Showing posts with label salmon. Show all posts
Showing posts with label salmon. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Promosi ‘Simply Japanese’ Food Di ARMADA Hotel, Petaling Jaya



Hi Korang,

Makanan jepun memang ada peminatnya yang tersendiri cuma bila kita nak makan tu agak payah nak cari kedai yang menjual makanan jepun halal kan. Itulah dia kan, nak buat sendiri cam leceh plak coz bahan-bahan masakannya agak limited sket nak dapatkan.


Sebab tu lah, pihak Rasa Utara Café di Armada Hotel PJ sedang mengadakan promosi ‘Simply Japanese’ bagi semua pencinta makanan jepun. Terbaek toqq, best ni.


Ada 7 menu makanan jepun yang di hidangkan secara ala carte di Rasa Utara Café ni, so di antaranya adalah

GINDARA MISOYAKI (RM28.00++)

Ikan kod yang di perap dengan mison paste.

NAMAGAKI MORIAWASE (RM22.00++)

Tiram (Oyster) yang di bakar dengan monoshi/motoyaki sauce

KIJIDON DOMBURI (RM26.00++)

Ayam yang di perap dengan sos teriyaki di hidangkan bersama nasi dan jeruk

MAGURO TEMPURA (RM25.00++)

Daging ikan tuna yang di goreng secara deep fried yang dilapis dengan sos teriyaki

SEAFOOD MAKI ROLL (RM24.00++)

Sushi roll bersama makanan laut dan sos unagi

SEIROGOHAN ZEN (RM26.00++)

Salmon yang di hidangkan bersama nasi kukus dan black seed.

SHOGAYAKI (RM26.00++)

Daging yang digoreng bersama sos halia dan dihidangkan sekali dengan nasi kukus

Ermm memang meriah perut malam tuh, asyik makan, makan dan makan. Sampai yang display food untuk photoshot tu pun ktorang makan gak. Betapa sedapnya makanan jepun ni kan hingga tak cukup dibuatnya hehehehehe…


Promosi  'Simply Japanese' ini berlangsung dari 1hb Mei 2014 – 30hb Jun 2014. 2 bulan tuh, oklah boleh lah plan untuk ke mari kan.

Jom kite ke :

Rasa Utara Cafe
Armada Hotel Petaling jaya
Lot 6, lorong Utara c, section 52
46200 Petaling Jaya Selangor
Tel: 0379546888
Fax: 0379568088
GPS: 3.104347,101.640521

tetiba lapo plak bile tengok gegambo ni ek....


Monday, January 14, 2013

Restoran Teppanyaki Bukit Bintang

Hi Korang,

Dengar nama pun dah tau dah, Teppanyaki ni adalah makanan Jepun.

Ktorg kalau pi area Bukit Bintang ni, memang selalu akan pi makan kat sini. Senang, mudah dan cepat.


Korang kalau masuk kedai ni jangan terperanjat pulak. Actually tempat duduk makan kat sini berbentuk kaunter. Kita boleh tengok secara LIVE tukang masak ni masak depan kita guna kuali besi empat segi yang rata dan hitam.

Sebab apa aku cakap cepat?

Bawah kuali besi lebar tu, ada dapur gas boleh kawal saiz api. So lagi banyak masak lagi besar lah apinya dah cepatla makan. Betul tak? Tapi jangan bimbang, ada gak dining table yang biasa macam kat umah tu bagi yang tak biasa duk kat kaunter ni.

Japanese Tea (RM1.20 - bottomless)

Untuk minuman, aku akan order Japanese tea yang panas tuh sebab green tea nya sedap tak delah rasa pelik pun.

Fuji Snow (RM5.90)

Ini memang specialty bagi Restoran Teppanyaki ni. Dia macam ais yang diblend dan di kepalkan, letak sirap gula, bahan-bahan seperti ABC, laici, logan, jagung banyak dan memacam lagi lah. Tak dela manis sangat pun, sedang-sedang aje.

Chicken Teppanyaki (RM9.50)

Makan plak, aku order Chicken Teppanyaki . Tengok ayam di goreng dengan butter dan sikit minyak dan juga bawang goreng, ada sayur kobis dan taugeh, nasi semangkuk dan lobak asin. Makan kena panas-panas baru terangkat.

Beef Teppanyaki (RM10.90)

Lelain semua sama cam aku punya but ayam tu di ganti dengan daging. Rasa daging tu tak delah kering sangat, ada lagi juicy taste.

SUKIYAKI (RM9.90)

Sup sayur gituh lah but ada telur udang, daging sket dan ayam sket. Sedap gak, adalah berkuah sket ktorg makan. Letak plak dalam kuali comel periuk tanah kot, so senantiasa je panas bila makan. Time demam ke, sejuk-sejuk elok makan.


Restoran Teppanyaki ni ada banyak outlet kat area Klang Valley ni. Ada lebih kurang 10 outlet yang aku perasan lah. Tapi yang ktorg suka pi kat sini lah

PUB-S1, 2nd Floor, Sungei Wang Plaza,
No. 009, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Aku pernah try kat outlet tempat lain but rasanya tak sama dan tak best macam kat Sg Wang ni. Walaupun tukang masaknya bangla but tastenya a bit different la. Alah yang penting, kenyang dan sedap masuk tekak.

Harga tak delah mahal sangat pun berbanding restoran jepun yang lain. Kira ni macam the cheapest one. Kalau nak belajar-belajar makan makanan jepun, meh try makan kat sini dulu tau.

Selamat makan korang!


Wednesday, November 7, 2012

@Grills Restaurant, Bandar Baru Bangi


Hi Korang,

Bila nak makan luar selalu jadi problem pada ktorg ni. Sebab tak tau nak makan apa. Kene tawaf satu Bangi ni dulu then baru decide.

Harituh masa nak pi bayar hutang kete lalu jalan shortcut ni. Tup-tup ternampak satu steakhouse ni. Ermm makan dululah, baru pi bayar hutang kan.


Rupanya kedai ni baru je bukak, patutla semua je baru. Orang pun tak berapa ramai sangat. Cepat je aku cari seat yang meyandarlah. Ok waiter pun sampai kasi menu then aku duk pilih apa yang nak di makan. Banyak gak menu western macam burger, sandwich, pasta, seafood kan but ktorg pilih DAGING.


So sambil tunggu makanan sampai, tengok tv dulu. Berita tuh. Layan jap

Air datang, ktorg order

Long-long Drink Mocktails 
(kedondong, soda, sour plum) – RM8.90

Lime lemonade – RM7.50


Konon-konon bila order air masam-masam ni, nak potong lemak lah. Nan adonya. Tapi masamnya not bad. Mengecit mata Mr Big kan

Ok makanan sampai, jom tengok apa ktorg orang order ni.

Sirloin Steak – RM23.00

@grills Surf and Turf – RM55.00

Aku punya tuh, kalau korang tengok gambar memang nampak beso but bila makan alahai cam kecik plak aku rasa, end up nya aku still lapar (time ni tak pakai PB ye) lagi walhal dah sepinggan aku makan kan. 


Mr Big punya plak bukan main marvellous ooo. Ada udang, mussels, salmon, beef steak, mango salsa ishk aku duk pau je dia punya plate.

Kalau korang kuat makan cam aku better order something cam Mr Big punya dish. Besar dan banyak, yang tak kuat makan order biasa-biasa je lah.

Not bad gak makanan kat sini, food presentationnya amat menarik dan harga pun menarik gak. Sudahnya aku kena RM112.00 + tax sekali.

Ni tempatnya


@Grills
Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi
Bandar Baru Bangi

(belakang Pappa Rich, sebelah restoran cina muslim tapi aku dah lupa nama plak)

Cuba je mana tau, kena dengan tekak korang kan. Ktorg ni memang kaki makan so apa-apa pun semua nak cuba. May be boleh datang untuk re-visit kot @grills ni.