Showing posts with label scholl product. Show all posts
Showing posts with label scholl product. Show all posts

Monday, August 4, 2014

SCHOLL Velvet Smooth Express Pedi, Boleh BerSPA Kaki Di Rumah Je

Hi Korang,

Cuba tengok tapak kaki korang sekarang ni? Ermm pepaham jelah.

Merekah dan pecah-pecah, betul tak? Kalau tumit kaki korang cantik lagi, eee pandainya jaga kaki. Aku memang tak reti nak jaga kaki, kalau dah asyik tuh berjalan kehulu kehilir mengemaas rumah, masak,, basuh lantai, mop lantai bagai kan.


Bila SCHOLL memperkenalkan Velvet Smooth Express Pedi ni aku cam excited nak mencuba. Dahlah aku ni tak de masa nak buat manicure pedicure kan, so dengan adanya alat ni rasanya boleh menolong masalah aku ni kot. Hehehehe

Untung dapat jemputan ke media launch baru-baru ni sebelum raya. So kat sini diorang cerita serba sedikit mengenai alat pedicure express ni.


Mehlah aku cerita sedikit mengenai SCHOLL Velvet Smooth Express Pedi, ini fakta tau bukan auta

Selaku pakar dan peneraju dalam bidang penjagaan kaki, Scholl pada hari ini memperkenalkan inovasi terbaharunya untuk menanggalkan masalah kulit kasar. Dikenali sebagai Velvet Smooth Express Pedi, alat elektronik yang ringkas dan berguna ini direka mudah digunakan. Jadi, sesiapa sahaja boleh memilik kaki yang cantik serta lembut dengan mudah dan pantas di rumah masing-masing.


Direka penuh ergonomik dengan pemegang yang lembut, Scholl Velvet Smooth Express Pedi dilengkapi satu kepala penggelek Micralumina™ yang berpusing dengan laju. Ia mampu menanggalkan kulit kasar dengan mudah, pada masa yang sama menjadikan kulit kaki dengan lembut dan licin. Dengan satu penggunaan sahaja, seseorang individu boleh mendapat hasil yang sama atau lebih baik daripada sesi spa kaki profesional. Malahan, selepas setiap kali digunakan, penggelek itu boleh dibuka untuk dibasuh atau diganti, sekali gus menawarkan penyelesaian yang berkos efektif untuk kaki yang cantik dan lembut.




“Scholl percaya bahawa kecantikan bermula dari kaki anda. Menerusi penambahan Scholl Velvet Smooth Express Pedi ke dalam rangkaian produk penjagaan kaki kami, kini kami membawakan pengalaman spa kaki dalam masa hanya tiga minit dengan kemudahan dan keselesaan di rumah.” jelas Pengurus Besar, Malaysia dan Singapura, Hina Nagarajan. “Maksudnya, mendapatkan kaki yang cantik bukan lagi satu kemewahan dan ia boleh dinikmati oleh semua orang sekarang.”





Abis je presentation, terus aku pi mencuba. Not bad jugak. Sekejap je dah siap dengan dipakaikan krim pelembut kaki sekali lagi tau. Suker suker. Memang rasa licin je tapak kaki terutama sekali tumit kaki.

Dapat plak bawak balik SCHOLL Velvet Smooth Express Pedi ke rumah. Apa lagi moh cuba sendiri gak lah.

Cara-cara menggunakannya


1. Keluarkan penutup penggelek sebelum menggunakannya.

2. Pastikan penggelek dimasukkan dengan betul. Jangan gunakannya tanpa memasang penggelek terlebih dahulu.


3. Hidupkan unit dengan memusing gegelung berwarna perak ke sebelah kiri. Kemudian luncurkan penggelek di atas kulit kasar dan kulit mati akan mengelupas sedikit demi sedikit.


4. Gunakan di atas kulit yang kasar. Jangan tekan terlalu kuat atau unit akan berhenti berpusing.


5. Matikan unit dan periksa sama ada anda telah mendapat kelembutan kulit yang diidamkan. Jika belum, ulang langkah sama sehingga tahap kelicinan kulit diperolehi. 

Amaran: Jangan gunakan di tempat sama lebih dari tiga hingga empat saat pada satu-satu masa. Berhenti jika kulit terasa pedih atau merah.


6. Matikan unit dengan memusing gegelung berwarna perak ke arah kanan.

7. Kesat atau bilas kaki untuk menghilangkan partikel kulit yang telah mati.

8. Keringkan kaki sepenuhnya.

9. Sapu pelembab dan gosok perlahan-lahan ke atas kaki anda yang licin itu!


La senang bangat seh. Bila-bila aje boleh digunakan. Ada je free time, apa lagi mari menggelek la. Memang tumit kaki licin dibuatnya. Lembut je plak bahagian  tuh.



Scholl Velvet Smooth Express Pedi kini boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka pada harga RM129.90 seunit. Pek isian semula yang mengandungi dua unit penggelek yang boleh diganti dijual secara berasingan pada harga RM49.90. Setiap penggelek boleh digunakan sehingga 12 rawatan ke atas kedua-dua belah kaki.

Nanti-nanti, ada promosi RM10 discount bermula dari 1 Ogos 2014. Baik beli sekarang ek.


Kalau korang rasa-rasa nak cuba dulu sebelum beli, apa kata korang ke roadshow Scholl Velvet Smooth Express Pedi baharu boleh mengunjungi pusat membeli belah One Utama (Concourse, Old Wing diluar Watsons) pada 6 - 10 Ogos 2014 bermula 10.30am hingga 9.30pm. 


Apa-apa pun, mari klik ke www.velvetsmooth.com.my untuk maklumat lanjut. Nak tanya soalan ke, nak search butik Scholl ke kan. Semua boleh kat dalam website ni.

Hah geseklah tapak kaki korang puas-puas ye.

Monday, November 19, 2012

Mencuba Koleksi Terbaru Kasut SCHOLL Autumn Winter 2012 Collection

Hi Korang,

Ramai orang cakap kasut jenama SCHOLL ni kasut untuk orang tua. Even mak aku pun pandai, nak beli kasut SCHOLL ni gak sebab tapaknya lembut. Katanya orang tua cam mak ni, pakai kasut-kasut cam nie lah, nak berjalan pun tak rasa sakit.


Ermm aku pun fikir cam tu gak, alah kasut orang tua malas nak pi singgah tengok bila lalu dekat kedai ni.



Until aku di beri kesempatan untuk mencuba koleksi terbaru Autumn Winter SCHOLL ni, aku terus terkesima dengan designnya dan kelembutannya

Wei, orang muda pun boleh pakai kasut ni lah.

Ktorg ke AEON Jusco Taman Equine untuk pi redeem kasut SCHOLL ni. Sesampai je rambang mata nak pilih, semua cantik-cantik belaka. Sampai Mr Big cakap U duduk sini selama mungkin dan pilih yang mana sesuai ye, I nak pi shopping tempat lain dulu lah. Tinggal lah aku terhenggeh-henggeh pilih kasut kan, nasib baik salesgirl tu tolong bagi opinion yang mana sesuai dengan kasut dengan kaki debab aku ni.

Tengok ni banyak betul design untuk orang muda kan. Cantikkkkss






Sesuai untuk muda-mudi cam den ni, nak bergaya tapi tak nak sakit kaki. Rata-rata pelbagai pilihan kasut yang amat menarik aku rasa. Walaupun nampak macam design old school tapi bila dah di sarung wow wee sedapnya.

Meh aku citer sket beberapa koleksi kasut SCHOLL AutumnWinter 2012 Collection ni. Sorry ye aku tulis dalam English coz aku rasa korang lagi paham ayat simple English ni daripada aku translate into Malay.


Koleksi Arch Support

The benefits:-
1. Optimum comfort for flat feet, weak or fallen longitudinal arches
2. Relief from foot strain, tired aching feet
3. Soft footbed to cushion your feet



Koleksi Memory Cushion

The benefits:-
1. Unique footbed that adapts the contours of the foot and springs back into shape to offer the same level of support for the next wearing
2. Relieves aching feet



Koleksi Biomechanics

The benefits:-
1. Clinically designed to reduce heel, and ankle pain
2. tri-planar motion control system control and helps to realign the posture of your feet and body and to prevent excess pronation that takes place
3. Help provide natural pain relief from common foot ailment



Koleksi Bioprint

The benefits:-
1. Conform to the natural contours of your feet for optimum confort
2. Supporting the arch & heel, it absorbs the shock generated by every step
3. Provides different levels of pressure and support to each part of the foot



Sole support

The benefits:-
1. Exercise and tone your toe muscle
2. Provides grip while walking
3. Lift weakened metatarsal arches to protect and relieve tenderness at the ball of the foot.


Macam-macam kebaikan yang aku dapat bila pakai kasut Scholl. Betul-betul kasut kesihatan sungguh, semuanya sesuai dengan aku yang cik bab ni.

Selain daripada kasut, ada gak barang-barang penjagaan kaki. Di antaranya:-







Hampir 1 jam lebih aku duduk kat kedai kasut SCHOLL ni, aku berjaya gak pilih 2 pasang sandal gituh.

Dania Range – RM198

Bioprint Range – RM168

Malas nak pilih kasut coz aku suka yang simple dan mudah berjalan. Lagi plak gaya hidup cam aku ni memang penting sandal-sandal sebegini. Nak berlari senang, nak berjalan panjat tangga mudah.


Kiranya kedai kasut Scholl ni macam tempat untuk terapi kaki lah. Bukan setakat jual kasut je malah tempat untuk memelihara kaki. Ramai orang sekarang ni, malas nak jalan kaki. Yelah kaki kat kat bawah mana nampak tapi sebenarnya kaki tulah tiang utama untuk korang berdiri tau. Kalau tak de kaki cam ne.

Bagi aku harga bukan penghalang untuk dapatkan kasut sebegini. Sedangkan kasut Dr Marten 5-6 ratus boleh beli inikan plak kasut berharga 1-2 ratus je  kan

Anyway selamat menjaga kaki ye..