Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Saturday, March 24, 2018

REVIEW | Produk Kecantikan Dari IPPIN.COM.MY

Hi Korang, 


Kak lily memang banyak sangat produk kecantikan yang dapat di review. 

Yelah rezeki datang bergolek so janganlah kita tolak kan, ada sesetengah tuh sesuai dengan muka kak lily dan ada sesetengah tuh tidak, jadi yang mana tidak tuh kan kak lily sedekahkan kepada kengkawan, family members yang bersesuaian dengan kulit mereka. 

Daripada terbuang baik sebarkan kepada yang berkenan kan.. 


Untuk ini pulak, kak lily dapat review beberapa produk dari website www.ippin.com.my. Eh website ni daripada Jepun tau dan kalau korang nak tau diorang jugak ada keluarkan produk HALAL tau. Sebelum ni kak lily pernah cuba produk kecantikan jenama Sakura Kokoro. Eh bersesuaian dengan kulit muka kak lily so sampai licin kak lily guna ek. 

So ni kak lily nak kongsikan dengan korang 3 jenis produk berlainan fungsi dari website IPPIN ni ek 

Kita mulakan dengan 


Eye Area Mask 

Banyak daripada kita tidak tahu bahawa eye mask yang kita gunakan memainkan peranan besar dalam mencantikkan kulit kita. Memilih eye mask kanan adalah bahagian penting dalam rejimen kecantikan harian. Menjadikan kawasan mata bersih dan segar selepas menggunakan eye mask ni. Ia lembut untuk kulit korang dan tidak mengeluarkan minyak semulajadi yang korang perlukan. Ia juga bukan hypoallergenic serta selamat digunakan setiap hari. 

Kebaikkan Eye Area Mask ni adalah: 

- Merehatkan muscles di sekitar mata 
- Meninggalkan kulit berasa segar dan bersih selepas digunakan. 
- Mengurangkan risiko mengalami masalah kulit seperti kedutan, crow's feet, di bawah lingkaran di bawah mata, eye bags 
- Mengembalikan keanjalan kembali ke kulit anda. 
- Membuat kulit kelihatan bersinar dan berseri sepanjang hari
- Merangsang peredaran mikro kulit dan mengimbangi aliran darah untuk menampakkan cahaya yang sihat. 

Cara nak guna: 

- Bersihkan muka  dengan pembersih dan keringkan. Sapukan toner dan pelembap
- Letakkan Eye Area Mask di bahagian bawah kawasan mata. 
- Biarkan pada 10 hingga ke 15 minit 
- Keluarkan dan urutkan kawasan tersebut untuk merangsang aliran darah. 

Sebelum pakai tuh, kak lily simpan dalam fridge dulu semalaman so bila nak guna tuh sejuk je melekap kat kawasan mata kan hehehe 

Harga : RM62.19



Phil-Naturnt Repairing Treatment Hair Mist 

Kalau korang nak tau produk dari Phil-Naturnt ni merupakan rawatan rambut tanpa bilas. Kiranya kita gunakan selepas cuci rambut then biarkan. Macam perapi cam tuh lah. 

Tiada warna dan paraben-free 

Memperbaiki rambut korang agar tumbuh dengan lancar dan sihat. 

Harga : RM58.06

Nak order, korang klik kat link ni ek 


Kao Curel Intensive Moisture Gel-Lotion 

Apabila korang mempunyai kulit kering dan sensitive, pelembab adalah cara terbaik untuk menjadikan kulit yang lebih lembut dan lebih baik. Yang pasti Kao Curel Intensive Moisture Gel-Lotion ni tidak melekit selepas ianya di sapukan di muka kerana ianya cepat meresap masuk ke dalam kulit dan kalau korang nak tau bayi yang berumur 6 bulan ke atas pun boleh menggunakan. 

Losyen gel berasaskan air ini membantu melindungi kulit dan melegakannya daripada kekeringan dan kekasaran. Ia adalah pH seimbang, pewarna bebas, bebas haruman dan bebas alkohol, menjadikannya sesuai untuk orang yang mempunyai kulit sensitif. 

Kak lily sapukan Kao Curel Intensive Moisture Gel-Lotion ni selepas mandi, kan masa tuh kulit kan dah bersih so sesuai sangatlah. Eh bukan setakat boleh di sapu di badan tapi di muka jugak tau. 

Harga : RM47.09

Nak order, korang klik kat link ni ek 

Apmacam??

Ermm best pulak ketiga-tiga produk yang terdapat di website IPPIN ni ek. 

Ianya berkesan dan bersesuaian dengan kak lily lah, definitely kak lily akan order lagi bila dah abis ek hehehe

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

Website Ippin: 

Facebook : 

Instagram : 




Thursday, December 28, 2017

Kopi Hijau ALANA, Memang Boleh Kurus Kalau Ikut Cara Yang Betul

Hi Korang,

Seriously kak lily memang biasa dengar kehebatan sesetengah kopi ni untuk kesihatan badan tapi untuk kurus ermm garu sket kepala ek huhuhuu

Kalau kopi tuh dah berfungsi untuk kurus maka hilanglah rasa kesedapan kopi tersebut kann ermm garu-garu kepala lagi

Pernah dengar Kopi Hijau ALANA?

Alah yang banyak iklan kat internet dan radio tuh, tak silap kak lily radio ERA yang segmen sketsa JOHARA tuh hah, kan kan mesti korang pun baru perasan gak ek. Ingat Lara Alana tuan punya kopi nie k hehehhe


Apa itu ALANA GREEN COFFEE @ KOPI HIJAU ALANA?


Alana Kopi Hijau adalah supplement yang menggunakan bijian kopi muda yang dikisar tanpa dipanggang terlebih dahulu sebagaimana minuman kopi biasa yang kita minum.

Oleh sebab itu, ia mengandungi kandungan Asam Klorogenik, iaitu 3 kali ganda lebih tinggi khasiatnya pada tubuh badan kita. Ia berupaya menjadi ‘booster’ sebagai pembakar lemak dan kalori dengan lebih pantas, meningkatkan stamina seterusnya mencegah pembentukan lemak baru di bawah lapisan kulit. Kerana itulah Kopi Hijau digunakan secara meluas untuk tujuan penurunan berat badan secara sihat dan selamat.

Itu gitunya, sebenarnya kak lily tak pernah tau pun ada kopi hijau ni ek, selalunya kopi hitam je 

Bahan-bahan di dalam Kopi Hijau ALANA @ GREEN COFFEE ALANA

Green Coffee

Habbatus Sauda’

Chia Seed

Susu Kambing


Kebaikan Kopi Hijau ALANA adalah seperti berikut:-

✔Menurunkan dan menstabilkan darah tinggi

✔Membuang toksin yang terkumpul dalam badan

✔Melawaskan penghadaman

✔Meninggikan metabolismatubuh badan

✔Memberikan tenaga berpanjangan

✔Mengenyangkan walaupun sedikit

✔Kawal selera makan berlebihan

✔Badan lebih segar dan ringan

✔Bentuk badan lebih slim

✔Kulit awet muda

✔Tinggi anti oksidan

✔Membakar lemak yang berlebihan dengan pantas


Eh minum cam biasa lah, setiap sachet untuk setiap hari. Alah masa sarapan tuh je senang, koyak dan bancuh dengan air panas dan minum.

Tips : minum air masak yang mencukupi sepanjang hari.

Bagi kak lily:-

Rasa kopi hijau Alana ni, mild je tak rasa acidity yang kuat pun. Sedap, baunya strong rasa nice. Lain daripada kopi biasa yang selalu kak lily minum tuh. 

Nak kata kurus tuh belum lagi lah sebab baru je belajar minum kan, but bab tenaga dan kurang makan tuh memang betul kurang rasa lapar bila sampai waktu tengahari ek tapi kena banyakkan minum air kosong lah baru senang perut senang nak proses.

Ni ada beberapa testimoni untuk rujukan korang kalau tak percaya la kan



Harga sekotak Kopi Hijau ALANA ni adalah RM42.90 dalamnya ada 15 sachet. Oklah kan tak delah mahal mana pun, sesuailah dengan kebaikannya.


kemain cantik lagi ek packaging baru Kopi Hijau ALANA ni ek


Korang boleh dapatkan kopi kurus ni di laman social berikut:




Meh cuba dulu baru tau kebaikan kopi hijau ALANA ni 









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, June 24, 2017

EVERSOFT™ Baharu – Pembersih Wajah lebih dari sekadar membersih

Hi Korang,

Samada anda seorang suri rumah, pelajar mahupun wanita bekerjaya; adakalanya anda akan tergesa-gesa meninggalkan rumah atau kembali ke bilik tidur setelah seharian di luar. Membersih wajah merupakan perkara paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat samada anda menggunakan alat solek ataupun tidak. Membilas air semata-mata tidak mencukupi, kini Eversoft hadir dengan lebih manfaat untuk lebih kebaikan.


Produk ‘jimat masa’ ini menggabungkan langkah pembersihan yang pelbagai dalam 1 produk - EVERSOFT™ 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water yang bertindak menanggalkan solekan, membersih dan menyegarkan kulit; manakala EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner sangat sesuai bagi individu yang tidak menggunakan solekan. Menggunakan formulasi berasaskan bahan dan teknologi dari Jepun, pembersih baharu ini bebas daripada paraben, SLS, alcohol serta minyak mineral. 

Dua pembersih wajah baharu EVERSOFT™ ini memberi lebih dari sekadar pembersih asas. Pengguna kini boleh membersihkan wajah sambil menyegarkan kulit dan menanggalkan solekan. Pengguna juga boleh menikmati manfaat ekstrak organik Yuzu dan Tomato yang memberi khasiat serta melindungi wajah dengan cara yang selamat pada kulit.


EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner 


EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner terhasil daripada formula gabungan 2 langkah pembersih kepada 1. Manik-manik merah jambu diperkaya dengan Tea Tree Oil dan Vitamin E yang membersih jauh kedalam kulit untuk menarik kotoran, manakala ekstrak organik buah Yuzu membantu meredakan kemerahan kulit, mengurangkan pembentukan jerawat, dan membuang cela pada wajah. Pembersih ini membersih dan mencerah dalam satu langkah tanpa meninggalkan sebarang kotoran. Langkah ini boleh diteruskan dengan penggunaan serum serta pelembab sebagai pelengkap kepada rejim penjagaan kulit wajah.


EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water 


EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water merupakan pembersih wajah yang lembut dan berkesan untuk menanggal solekan dan membuang kotoran. Diperkaya dengan ekstrak organik Tomato yang tekenal dengan ciri-ciri antioksida bagi melawan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran, pada masa yang sama menyegarkan kulit serta mengecilkan pori. Produk ini turut mengandungi Bio-Hyaluronic Acid bagi mengekalkan lembapan dan mencegah nyahidrat. Ia menjadikan kulit wajah terasa bersih dan lembab sentiasa. Dengan pembersih solekan yang tidak memerlukan bilasan air ini, pengguna boleh melangkau langkah membersih wajah dengan buih pembersih serta penggunaan toner. Anda hanya perlu memakai pelembab setelah menanggalkan solekan dan siap!

EVERSOFT™ Cleansers diperbuat daripada formulasi yang lembut pada kulit wajah dan berkesan untuk membersih jauh kedalam tanpa mengeringkan kulit sambil mengekalkan keseimbangan lembapan secara semula jadi. Setiap bilasan membekalkan kulit anda dengan nutrien agar kulit semakin cerah dan sihat sentiasa.

EVERSOFT™ yakin dengan keberkesanan produk pembersih muka ini bagi menanggalkan solekan jenis berkalis air dan sedang mengadakan kempen jaminan wang kembali 100% (100% Money Back Guarantee) bagi produk EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water. 


Pembersih dan pembersih dengan air EVERSOFT™ ini sangat sempurna untuk membersih dengan cepat, pada harga yang berpatutan dan hasil yang menakjubkan. EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 150ml pada harga RM17.80 (Semenanjung)/ RM18.70 (Sabah & Sarawak)* manakala EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water juga hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 300ml pada harga RM22.90 (Semenanjung)/ RM24.00 (Sabah & Sarawak) dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar dan farmasi seluruh negara.

*Harga tertera termasuk 6% GST.





Dari

Cik Lily Putih



Wednesday, February 22, 2017

NEESYA Brightening Enzymatic Refiner

Hi Korang,


Lama tak citer pasal beauty ni ek, yelah asyik citer pasal makan je.

Sebab tu lah gemuk hahahahahahhaa


Aku memang pernah guna produk skincare jenama NEESYA ni dah ternyata memang sesuai dengan kulit muka aku yang berminyak manjang ni kan 

Meh aku kongsikan sedikit mengenai jenama NEESYA ni ek

Neesya (bererti rama-rama dalam bahasa Yunani) melambangkan semangat individu moden masa kini. Rama-rama mewakili asas kebebasan, kecantikan semulajadi dan keupayaan tersembunyi. Seperti rama-rama yang merupakan simbol transformasi, setiap individu mempunyai kecantikan dalaman yang sedang menanti untuk didedahkan. Itulah yang istimewanya produk Neesya ini. Bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya adalah dari bahan semulajadi dan selamat serta diuji secara saintifik, dan berkesan. Rangkaian penjagaan kulit premium ini mempunyai harga yang berpatutan.

Semua produk Neesya bebas daripada pewarna dan paraben demi keyakinan pelanggan. Kilang menghasilkan produk Neesya disahkan sijil GMP untuk memastikan proses kualiti tinggi dipatuhi.

Hah gituh..


NEESYA Brightening Enzymatic Refiner 


Ianya berlainan dengan krim pengelupasan yang biasa, produk pengelupasan ini adalah berasaskan gel. Di formulasikan dengan bahan seperti papaya, enzim pengelupasan yang lembut ini bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati yang terdapat di permukaan kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan sel kulit yang baru. Ekstrak Silver Vine dan AlphaMelight™ yang terkandung dalam produk membantu dalam menjadikan kulit lebih berseri.


Ekstrak Hamamelis, Aloe serta Vitamin B5 menghidratkan serta melembutkan kulit wajah. Penggunaan yang beterusan akan memberikan raut wajah yang cerah berseri serta tona wajah yang lebih sekata. So far aku guna memang tak de tanda pengelupasan yang teruk. Paling best ianya mampu menghilang bitnik-bintik hitam di hidung tuh. 


Cara penggunaan :

  • Ratakan satu lapisan gel atas kulit yang bersih dan kering. Pastikan gel diratakan pada seluruh wajah serta leher untuk perawatan yang seimbang. Untuk bahagian wajah yang berjeragat, tambahkan lapisan yang lebih tebal untuk perawatan maksima. 
  • Urutkan gel secara turutan bergelang ataupun berarah bulatan untuk tiga saat dan biarkan selama lebih kurang tiga minit lagi sebelum membilas muka. 
  • Semasa membilas, basahkan tangan dan urutkan muka secara perlahan untuk melembutkan sel-sel mati yang akan disingkirkan. 
  • Gunakan produk 1-2 kali seminggu untuk hasil yang optimum.

Hasilnya tak delah nampak on spot terus kulit putih kan hehehhee tapi lepas 2-3 kali pakai dalam seminggu dua ni adalah nampak perubahan especially bahagian hidung tuh kan. Abis semua whitehead tertanggal hehehehheheee

Lumi°® Brightening Enzymatic Refiner berharga RM69 bagi 75ml.

Untuk info lanjut, boleh check it out :

Instagram : Neesya Skincare
Facebook : Neesya Skincare
Website : NEESYA Skincare




Friday, August 14, 2015

Nantikan Pelancaran Butik Nelyz Couture di Kota Damansara

Hi Korang,

Its shopping time!!!

Tak lama lagi, Butik Nelyz Couture akan di buka di Kota Damansara tau..

Ada apa di Butik Nelyz Couture ni? Mesti ramai yang nak tahu kan. 

Mostly Nelyz Couture Boutique menawarkan fesyen terkini muslimah dengan design yang menarik serta harga yang berpatutan. Ada shawl, blouse, baju kurung, pants, dress yang cantik dan sesuai untuk semua golongan wanita. 

Wow wiii junior juice!! Huahauhauhua


Majlis pelancaran Nelyz Couture Boutique di The Strand Damansara pada hari Sabtu 29 Ogos 2015. Bermula pada jam 11 pagi sehingga 8 malam. Ermm pagi lagi dah bukak wokeh, ini yang lagi semangat nak pi ek.

Korang kena pastikan yang kena datang sebab 100 yang terawal akan mendapat T-Shirt Nelyz yang EXCLUSIVE. Selain itu korang juga akan dapat special discount 10% pada hari itu untuk semua pakaian dan shawl Nelyz. Ada lagi yang special untuk yang datang grand opening adalah kupon discount untuk pembelian selepas itu. Uishkk of courselah aku nak datang awal ni

Semua dijemput hadir ke

Grand Opening 
Nelyz Couture Boutique
Tarikh : 29 Ogos 2015 - Sabtu 
Masa : 11 pagi - 8 malam

Lokasi : 
36-G, Jalan PJU 5/21,
The Strand Damansara, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, SEL
0149622600

Meh like social media diorang untuk for update, promotion, sales dan memacam lagi la ek

Instagram @nelyz_couture 
Facebook page: nelyz couture
Official Website: www.nelyzcouture.com

Kita jumpa nanti di sana yeah!! Datang jangan tak datang…


Thursday, December 11, 2014

REVIEW | CELEBRITY LASS Sesuai Untuk Bau Badan Bermasalah

Hi Korang,


Tajuk entry tak hinggat langsung ek?


Mesti sakit je hati orang yang baca kan, yelah pasal ketiak busuk. 

Bukan apa, tak kan korang tak perasan yang badan korang berbau. Aku ni setiap kali sampai office walaupun still pagi aku tetap nak double check yang aku ni berbau ke tak. Kita ni bekerja berjumpa dengan orang selalu. So kalau bau badan korang kuat menyengat, potential client pun agak geli geleman nak deal business dengan korang plak. 

Betul kan!


Walaupun aku tak masalah mengenai bau badan but aku tetap jugak cuba CELEBRITY LASS Master Odourless ni. Aku nak tengok betul atau tidak tentang khasiat dan kebaikkan yang di war-warkan tuh

Dah, meh aku citer details lagi mengenai produk penghilang bau badan ni ek

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS kini membawa penyelesaian untuk bebas bau badan hanya dalam masa 3 saat sahaja. Malahan badan akan kekal bebas bau dalam tempoh 24 jam walaupun keesokan harinya anda melakukan aktiviti yang sangat mengeluarkan peluh.


Ni secara ringkas ye,

1. merupakan suatu bahan cecair yang meneutralkan bau badan anda dengan cepat dan selamat.

2. bukanlah deodorant apatah lagi minyak wangi kerana ianya sendiri bersifat bebas bau. 

3. Penggunaan CELEBRITY LASS hanya sekali sehari sahaja cukup unik apatah lagi dengan kesan penggunaannya. 

4. besifat anti septik dan juga meneutralkan air kotor yang melekat pada badan. 

5. Kulit dibahagian pelipat akan kelihatan lebih cerah dengan pemakaian secara konsistan produk CELEBRITY LASS ni. 

6. terbukti mampu mengekalkan badan bebas bau selama 24 jam. 

Bahan yang digunakan dalam CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS? 

Bahan asas dalam pembuatan ubat masalah bau badan ini terdiri bahan berkualiti premium. Antara bahannya adalah premium ekstrak rosa gigantean, tutsi, air suling serta aluminium potassium sulphate. 

Kesemua bahan-bahan ini halal dan 100% selamat serta keluaran 100% bumiputra muslim.


Bagaimanakah cara guna produk ini? 

1. digunakan dengan cara diaplikasikan beberapa minit sebelum mandi.(disyorkan mandi petang/malam)

2. Gunakan 6-7 titis CELEBRITY LASS sahaja ke tapak tangan kemudian gosokkan. 

3. Sapukan CELEBRITY LASS kemana-mana bahagian badan yang berbau seperti ketiak,kaki,celahan badan dan anggota lain. 

Bagi yang mempunyai bau badan yang kritikal, anda disyorkan untuk menyapu ke seluruh anggota badan. Selepas sapu di bahagian tertentu, biarkan dalam seminit dan kemudian mandi dan bilas sehingga bersih.       

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS memadai digunakan sekali sehari sahaja dan sesuai untuk semua peringkat umur. Sekiranya ingin digunakan lebih dari sekali dalam sehari juga tidak mendatangkan sebarang masalah.


Harga CELEBRITY LASS ini? 

CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS didatangkan dalam 

botol 50ml ( boleh tahan sehingga 2 bulan)

harga Semenanjung RM85 
Sabah Sarawak RM95 

5ml trial pack/handy pack = RM 15 include postage ( boleh tahan 7-9 hari)

Sempena ‘Promo Pack’ ini CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS dijual pada harga RM75 sahaja. 1botol CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS 50ml ini boleh digunakan untuk tempoh 90hari. 

CELEBRITY LASS ni boleh dibeli secara online sahaja. Tidak terdapat di mana-mana toko jamu dan sebagainya. 

Hasilnya





Setelah mereka mencuba, hanya dalam masa 3 saat, nyata bau tengit badan mereka bebas. Dan keesokan harinya. bau badan mereka masih lagi bebas bau walaupun sudah melebihi tempoh 24jam. Lihat testimoni mereka yang telah semakin yakin dengan penggunaan produk CELEBRITY LASS MASTER ODOURLESS.

Kalau nak order boleh guna cara

watsapp / telegram kat no: 0192732902 
Pm kat fb: ieda faridah mustafa
Email pun boleh: frieda2902@gmail.com


So korang yang ada masalah bau berbau, ketiak tegik ni aku rasa baik korang cuba dulu kan. Alah beli yang trial dulu pun tak per, mana tau boleh hilangkan bau-bau asem tu ek!

Thursday, November 20, 2014

Makan Tengahari Di Swez Brasserie, Eastin Hotel Petaling Jaya

Hi Korang,

Ermm kalau citer bab makan kat blog Cik Lily Putih ni memang senantiasa tak kan abis, la sebab hobi kan. So seronoklah citer bab makan ni.


Masa ikut geng kaki makan dalam #bloggerfoodmarathon last week, next pit stop iaitu di Swez Brasserie, Eastin Hotel PJ.

Swez Brasserie ini menghidangkan pelbagai jenis makanan ‘all day dining’ secara buffet dan juga ala-carte.

Voted “Top 10 Best All Day Dining Restaurant” by Hospitality Asia, Swez Brasserie is a friendly international buffet restaurant swathed in natural light. Lofty floor-to-ceiling windows and soft landscaping provide a bright, cheerful atmosphere that will both kick-start appetites and conversations.

Dah nama pun international buffet kan, so of course macam-macam makanan ada, ni aku perlihatkan untuk korang ek

Menu masakan melayu










Menu makanan antarabangsa







Ada juga ‘LIVE STATION’ cooking sekali tau, tengok ni siap demo kat aku cara nak buat Vietnamese popia dan kari kepala ikan.

chef tengah masak kari kepala ikan

chef tengah buat Vietnamese popia

Selain itu, tak ketinggalan, hidangan pencuci mulut.












Ermm makan sampai tak ingat dunia, punya sedap sangat kan.

Ini di antara yang sempat aku rasa masa preview malam hari tuh. Aduiyai sampai senak-senak perut dibuatnya sebab banyak kan..

nasi lemak pandan

Vietnamese popia

Kari kepala ikan

ais krim

kuih muih

appetizer

fruit cocktail

buah-buahan

bubur nasi telur masin

Semakan halal di www.halal.gov.my Sijil Halal Eastin Hotel didaftarkan di bawah Syarikat DAMANSARA INDAH SDN BHD (EASTIN HOTEL)

Ermm bila sebut makan dihotel je korang dah mengeluh kan.

Alah dont worry, kan ada OFFPEAK.MY.

Cari website link OFFPEAK.MY ni kat google


Register dulu kalau boleh, sebab bukan setakat makanan secara buffet je boleh, malah pelbagai jenis menu makanan yang korang boleh pilih dan dapat diskaun.


Pilih tarikh, berapa orang dan masa yang sesuai nak pi.

Dah dapat confirmation email, apa lagi terus print dan redeem lah ye. Jangan plak korang lupa nak bawak masa korang nak pi makan tuh. 15% diskaun tuh, banyak tuh bagi aku kan.


Jom kita ke :-

EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.




Ermm sekali sekala apa salahnye kan…


Nak tau pasal offpeak lebih lanjut, korang boleh ke:-

Facebook : 

Twitter : 

Intagram :