Showing posts with label resipi puding. Show all posts
Showing posts with label resipi puding. Show all posts

Monday, May 23, 2016

Resipi Kelapa Laut Menggunakan Produk TC BOY

Hi Korang,

Aku di beri kesempatan lagi untuk mencuba bereksperimentasi dengan produk TC Boy tau. 

Seronoknya tak terhingga hauhauahuaha ayat power melampau-lampau ek hehhehehe.


Penat aku google resipi yang sesuai untuk di gandingkan dengan kelapa laut ni kan, akhirnya dapat jugak tapi aku modified sket. Terima kasih kepada mereka yang menulis resipi di google ni, semoga berlipat ganda rezekinya ek

Ok aku mulakan dulu dengan TC BOY Kelapa Laut Dalam Sirap

Resipi : Puding Kelapa Laut Sirap

Bahan-bahan:


1. 1 tin (saiz tin 565g) buah kelapa laut (asingkan isi dengan airnya) 
2. 1 cawan whipping cream
3. 5 gram serbuk agar-agar (anggaran 2 sudu teh)

Cara-cara:


1. Asingkan buah kelapa laut dengan airnya. Hiris/potong kecil isinya dan ketepikan. 

2. Campurkan air kelapa laut dengan whipping cream sehingga menjadi sukatan cecair sebanyak 650ml. (Masukkan sedikit untuk mencukupkan sukatan sebanyak 650ml tersebut) 

3. Campurkan bahan cecair tadi dengan serbuk agar-agar. 

4. Kacau sebati. Masak atas api sederhana hingga mendidih. 



5. Apabila telah mendidih, masukkan hirisan kelapa laut dan sejukkan. 


Inilah dia hasilnya dia ek..

Untuk resipi kedua aku gunakan TC BOY Sea Coconut In Honey

Resipi : Agar-agar Kelapa Laut TC BOY

Bahan-bahan:


1. 1 bungkus agar agar tali ( 30 gm)
2. 1 cawan gula 
3. 1000 ml air
4. 1 tin buah kelapa laut (di campur sekali dengan syrupnya)


Cara-cara:

1. Rendam dahulu agar agar kira kira 10 minit supaya ia lembut. Toskan.


2. Masak agar agar dengan air sehingga agar agar tersebut hancur. Kemudian campurkan gula hingga gula hancur. Boleh ditapis selepas masak jika ada agar agar2 yang tak hancur.


3. Kemudian campurkan 1 tin buah kelapa laut bersama . Kacau sebati. 




4. Tuang dalam acuan dan sejukkan


Tada inilah hasilnya wow wii hehehhehe

Hah senang kan

Itulah dengan TC BOY semua boleh jadi ek

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.tcboy.com