Showing posts with label resipi rendang ayam. Show all posts
Showing posts with label resipi rendang ayam. Show all posts

Tuesday, April 28, 2020

Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

Hi Korang,

1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah. 

Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang 

Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang. 



Rendang Bagi Yang Baru Mencuba 

Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan? 

Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim. 

Bagi membantu korang menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skill anda membuat rendang. Jadikan resipi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik. 


Bagi Ayam Brand, sudah pastilah kak lily menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020

Rendang Daging
Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8 

Bahan-bahan:

Rempah 
3 bunga cengkih - di kisar
3 bunga lawang - di kisar
3 buah pelaga -di kisar
2 asam jawa 
5 daun limau purut dihiris halus 
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan) 
1 batang kayu manis 
1 sudu besar gula melaka secukup rasa 
Garam secukup rasa 
Pes (kisar halus) 
2.5cm lengkuas, dihiris 
3 batang serai, akar sahaja, dihiris 
7 ulas bawang putih, dihiris 
6 bawang merah, dihiris 
2.5cm halia, dihiris 
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris 
1kg daging lembu, dipotong kiub 
1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda 
Minyak untuk menggoreng 
1 cawan air 

Cara-cara :

1. Kisar bahan pes menggunakan blender. 

2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau. 

3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah. 

4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih. 

5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali. 

6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka. 

7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. 

8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. 

9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan. 



Apakah Resipi Istimewa Rendang Korang

Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 6 April dan berakhir pada 31 Mei dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!




Thursday, March 8, 2018

Rendang Ayam Cik Lily Putih

Hi Korang, 

Arrgg poyo tajuk entry ek, nak ketawa pun ada gak ni. 

Memanglah hari-hari masak walaupun makan berdua je sebab kitaorang dah bosan benau makan kat luar tuh. Sedap tuh sedaplah tapi duit yang keluar pun sedap jugak hahaha. Yelah kami kalau sekali keluar dinner busuk-busuk pun RM50 mesti terbang melayang. Kira kalau makan bawah RM26 tuh memang heaven lah kan. 

Sebab tuh nak tak nak masak jelah solution yang mudah dan menjimatkan. 

Weekend hari tuh, kak lily teringin benau nak makan rendang ayam. 

Nasib baik ada rempah yang beli kat pasar TTDI ari tuh then ayam pun ada so masak jelah. Oleh kerana lama bebenau tak masak, so google lah resipi walaupun bahan-bahan dah siap tapi cara memasak tuh yang tak sama. 

Ada orang masukkan ayam kemudian, ada yang masuk dulu, ada yang pakai santan banyak, ada yang pakai sket so memacam cara. Seronok plak kak lily membacanya, eh semua ni ilmu gak tau. 

Bahan-bahan 

1 ekor ayam 
10 biji bawang merah | Diblend 
1 biji bawang putih | Diblend 
3 inci halia | Diblend 
5 tangkai | Di blend 
5 helai daun limau purut 
1 kotak santan 
Asam jawa sket 
Kerisik 
Gula Melaka 
Daun kunyit sket

Cara-cara Memasak Rendang Ayam

1. Masukkan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih halia, serai dan limau purut hingga garing. 

2. Masukkan bahan-bahan blended (cili kering, kunyit hidup dan lengkuas). Goreng hingga garing. 

3. Masukkan ayam dan gaul rata. 

4. Masukkan santan dan kecilkan api. Masak hingga ayam masak. 

5. Masukkan kerisik asam jawa dan garam. Masak hingga rendang pekat/kering. 

6. Masukkan daun kunyit dan tutup api. 

Inilah hasilnya, amik ko..

Itu adalah cara asas memasak rendang ayam. 

Nampak macam mudah je kan tapi sebenarnya tidak uolls hehehhee 

Kak lily ni dengan bijak pandainya menambah santan menjadi 2 kotak ya ampun haruslah pekat gilerkan, makin lamalah kuah rendang tuh nak pekat dan ayam boleh jadi hancur. So kak lily keluarkan balik ayam then biarkan santan tuh mengering seketika sehingga pekat dan cantik then barulah masukkan ayam tuh balik. 

Siap tepon mak dan tanya camne nak adjust balik rendang ayam ni hahahahaha 

Bengong ek, boleh plak mak akak tertekan loudspeaker so semua orang yang kat kampung tuh dengarlah kann hahahaha malu woi maluuuuu 

Apa pun rendang ayam selamat di makan oleh Mr Big dan sampai keesokkan harinya, dia boleh buat cicah roti kuahnya walaupun ayam dah habis tak abis-abis cakap sedap sedap sedap hehehehe 

Itulah belum cuba belum tau, kalau dah cuba baru ek keenakkan ari tangan isteri kann 

Ok lain kali nak cuba masak yang mencabar lagi lah.













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com