Showing posts with label rumah anak-anak yatim. Show all posts
Showing posts with label rumah anak-anak yatim. Show all posts

Wednesday, September 20, 2017

GUARDIAN MALAYSIA Bantu Tambah Baik 10 Rumah Kebajikan Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-50

Hi Korang,

Guardian Malaysia, peneraju industri kesihatan dan kecantikan runcit, menjadikan ulang tahunnya yang ke-50 lebih bermakna dengan sebuah projek komuniti RM250,000 untuk mempertingkatkan pelbagai kemudahan di 1 0 buah rumah kebajikan di seluruh negara.

Mr Soren Lauridsen, CEO of Guardian Malaysia posing with residents of Pertubuhan   Kebajikan Anak Yatim Mary2

Rurnah-rumah kebajikan ini, tujuh daripadanya merupakan rumah anak-anak yatim, terletak berhampiran cawangan Guardian di pelbagai lokasi di seluruh negara. Kebanyakan daripada rumah-rumah tersebut telah memohon agar kediaman mereka dibaiki, dinaik taraf dan dibaik pulih. 

Selain daripada peruntukan RM250,000, Guardian Malaysia turut menggalakkan para pekerjanya untuk menyumbangkan masa dan tenaga secara sukarela untuk membantu dalam kerja-kerja penambahbaikan, di samping meluangkan masa menghiburkan kanak-kanak yang tinggal di situ. 

Kepimpinan melalui teladan ditunjukkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen. Mengetuai pasukan stor,sokongan Guardian dan stor-stor Guardian, beliau telah meiuangkan masa, membantu mengecat semula pagar, dinding dan gril di kediaman Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, di Setapak, Kuala Lumpur.



Selain kerja-kerja mengecat, Guardian Malaysia turut memasang alat penghawa dingin, kipas dan· jaring penghalang nyamuk untuk rumah anak yatim tersebut, yang menempatkan 55 anak yatim dan kanak- kanak daripada keluarga beribu atau bapa tunggal. 

Mr Lauridsen berkata: "Setiap tahun, apabila kami meraikan ulangtahun, kami menjadikannya satu kewajipan· untuk membantu golongan yang memerlukan. Selama bertahun-- tahun, Guardian telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan. Selalunya dalam bentuk sumbangan kewangan, kadang-kala dalam bentuk barangan dan menerusi keseronokan dan kegembiraan. Tahun ini, o!eh kerana Guardian menyambut ulang tahun ke-50, kami membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat kami beroperasi." 

Leading by example, CEO Guardian Malaysia Mr Soren Lauridsen helping to repaint the roof of Pertubuhan   Kebajikan Anak Yatim Mary

Kami telah meminta pasukan kami di stor stor untuk mengesyorkan rumah-rumah kebajikan yang rnernerlukan pembaikan atau penambahbaikan di kawasan kejiranan rnereka, tetapi kekurangan dana. Kami telah memilih 10 buah rumah yang kami·rasakan sumbangan kali ini memberi perubahan bermakna untuk mereka." 

"Dengan membantu menambahbaik tempat tinggal kanak-kanak, anak-anak yatim dan warga emas ini, kami percaya kami dapat memperkasakan mereka untuk menjadi lebih yakin dan kemudiannya mampu berdiri sendiri," tambah Mr. Lauridsen.

Program hias semula amal itu telah bermula bulan lepas, dan dijadualkan untuk siap sepenuhnya penghujung November ini. Rumah-rumah kebajikan lain yang turut menerima penambahbaikan adalah:

i. Rumah Kebajikan Bakti Fayi (Kedah], ii. Chrystal Home Taiping (Perak)

iii. Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Nanthisar (Negeri Sembilan)

iv. Happiness Centre For The Mentally Disabled Children (Melaka)

v. Calvary Boys Home & Calvary Girls Home (Johor)

vi. Rapha Children's Home (Pahang)

vii. Rumah Anak-anak Yatim Salimah (Kelantan)

viii. Sabah Cheshire Home, and

ix. The Salvation Army Kuching Children's Home (Sarawak).


Sepanjang 9 tahun yang lalu, Guardian telah menyumbang sebanyak hampir RM4.5 juta kepada pelbagai jenis usaha-usaha amal dan kebajikan, dengan kecenderungan kepada golongan keluarga beribu/bapa tunggal dan rumah anak-anak yatim.










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com