Hi Korang,
Memang last week rileks sungguh.
Tak kemana pun, sekadar keluar beli apa yang patut sajer untuk barang rumah.
So semalam memang tak kemana pun, aktiviti mengemas rumah 100%. Basuh kain, buang barang tak pakai, mengemas, mandikan #DakUban, tengok tv, buat kerja online sket dan memacam lagi lah.
Bile time makan, tak tau nak masak apa, jadi bukak fridge dan tengok apa yang ade then terus masak
Maka terjadilah
Nasi Lemak Togel bersama Sambal Sotong
Togel sebab timun tak de, kacang tak de, daun pandan tak letak masa tanak nasi. Yang ada cuma ikan bilis goreng dan telur rebus. Nasib baik ada sotong menjadi penyelamat, terus buat sambal sotong.
Resipi nasi lemak? alah google jelah ek. Aku pun sendiri sambil sediakan bahan sambil ipad ada kat sebelah. Bukan tak reti masak cuma kekadang ingredients tu kita lupa. Kalau masak hari-hari lain citer la plak kan.
Itu je nak citer.. chow...
p/s : nanti nak citer pasal project DIY pasal wallpaper ek.. ingatkan tau