Hi Korang,
Tak sempat pulak nak singgah ke warung makcik nasi lemak beratur tu tadi sebab tak de tempat nak parking kereta, lepas tu plak hujan rintik-rintik dah mula turun. Jawabnya terus jelah ke office dengan rasa hampa.
jemput makan korang
Terbayang-bayang dah aku ni, nasi lemak lauk paru dan sambal kerang kan, namun apakan daya. Dahlah 2 minggu tak breakfast nasi lemak. Tak tertunailah jua hasrat di hati macam kata blogger K Ina KL kan.
Sampai office tengok apa yang ada kat pantry.
Selalunya memang ktorang ada stok simple makanan bila time lapar macam maggi, biskut, kek dan cereals. Fresh milk senantiasa ada coz bos memang nak minum kopi dengan susu segar je, creamer dia tak mau.
Tengok ni,
janji ada untuk alas perut
Terjumpalah koko krunch sekotak dengan susu coklat yang aku ada bawak last week yang belum buka lagi.
tuang bijirin dulu
baru tuang susu
Apalagi, terus jelah ambil mangkuk, bukak kotak, curah dua-dua masuk dalam mangkuk. Kemudian wallap terus ke mulut tanpa kira orang lalu lalang kat belakang. Mana taknya semalam aku dengan Mr Big had an early dinner dalam kul 6.30pm gituh. Kemudian langsung tak de makan apa-apa pun sampai lagi ni, kira macam dah puasa plak sebab tu cam lapar betul rasanya.
inilah dia sarapan mudah langi ringkas
Eh, baguslah makan cereals ni. Ni aku kongsi sket info mengenai koko krunch ni ek
Kandungan khasiat dalam semangkuk Nestle Koko Krunch:
Protein bijirin dengan susu (6.6 gram) = Protein sebiji telur (5.9 gram)
Serat (1.7 gram) = Serat daripada dua keping roti (0.2 gram)
Vitamin C (18 miligram) = vitamin C daripada 1/2 biji oren saiz sederhana (30.7 miligram)
Nampak cam banyak je kebaikannya, tapi untuk kanak-kanak lagi. Tapi bukan terhad pada bijirin ni sahaja, kalau kita makan bijirin lagi pun sama jugak khasiatnya.
Untuk remaja purba cam aku ni, dapat menambah tenaga sambil mengalas perut daripada lapar sebelum sampai waktu makan tengahari.
Itu jelah pun.
Macam aku secawan kopi is a must la, makan roti ke biskut je pun dah ok cuma sekali sekala je teringin nak heavy breakfast macam nasi lemak, roti canai, mee hoon bagai kan.
Kalau korang, apa jenis sarapan yang korang suka di waktu pagi ek? Atau pun makan apa jua makanan yang ada kat sekeliling korang
so malay food blogger ko sarapan apa plak?
Selamat bekerja!