Showing posts with label sayangi kereta anda. Show all posts
Showing posts with label sayangi kereta anda. Show all posts

Thursday, February 22, 2018

Sayangi Kereta Anda | Jangan Sewakan Atau Menyewa Kereta Kalau Bukan Milik Korang


Hi Korang,

Lama betul tak menulis pasal citer kereta ni, yelah sibuk citer pasal makan je sampai kereta pun tak henggat ek.

Hari ni Kak lily terpanggil untuk kongsi informasi ni kepada korang. Sebenarnya info ni dari seorang lawyer yang merupakan kawan kak lily nama Kak Adib Ratu hehehe comel kan namanya tapi memang ratu pun.

Kak lily kenal Kak Adib ni dari satu event beberapa tahun yang lepas sehinggalah kehari ni, last jumpa beliau tahun lepas masa pi makan kat Impiana itu pun kebetulan je hah..

Bila terbaca apa yang di kongsikan, terus nak share dengan korang tau.


Info dari Kak Adib Ratu

Jangan sewakan atau menyewa kereta kalau ianya bukan milik korang.

Salam, akak terpanggil untuk menulis pasal pos ini sebab akak tengok lately ni ramai yang cuba nak raih pendapatan sendiri dengan menyewakan kereta sendiri ataupun dengan menyewa kereta daripada syarikat/individual yg tiada permit menyewa kereta yg sah.

Budak budak universiti suka buat Bussiness ni..

Tahukah anda semua sekiranya berlaku kemalangan syarikat insurans yandg melindungi kereta anda berhak untuk menarik diri daripada membayar pampasan kepada pihak ketiga (orang yg dilanggar)??

Insurans tak adil? Selalu mengelak?

Jangan nak salahkan orang lain kalau kesalahan itu berpunca daripada uolls...ingat tak masa mula mula kita beli insurance kereta? Kita diserahkan dengan dokumen yang dipanggil polisi insurance? Cuba belajar membaca dengan teliti polisi tersebut...

Polisi tersebut hanya melindungi 
-owner kereta tersebut yg membeli polisi tersebut dan /atau 
-pemandu kedua / ketiga / keempat....yg namanya ada di polisi tersebut
-polisi dibeli untuk tujuan private use atau kegunaan sendiri

Dengan ringkasnya... hanya melindungi nama nama yang ada di dalam polisi insurans tersebut dan untuk kegunaan persendirian

So... bila kita sewakan kereta tersebut, apakah kedudukan pemandu yg namanya tiada tersebut? Dan anda juga telah menyewakan kereta tersebut untuk tujuan komersial walhal polisi anda adalah untuk “private use” ..

Maksudnya anda telah langgar perjanjian..”breached the condition”
Konon konon ada agreement sewaan..
Lepas tu dalam polis repot tulis pulak kereta di sewa daripada anda...

Jawapannya: Gone case..

Buatlah 4000 agreement pun.. tetap tak sah untuk buat tuntutan insurans..

Apa apa jadi, pemandu yg menyewa dan anda sendiri terpaksa membayar pampasan menggunakan duit sendiri sebab syarikat insurans boleh memohon pengecualian daripada mahkamah untuk melindungi anda pada waktu kemalangan...(sekiranya dibenarkan)

Bayangkan..
Patah gigi je blh dapat 3k..
Kalau patah kaki? Lumpuh? Mati?
Boleh jadi beratus ribu..
Bayar guna duit sendiri..

Sebab apa? Sila baca tulisan akak di atas..

Ini dalam bahasa omputehnya kita panggil sebagai...

The issue of hire or reward..

Semoga ini dapat membantu uolls..

Nanti bila akak free akak tulis pulak pasal kes jual beli kereta sesama sendiri tanpa tukar nama kat geran JPJ dan inform kat bank..

Kalau nak share status ni dipersilakan..semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua



So cam ne sekarang ni korang??
Cuak ke tak ek...

Fikir-fikirkan dan selamat beramal hehehehhee

Thank you Kak Adib for this info ek...
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, August 6, 2015

Sayangi Kereta Anda | Bila Minyak Kereta Habis

Hi Korang,

Lama tak citer pasal segmen sayangi kereta anda ni ek. 

Ok ok aku sambung lagi lah..

Ermm satu tajuk yang aku rasa semua orang especially tuan punya kereta biasa alami termasuk jugak aku.

Kebiasaannya orang perempuan selalu ada perangai cam ni, biar je signal minyak kereta tu berkelip sampai umah then suruh suami tercinta bawak pi petrol station dan isi sebab nak jimat duit sendiri dan tanggungjawab laki korang kan! Betul kan, hahh betul la tuh…

Cuba bayangkan kalau tak sempat sampai umah, tengah-tengah jalan signal minyak berkelip non-stop apa perasan korang? Of courselah panic yang amat kan. Dalam hati berfikir sempat ke tidak sampai ke petrol pump yang ade berdekatan ni.


Normally kalau lampu minyak dah menyala panjang atau berkelip-kelip, at least kat dalam reserve tank tu ada sekitar 5 hingga 10 liter dan bergantung pada jenis kereta. Kalau korang kalau tinggal 10 liter boleh lah jalan dalam 90-100km. So kalau korang isi minyak RM10 memang tak nampaklah meter minyak tu naik sebab minyak masuk kat reserve tank dulu.

Kalau boleh, cepat cepat cari gas station...banyak implication sebenarnya dengan membiarkan tangki mikyak kereta kosong kan. Aku ada beberapa orang kawan yang perangai sanggup kereta takde minyak and kering sampai kena tow just because couldn't find the so-called favorite gas station dan akhirnya korang kena bayar lebih lagi kan

Kalau korang betul-betul belek car manual korang which korang tak kan baca pun kan, ada section pasal minyak ni. Selalunya ada section warning kalau korang biarkan tangki minyak kering. Kerata tow pun satu hal..actually tak digalakkan dah naik lampu baru nak isi minyak..seelok2nya tinggal satu takuk patut2 boleh isi dah..pasal membiarkan sampai minyak nak habis baru isi boleh mengakibatkan keroskan 'fuel pump' untuk satu jangkamasa tertentu, harga fuel pump pon bleh tahan jugak. Di mana fuel pump terpaksa kerja lebih kuat untuk pam minyak dan kemungkinan kotoran di dasar minyak pon ikut sekali, so boleh jugak membuat fuel filter kita kotor lagi cepat dan menambahkan lagi masalah car jerking dan misfire, minyak tak cukup sampai atau fuel pump kong langsung keta tak leh start

Ok dah faham kan..

ok pi keje dulu ek

So tak yah nak tunggu sampai berkelip baru sibuk nak cari fuel station ek tak mati der kereta korang kalau guna stesyen minyak bukan favourite korang kan hahahahha


Thursday, September 4, 2014

Sesuatu Yang Payah Nak Jumpa Ketika Di Jalan Raya

Hi Korang,

Simple entry je untuk hari ni


Aku rasa kalau tak sebab aku ke Dataran Merdeka hari tuh, confirm-cofirm aku tak akan jumpa kereta-kereta yang special ni kan.

Tengoknya semuanye ni, unik kan

kereta pengiring Agong

kereta istana negara

ni mesti kereta orang kenamaan yang tinggi lah


Memang betul-betul tak sangka boleh terjumpa dengan kereta-kereta orang kenamaan ni kan. Kagum kejap, ingatkan nak ambil gambar tapi ramai plak yang bergambar jugak.


Jawabnya ambil gambar kereta je lah bersama dengan pengiring, lagi gempak kan ek..

heehehhehehe..





Thursday, June 19, 2014

Nissan TEANA Serba Baru, “Berinspirasikan kepada Sifar Graviti”

Hi Korang,

Masa travel je Bintulu tu, ada launching Nissan TEANA ni, so cam biasa ada assistant yang tolong pi cover event ye.

Meh baca sket info pasal kereta terbaru Nissan ni ek


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Teana serba baharu yang amat ditunggu-tunggu. Dikilangkan di Tan Chong Motor Assemblies (TCMA), Serendah Malaysia, Nissan Teana serba baharu generasi ketiga menawarkan para pelanggan di Malaysia dengan penampilan yang lebih berprestij. Ia diserlahkan menerusi gayaan hadapan agresif, reka bentuk gril baharu yang kemas dan lampu utama dengan lensa projektor. Ia sememangnya sebuah sedan yang hadir bersama ciri pintar dan kontemporari, lari daripada reka bentuk sedan konvensional untuk segmen D.


Pada majlis pelancaran, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ David Chen berkata: ETCM berbesar hati untuk memperkenalkan Nissan Teana serba baharu generasi ketiga kepada pengguna di Malaysia. Sedan terbaharu dalam segmen D ini merupakan model utama kami. Tagline  Teana serba baharu  iaitu “Drive to Greatness” membuktikan prestasi pemanduan, kemewahan dan keselesaan terbaik untuk semua pelanggan kami yang bijak menilai serta golongan usahawan muda. Setiap inci dan perincian Nissan Teana serba baharu telah dihasilkan dengan teliti untuk mereka yang menghargai perkara lebih baik dalam hidup. Kami percaya bahawa gayaan yang kemas, inovasi termaju dan kemewahan Nissan Teana serba baharu akan menawarkan pemanduan yang luar biasa!”.

Perubahan utama pada Nissan Teana serba baharu ialah enjin QR25DE yang baru dibangunkan bersama penambahbaikan ketara pada  julat tork yang rendah dan sederhana. Kebuk pembakaran yang telah dipertingkatkan dan kecekapan emisi juga membuatkan prestasi pemanduan varian 2.5XV lebih lancar dan ekonomikal. Enjin penuh kuasa ini didatangkan bersama sistem CVTC Berkembar (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) Nissan.


Teana 2.5XV hadir dengan kuasa maksimum 173hp dan tork lebih tinggi iaitu 234Nm jika dibandingkan dengan model terdahulu (228Nm). Nissan mengekalkan penggunaan enjin MR20DE yang telah terbukti pada varian 2.0XL dan 2.0XE. Enjin empat silinder, 16 injap bersesaran 1,997cc itu menawarkan kuasa maksimum 136hp dan tork 190Nm.


Kesemua tiga varian itu dibekalkan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi seterusnya yang menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan, berkuasa dan pecutan yang tepat terutama ketika hendak memotong kenderaan lain di lebuh raya. Ia juga tahan lasak berbanding transmisi automatik konvensional. 70% komponen XTRONIC CVT telah direka semula untuk mengurangkan tahap geseran dalaman dan menjadikannya lebih kompak. Berdasarkan kepada data ujian dalaman Nissan, Nissan Teana 2.0 liter baharu boleh mencapai jarak 13.5km/l manakala Teana 2.5 liter pula boleh bergerak sejauh 13.3km /l.

Suspensi belakang Multi-link dan sistem Stereng Kuasa Elektro-Hidraulik (Electro-Hydraulic Power Steering, EHPS) telah digabungkan untuk menawarkan pemanduan yang lancar, selain lebih stabil dan mencengkam di atas jalan raya. Keseimbangan di antara stereng responsif dan pengendalian yang selesa membantu menawarkan pengalaman pemanduan lebih selamat serta meyakinkan ketika membelok.

Ciri AUC (Active Understeer Control) menggunakan logik kawalan pintar dan penggerak brek bermaklum balas tinggi untuk mengaktifkan brek pada bahagian dalam roda hadapan ketika mengambil selekoh tajam. Teknologi inovatif yang turut berfungsi ialah VDC (Vehicle Dynamic Control) dan TCS (Traction Control System). Ia membantu pemandu meningkatkan kawalan, selain menyediakan belokan yang selamat serta lancar di atas jalan yang licin, basah atau berpasir.


Rekaan luarannya cukup elegan dan menarik. Penampilan baharu yang lebih aerodinamik menyerlahkan rasa sebuah sedan yang premium dan berkualiti. Garis karekter yang beralun dan tajam dari arah hadapan ke belakang mencetuskan aliran momentum dan mengurangkan daya pekali seretan. Gril hadapan diletak dengan kemas di antara lampu utama jenis projektor yang menghasilkan gayaan berani dan sofistikated pada bahagian hadapan. Varian 2.5XV dilengkapi bumbung suria yang menawarkan pandangan dan cahaya semula jadi ke dalam kabin.

Melihat dengan lebih dekat ruang dalaman Nissan Teana serba baharu, anda pasti kagum dengan kemasan berwarna perak serta tempat duduk dibalut kulit yang lembut dan berkualiti tinggi. Kabin ini sememangnya luas dan selesa. Reka bentuk tempat duduk hadapan dioptimumkan untuk rasa lebih luas berbanding saiz sebenarnya. Terdapat penambahbaikan yang ketara pada ruang kaki penumpang belakang berbanding model sebelum ini.


Nissan Teana serba baharu hadir bersama kapasiti ruang kargo sebanyak 516 liter. Tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 menggantikan reka bentuk yang ada pada generasi terdahulu bagi membolehkan barangan besar dapat disimpan dengan lebih mudah.

Sama seperti menaiki kelas pertama penerbangan, Nissan Teana serba baharu dilengkapi Reka Bentuk Tempat Duduk “Berinspirasikan kepada Sifar Graviti” yang membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang, selain menambah baik aliran darah. Ia membantu mengurangkan keletihan jika memandu dalam tempoh yang lama. Pada masa sama memastikan pengalaman pemanduan yang selesa sepanjang perjalanan yang jauh.

Bunyi bising di dalam ruang kabin Nissan Teana serba baharu telah dikurangkan secara signifikan. Terima kasih kepada penggunaan material yang menyerap bunyi bising, meredam getaran dan kekasaran (NVH). Bukan itu sahaja, varian 2.5XV dilengkapi Sistem Audio Premium BOSE dengan 9 unit pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi keliling mengagumkan.


Paparan ADAD (Advanced Drive Assist Display) bersaiz empat inci dengan warna grafik 3D diletakkan di hadapan pemandu agar mudah dilihat. Manakala butang kawalan audio dan sistem kawalan jelajah (cruise control) diletakkan pada stereng agar mudah dioperasi. Untuk lebih mudah dan selesa, Nissan Teana serba baharu dilengkapi Kawalan Suhu Automatik Dua Zon dengan corong pendingin hawa di belakang, Kunci Pintar (sistem kemasukan tanpa kunci) dan butang penghidup enjin.

Nissan Teana serba baharu menawarkan satu rangkaian ciri keselamatan inovatif yang mengutamakan aspek keselamatan pemandu dan penumpang. Ia dilengkapi enam beg udara SRS di seluruh kabin untuk melindungi mereka yang tersayang. VDC (Vehicle Dynamic Control) dan TCS (Traction Control System) bersama beberapa sistem kawalan keselamatan seperti AUC (Active Understeer Control), ABS (Anti-locking Braking System), EBD (Electronic Brakeforce Distribution) dan BA (Brake Assist System) yang membantu pemandu supaya terus dapat mengawal kenderaan dan mengelak halangan dalam situasi cemas. Ciri-ciri termaju ini meningkatkan kestabilan kenderaan dan mengelakkan gelinciran di atas jalan yang licin. Sementara HSA (Hill Start Assist) pula mengelakkan kereta daripada mengundur ketika hendak memulakan perjalanan di laluan berbukit.


Lampu utama jenis Xenon dengan Pengaras Automatik dan Pembersih (hanya ada pada varian 2.5XV), mampu meningkatkan pandangan pada waktu malam. Lampu utama itu hadir dengan Sistem Lampu Automatik Termaju yang akan menyala secara automatik ketika hujan (atau kondisi gelap) apabila penggilap cermin hadapan dioperasikan secara berterusan.

Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah Lampu Brek Ketiga LED yang diletakkan pada posisi tinggi, poin tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, tali pinggang keledar hadapan dengan pengehad beban dan pra-regangan, Emergency Locking Restraint (ELR) 3 poin, penggilap cermin hadapan boleh ubah kelajuannya, binaan badan kukuh serta binaan hadapan kenderaan untuk perlindungan pejalan kaki.



Nissan Teana serba baharu boleh didapati dalam tiga varian: 2.5XV, 2.0XL and 2.0XE. Lima warna disediakan termasuklah satu warna baharu iaitu biru (Storm Blue), selain warna perak (Tungsten Silver), hitam (Diamond Black), emas (Bronze Gold) dan putih (Brilliant White).

Harga Nissan Teana serba baharu di atas jalan ialah  RM169,900 untuk varian 2.5XV, RM149,800 bagi model 2.0XL dan RM139,800 untuk 2.0XE. Semua varian ini hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.


Tempahan dan pandu uji kini boleh dibuat di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara. Orang ramai boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Nissan Teana serba baharu di laman web: www.teana.com.my atau menghubungi talian 1800 88 8368. Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan yang lain, para pelanggan boleh melayari laman web  www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

+++

APPENDIX


AKSESORI YANG BOLEH DIDAPATI: NISSAN TEANA SERBA BAHARU
No.
Alat ganti
Harga Unit (RM)
1.
Tinting - V-Kool 4mil Security Film           
4,200
2.
Trunk Tray
250

Thursday, May 29, 2014

NISSAN ELGRAND - Kemewahan Dalam Segmen MPV


Hi Korang,

Nak citer mengenai kereta MPV Nissan Elgrand keluaran Tan Chong Motor ni la ye..


Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan model import sepenuhnya, Nissan ELGRAND baharu. MPV premium 7 tempat duduk itu memiliki penampilan mengagumkan dan ciri baharu yang menyerlahkan rasa kemewahan sebenar. 


Gayaan luaran Nissan ELGRAND baharu mempunyai penampilan yang mantap dan tegap bersama gril hadapan disalut krom penuh gaya serta disempurnakan lagi dengan rim aluminum aloi multi-jejari baharu bersaiz 18 inci. Dengan lampu utama jenis LED projektor baharu dengan sistem lampu hadapan aktif adaptif (Active Adaptive Front-Lighting System), pandangan pada waktu malam dipertingkatkan.



Setiap ciri dalaman Nissan ELGRAND baharu memiliki sentuhan mewah bermula daripada Paparan Multi-Informasi (MID) dan Kawalan Jelajah Automatik. Meter Fine Vision dengan Paparan Bantuan Pemanduan bersaiz 5 inci diletakkan di antara meter kelajuan dan takometer, menawarkan pemandu maklumat penting dengan hanya satu satu sentuhan. 


Nikmati keselesaan Nissan ELGRAND baharu dengan kabin lebih luas yang telah ditambah baik. Ia menampilkan tempat duduk berasingan jenis kapten dengan Ottoman dan sokongan pada bahu yang boleh dilaras. MPV premium 7 tempat duduk itu turut menampilkan tempat duduk kuasa yang boleh dilaras sehingga 8 cara, sekali gus menawarkan versatiliti terbaik dan selesa bersama ruang kaki yang cukup luas. Untuk menambah ruang kargo, tempat duduk baris ketiga boleh digerakkan ke hadapan sehingga 240mm, biarpun ketika digunakan, memberikan ruang luas untuk meletak barang. 


Nissan ELGRAND baharu menampilkan ruang dalaman mewah berwarna hitam dengan kombinasi kemasan kayu. Tempat duduk yang dibalut kulit itu hadir dengan corak berbentuk berlian dan jahitan berkembar berwarna coklat bagi meningkatkan lagi kemewahan Nissan ELGRAND baharu. 


Nissan ELGRAND baharu dilengkapi enjin 3.5 liter dan transmisi automatik. Ia didatangkan dalam empat lilihan warna - Imperial Umber serba baharu, Putih Mutiara (Brilliant White Pearl), Perak (Brilliant Silver) dan Hitam (Phantom Black). MPV ini ditawarkan pada harga di atas jalan RM 388,000 (tidak termasuk insurans), bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mena-mana tiba dahulu). Tempahan kini diterima di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara. 

Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web: www.nissan.com.my.

Ermm itu je...


Thursday, May 1, 2014

New Nissan SYLPHY – Keluaran Generasi Ketiga ‘Embrace Distinction’



Hi Korang,

ok entry ni termasuk dalam segmen sayangi kereta anda ye..


Dapat jugak ke launching model terbaru Nissan SYLPHY ni. Nasib baik ada assistant tolong amik gambo dulu coz aku lambat sampai time je. Kerja melambak plak tup tup.

Event di adakan kat Grand Hyatt Hotel, alah belakang KLCC je. Parking full coz ramai yang hadir kan, so kena park jauh sket, dapat kurangkan kalori dengan berjalan kaki.

Oklah meh citer pasal Nissan SYLPHY nie k,


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan SYLPHY generasi ketiga ni dengan menawarkan pengguna di Malaysia pemanduan mengagumkan, reka bentuk elegan, ruangan dalaman yang luas dan senyap. Ia juga di lengkapi dengan teknologi-teknologi terkini untuk prestasi dan penjimatan bahan api yang cemerlang.





Sedikit info dan fakta seringkas mungkin aku tulis ek,

- SYLPHY serba baru menggunakan platform serba baru

- Dikuasakan oleh enjin MRA8DE Twin CVTC 1.8L serba baru

- Dilengkapi kotak gear XCVT (Xtronic Continuously Variable Transmission) generasi seterusnya

- Ruang dalaman terbaik dalam kelasnya dilengkapi dengan keselesaan pemanduan serta pengurangan bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH)

- Ciri-ciri keselematan terbarik pasa semua varian seperti 6 beg uda SRS serta VDC (Vehicle Dinamic Control) dengan TCS (Traction Control System) yang mengutamakan pemandu dan penumpang.





Ada 5 pilihan warna iaitu Cayenne Red (merah), Premium Black (hitam), Bronze Gold (emas), Diamond White (putih) dan Brilliant Silver (perak).







Harga di atas jalan (tidak termasuk insurans) Nissan SYLPHY serba baru ialah RM111,900 untuk 1.8E dan RM129,000 bagi varian 1.8VL. Di datangkan sekali bersama jaminan 3 tahun atau jarak perbatuan 100,000km mana-mana tiba dahulu.

Korang kalau nak buat tempahan ke test drive ke boleh di buat di bilik-bilik pameran Nissan di seluruh negara.


Minat kaler ape ek?... cer citer sket..

Jangan nak tengok awek je kat gambo atas tu ek...

Wednesday, April 23, 2014

Wordless Wednesday - Ada Yang Memerhati


Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week


Ermm jaga-jaga ye, ada yang duk memerhati. Takut cukup bulan surat saman pun sampai.

Jeng jeng jeng...


Thursday, April 3, 2014

New Nissan X-GEAR Crossover - Jelajahi Kehidupan



Hi Korang,

Lama betul aku tak citer pasal kereta ek, maklumlah asyik duk citer event je kan. Bosan plak. 

Lagipun aku perasan, ramai orang lelaki suka singgah kat blog aku ni pasal kereta. Ada yang cari kedai spoiler murah, radio kereta waja, gambar kereta ferrari, workshop kereta murah dan memacam lagi hal kereta. Ok nanti aku akan usahakan.

Now nak citer pasal Nissan X-GEAR baharu yang baru je dilancarkan minggu lepas tapi aku tak pi coz cuti-cuti Malaysia ke Langkawi. So aku suruh ada writer part-time aku untuk cover event ni. Ermm nasib baik dia ada. 

Ok meh layan sket citer mengenai Nissan X-Gear ni.


Nissan X-GEAR baharu ialah sebuah crossover yang versatil. Ia hadir dengan ruang kabin yang luas, premium dan pelbagai susunan konfigurasi tempat duduk untuk memenuhi apa jua kehendak serta gaya hidup para pelanggan. Daripada pemanduan harian ke tempat kerja hinggalah aktiviti luar rumah pada hujung minggu, berparti pada waktu malam, perjalanan jauh ke pinggir bandar atau sekadar pulang ke kampung halaman!

Didatangkan dalam semua lima warna untuk menyatakan perkara ini, Nissan X-GEAR baharu mewakili kenderaan yang membolehkan anda mencari inspirasi ketika melakukan apa yang dimahukan untuk sebuah hidup lebih bertenaga. Sama ada seseorang itu sukakan aktiviti luar rumah, bersukan, muzik, fesyen atau seni, Nissan X-GEAR baharu mempunyai warna yang sesuai untuk apa jua personaliti.


“Nissan X-GEAR baharu disasarkan buat golongan muda dan berkeluarga yang mahukan sebuah crossover bergaya untuk menyerlahkan individualiti mereka. Tetapi pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal. Nissan X-GEAR baharu adalah interpretasi mengenai bagaimana kita boleh menikmati kehidupan sepenuhnya. Terima kasih kepada penampilannya yang sporty dan lasak, ruang kabin luas yang versatil serta menjimatkan bahan api,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng. 


Dari segi luarannya, Nissan X-GEAR baharu menampilkan gril hadapan krom berbentuk V yang sofistikated dengan panel horizontal yang digelapkan dan memberikan rasa dinamik pada penampilannya. Sementara acuan sisi pada badan kenderaan dan pengadang pula menonjolkan sifatnya yang lasak. Bumper hadapan dengan pengadang lumpur berwarna hitam, roof rails, rim aloi berjejari V, hud enjin, rekaan dapra baharu, cermin sisi yang kemas dan lampu utama menambah tarikan pada rupanya yang baru. 



Pada bahagian belakang pula, Nissan X-GEAR baharu dipasang dengan lampu baharu yang memberi penekanan terhadap lebarnya yang mendatar bagi diselarikan dengan gayaan belakang yang serba baharu. Rekaan bampar belakang yang baru hadir dengan satu lampu reflektor belakang dan lampu brek LED yang diletakkan sedikit tinggi untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan dan gayanya. 

Gaya Nissan X-GEAR baharu disempurnakan oleh ruang dalamannya yang luas dan selesa dengan fabrik tempat duduk baharu. Manakala tahap pandangan telah ditambah baik, terima kasih kepada kluster Fine Vision Meter serta Paparan Multi-Maklumat (Multi-Information Display, MID).

Ruang kargo dan kaki yang luas disumbang oleh tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40. Ia membolehkan keluasan ruang kargo digandakan daripada 383 liter menjadi 769 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist System (BA) didatangkan sebagai ciri standard.

Nissan X-GEAR baharu hanya boleh didapati dalam varian 1.6L Auto dengan pilihan Pakej Lengkap IMPUL (sila rujuk kepada appendix di bawah untuk alat ganti IMPUL yang ditawarkan). 



Nissan X-GEAR baharu didatangkan dalam tiga warna baharu iaitu merah (Garnet Red), hitam (Diamond Black) dan Bronze Gold, di samping dua warna sedia ada; putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver). 

Nissan X-GEAR baharu ditawarkan pada harga RM89,800 di atas jalan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan serendah RM599 (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk memiliki sebuah Nissan X-GEAR baharu.

Ciri-ciri utama Nissan X-GEAR baharu


Luaran
Dalaman
Ciri-ciri Keselamatan
   Lampu Utama dan gril hadapan krom
   Bampar hadapan
   Rim aloi berjejari V bersaiz 15” 
   Cermin sisi  
   Bampar belakang dengan reflektor yang bersepadu
   Lampu brek LED yang diletakkan pada kedudukan tinggi
   Lampu belakang horizontal
   Roof Rail
  ▪  Fine Vision Meter dengan Multi-Information Display (MID)    
   Stereng yang dibalut material Urethane hitam dengan butang kawalan  MID dan audio
   Unit audio utama 2-DIN  dengan kemampuan  AM/FM/CD/MP3 dan input  AUX
   Fabrik baharu untuk tempat duduk

   Tali pinggang keledar hadapan dengan ciri pra-regangan dan pengehad beban

Warna-warna Baharu
   Merah (Garnet Red)
   Hitam (Diamond Black)
   Bronze Gold

Pakej Lengkap IMPUL:

ALAT GANTI
HARGA (RM)
Spoiler bumbung belakang IMPUL
700
Rim aloi 17” IMPUL AURA SX-20 
(4 unit termasuk penutup tengah dan injap udara)
4,500 untuk setiap set (4 unit)
Sistem suspensi sports IMPUL
2,800
Goodyear Eagle F1 Directional 5 (4 unit)
1,800 untuk setiap set (4 unit)
So rasa-rasa ada chance nak beli tak?

Aku buat masa sekarang ni tak delah kot sebab baru je angkat Dak Oren tu kan, maybe setahun 2 lagi kita tak tau lah. Kalau ade rezeki then ade la.