Showing posts with label resipi nasi lemak. Show all posts
Showing posts with label resipi nasi lemak. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Nasi Lemak NEELOFA Sedap ooo

Hi Korang!

Hari tuh, lama giler hari tuh.

Aku dengan malay foodblogger sensasi terkini www.hazmanfadzil.com pi mencuba nasi lemak di Village Park, Damansara Uptown.

Yang best tuh, dia boleh tak tahu restoran tuh kepunyaan keluarga pengacara Meletop iaitu NEELOFA yang cun melecun tuh. Cam ne nak sensasi ko ni kan hahahahhaaha.

Rasanya dalam kul 7.20 pagi kot kitorang dah sampai ke situ sebab nak elakkan jem orang pi kerja.


Sesampai je orang tak de ramai but penuhlah bahagian kali lima restoran ni, yelah dekat dengan carpark so kalau ade apa-apa macam MPPJ punya tow truck datang ke boleh cercepat alih. Giler teruk parking kat sini ooo. 



Berlapis-lapis.

Sudah sambung balik pasal JJCM ni.

Sekadar nak mencuba nasi lemak yang di katakan 'Best In Town' ni, wajiblah mengorder nasi lemak.

Inilah dia


Nasi Lemak 'Best In Town' nie

Not bad gak, sambal sedap tak kurang rasanya. Lengkap semuanya ada. Nasi lembut dan wangi je. Order sekali dengan teh tarik, memang terangkat dibuatnya.

Ada gak menu-menu lain kat Village Park Restaurant ni, tapi ktorang tak cuba pun coz malas nak bangun pi pilih kan. Probably next visit kot.

Korang nak pi, ni tempatnya




Village Park Restaurant
Damansara Uptown, Petaling Jaya.

Tapi nak jumpa Neelofa, ramai kengkawan aku kata datang petang-petang sket coz ramai yang perasan dia ada time-time tu lah but jangan mengharap sangatlah coz dia tu kan selebriti haruslah busy manjang. Ingat dia ade masa ke nak ke situ selalu

Hahahaha lawak je...

Selamat Makan Korang


P/s: menaip entry ni kat Hospital. sementara menunggu Mr Big pi exercise pysio. Lama tak menaip guna iPad sakit plak jejari ni.



Sunday, July 10, 2011

Sunday Post : Enaknya Nasi Lemak Di Sunway Lagoon

Hi Korang,

Pepagi ni kalau pekena nasi lemak mesti bestkan. Lebih2 yang sambalnya sedap. Memang terangkat lah. Aku plak pekena nasi lemak ni kat Sunway Lagoon hari tuh. Ada event dengan In-Trend Magazine. Memang seronok abis.


Nantilah aku citer lagi dengan korang, now tengah sibuk google map nak pi kenduri sambil jumpa Lisa Surihani lagi kejap lagi. 

Happy Weekend Korang!