big suruh amik fork and spoon untuk bedal ini cake kan. Majoriti semuanya sedap belaka. Yelah coklat tuh, haruslah sedap.

So itu je pesta makan kek harijadi… tak semestinya nak tunggu birthday boleh makan kek kan, betul tak ?

Bila-bila pun boleh.

p/s: bukan nak promote secret recipe ye, sebab itu je kedai kek yanG dekat denGan umah tau.





Saturday, April 9, 2011

Mengidam + Manis = Cheese Cakesssssss....

Morning Korang,

Pepagi weekend sabtu ni aku duk mengadap PC kan, nampak nau tak de keja nak buat. Actually nk buat sarapan but update blog dulu lah kejap.

Apa yang buatkan kita gembira? Of courselah salah satunya ialah Food kan. Sapa yang tak suka makan? Kalau x fikir pasal sihat, confirm2 semua orang akan makan makan dan makan. Setuju tak? Hah kan betul kan.

Dah 3 hari aku ni mengidam nak makan something yang manis. Nak singgah kedai kek asyik tak sempat je bila time balik. Bila dah singgah kek yang aku nak tu abis plak so kenalah tunggu hari esok2nya kan. Jadi malam tadi, aku heret jugak mr Big pi cari kedai kek yang ada jual kek ikut tekak aku kan. Dapat jugak kan.

Ini dia kek yang di idamkan minggu ni, dah macam orang mengandung plak kan. Kalah sumijelly plak aku ni.

Rasberry Cheese

Chocolate Fudge

Yogurt Strawberry Cheese

Hah kau, beli sekali 3 slices kan. Sangat lazat ok. Termenung jugak bila tengok kek ni sebelum makan. Lepas dah amik gambo apa lagi, terus bedal lah. Bila masuk je dalam mulut tuh. uiskk nikmatnya damm good. Yelah aku rasa dah lama betul tak makan kek kan. Last makan masa birthday mr Big hari tuh.


Tengoklah aksi peminat kek tegar ek. Seksi kan. Bila dia tengok, malu plak rasanya. Hehehehhehehe.



Inilah outcome nya. Cheese cake selesai tinggal saki baki chocolate fudge je. Air sarsi tinggal suku botol. Hahahahaha

Bila dah abis makan, tup tup baru teringat. Banyaknya kena bakar lemak esok ni. Berjam-jam lah kena exercise kan. Padam muka memasing kan. Tadi masa bedal langsung tak ingat now ni plak tup tup ingat pasal kesihatan.

Ermm lepas ni tobat nak makan cakes lagi selama 2 bulan. Huahauhauhauahua..

Happy Weekend Korang!


Thursday, March 18, 2010

High Tea Tajaan

Hidangan minum petang hari nie

Chocolate Indulgence

Hah, lazat kan? Sampai malas nak letak dalam pinggan. Makan dalam kotak je. Memang seronok makan seorang kerana kite dapat enjoy the momment. Tapi lagi seronok bile dapat bertiga kongsi satu sudu kan, terasa macam rapat je hubungan ko dan aku.

Terima kasih kat MrSecretAdmirer yang belanje cake nie.

Apa yang aku merepek nie lagi? Jom makan!!!

p/s: Sedap kan? Jgn jeles!