Showing posts with label resipi mudah. Show all posts
Showing posts with label resipi mudah. Show all posts

Monday, April 27, 2020

Resipi Ayam Masak Bali


Hi Korang, 

Bulan Ramadan ni memang carian resipi memang sangat-sangat hotzz. 

Yelah nak buka puasa kan, haruslah kena masak. Di sebabkan kak lily ni pemalas nak masak menu yang remeh temeh so kak lily suka mencuba resipi-resipi enak dan mudah di sediakan. 

So kak lily cuba resipi Ayam Masak Bali ni sebab ramai yang cakap kalau makan mesti teringat kat Bali punye hehehe ewah ke Bali sangatlah kan tapi tak per kita cuba dulu ek. 

Bahan-Bahan: 


1 ekor ayam 
serbuk kunyit 
garam secukup rasa 
8 batang serai, dititik 
6 tangkai daun kari 
1 senduk cili kisar 
3 sudu besar kicap manis 
minyak masak 
gula melaka atau gula pasir 
sedikit air 
Bahan-bahan untuk kisar halus: 
5 biji bawang besar 
10 biji bawang merah 
10-12 ulas bawang putih 
2 inci halia 
1 inci belacan 

Cara Penyediaan: 


1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak. 


2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau. 


3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak. 


4. Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air. 

5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan. 

Tak delah kak lily masak sampai nak masak seekor ayam tuh, so korang anggarkan bahan-bahan tuh ek. Rasa pun korang adjust lah ek, yang suka pedas boleh tambahkan cili, yang nak manis letak gula lebih sket. 

So apa lagi selamat mencubalah 

Kalau ada masa free lagi nanti kak lily akan kongsikan lagi ek



Tuesday, April 18, 2017

Resipi Mee Goreng Istimewa Raja Yang Mudah dan Sedap

Hi Korang,


Di hujung minggu ni lah masanya untuk berumah tangga kat dapur. Kalau nak test skill masak time ni jugaklah ye. Alah belajar masak sket-sket je, aku ni manalah pandai masak yang masakan melayu yang bersantan tuh kalau masak menu western ok sajorrr.

Kebetulan laki mak si Mr Big ni dah 2-3 kali menyanyi kat telinga aku nak makan mee goreng.

Aku suruh je kalau nak teringin sangat pi beli kat kedai depan tuh tapi dia cakap mee goreng kedai tuh kosong, so aku cakap weekend nanti aku buat lah. 


Sabtu petang tuh sibuklah dia ajak aku pi beli barang masak.

Kitaorang ke Jaya Groccer Bangi Gateaway je senang sebab majority bahan-bahan mentahnya semua dah siap dibersihkan. Ye aku memang malas dan laki aku tau dah perangai aku hehhehe

Ini yang di beli


udang pun dah siap kopek separuh


kerang dah siap kopek, so senang sket nak masak. lagipun saiz kerang ni besar-besar jugak

Banyak kan!!

Balik tuh bersihkan apa yang patut then simpan dalam fridge 

Esok paginya Ahad tuh baru aku masak.

Nak masak mee goreng tak tau bahan? Ermm ni aku kongsikan ek

Bahan-bahan: 

· Cili kisar/boh – ikut tahap kepedasan
· 4 biji bawang merah
· 4 ulas bawang putih
· Minyak untuk menumis
· Bahan mentah macam ayam/udang/sotong 
· Sayuran seperti sawi/taugeh/
· Fish ball and fish cake
· Kicap Manis
· Gula/Garam (Jika Perlu)
· Sebungkus Mee Kuning
· Bawang goreng, lada besar hiris dan daun sup untuk hiasan

Itu kira bahan-bahan asas lah, korang boleh tambah ikut suka korang ek

Kemudian masaklah cam biasa, actually tak de apa yang special pun tapi di sebabkan bahan-bahan mentah yang banyak dan awesome tuh yang jadi istimewa sesangat.

meh tengok video cara masak mee goreng

Lepas je masak tuh, terus makan panas-panas hah ko amik terangkat ooo dengan rasa jus-jus makanan laut tu tadi kan lagi menambah selera Mr Big makan. Sudahnya seharian kitaorang makan mee goreng tuh sebab Mr Big suruh masak sampai 3 bungkus mee kuningnya 

Ermm tak perlah janji tak kepunan kan

Ok Selamat makan semuanya


Friday, July 25, 2014

RESIPI Makaroni Bakar

Hi Korang,


Lama tak buat Makaroni Bakar ni ek.

Itulah kang lelama boleh lupa plak resipi kan, so kenalah masak balik. Barulah practice makes perfect. Hehehhehe poyo sangat ayat.

Aku buat resipi macaroni bakar ni last week.

nampak cam kering plak ek..

Time tu dah tak tau nak buka apa, tengok dalam fridge dan cabinet ada plak bebarang kan, ermm moh ler masak resipi mudah lagi simple ni.

satu loyang je buat

Disebabkan tak de macaroni, jadi aku pakai penne pasta. Alah adik beradik pasta gak ni.Sama je masaknya cam rebus mee spagethi biasa. Untuk sosnya aku masak style kuah Bolognese tuh.

Alah korang googlelah sendiri resipi mudah ni ek coz aku cam malas plak nak tulis hehehehe

Ok ok selamat menjamu mata..

p/s : rasa-rasa nak pi shopping raya lagilah pas ni tapi tak tau kemana plak. Any idea ke korang?


Wednesday, July 16, 2014

Resipi Popia Ketam Meletops Yang Mudah Lagi Simple

Hi Korang,


Tergatal plak nak tulis pasal resipi la ek bulan-bulan puasa ni.

Bukan apa, hari tuh bukak-bukak fridge ternampak plak kulit popia dan crabstick ni. Asalnya kengkonon nak belajar buat sendiri popia sayur-sayuran tuh, tapi masa tak de plak.

Sudahnya sayur kemana kulit popia kemana, argh sudah. Dengan tak payah google kat internet, aku pun cuba jelah create popia crabstick ni ikut cara aku yang tersendiri.

Bahan-Bahan

Kulit popia

Isi ketam yang crabstick tuh


Bancuhan tepung gandum dan air sket untuk nak lekatkan kulit popia tu bila lepas di gulung.


Cara-caranya

1. Keluarkan kulit popia tu ek tapi make sure korang letak dalam tuala lembap coz takut ianya cepat mengering, nanti tak cantik plak kulit popia tuh.


2. Hah apa lagi, start lah melipat. Alah kalau korang biasa lipat kain atau bungkus hadiah hah korang boleh lah praktikkan. Aku ikut dah je

3. Bila dah sampai hujung, lekatkan kulit popia tu dengan bancuhan tepung gandum tuh.


4. Panaskan minyak dalam kuali

5. Goreng hingga kekuningan


6. Tada, siap untuk di makan.

Memula kelam kabut gak, cara nak melipat popia ni. Bila dah 2-3 kali buat ermm terus expert. Sampai abis isi ketam tu aku buat. 


Separuh goreng dan separuh lagi frozen kann, so senang bebila je boleh goreng kalau time lapar.

Sebab apa nama dia meletop?

Bukanlah sedap mana pun, rasa sama je cam popia lain. Yang meletup tuh, sebab masa aku tengok syiok duk goreng tup-tup isi ketam tu meletup plak keluar dari kuali. Penat jugak lah mengelap satu dapur kan. Tapi bukan semua pun, hanya ada 1-2 ketul je.


Yang lain sedap je, ktorang bedal.

Korang kalau tau apa sebab, bagitau aku ek. So boleh aku perbaiki lagi resipi popia aku ni. Mr Big cakap, maybe minyak panas sangat kot atau aku yang lambat angkat popia tuh.

Ermm agaknya lah..

Ok ok selamat mencuba korang..

Tuesday, January 31, 2012

Ayam Goreng Italiano

Hi Korang,

Aku memang suka cuba mende yang akan menyenangkan aku bila kena memasak cara express time balik keje. Kat dapur aku tu memang banyak berpaket-paket rempah segera, bahan-bahan segera untuk memasak. Yelah balik sampai umah pun dah malam so masak cincai je lah janji kenyang. Lagipun Mr Big tak berapa bising sangat pasal hal ni, janji ada yang nak dimakannya


Aku ternampak tepung ni masa shopping kat Melaka hari tuh dan terus beli. Tepung ayam goreng italiano keluaran Bestari Food. Alah murah je tak sampai 4 hengget je pun. 


Ikut je instruction kat kotak tu. Kira senang gak lah. Tak susah mana pun. Very straight forward. Ada bahasa melayu, cina dan english. Eh, bahasa arab pun ado. 3 step je.


Hah, bancuh lah ayam dengan tepung serbaguna tuh. Tak yah guna telur pun. Bancuh tepung dengan air je. Yang hijau-hijau tu rempah italiano tu lah. Macam baru tymes pun ada gak.


Kemudian goreng. Ikut lah cara korang goreng. Janganlah api kuat sangat kang kulit masak dalam berdarah lagi kaw-kaw kan. Api sederhana je


Dah siap pun, ayam goreng italiano. Sedap di makan begitu sahaja. Ranggup dan terasa rempah-rempah italiano tuh.  Tak sempat nak amik gambo time makan coz terlupa dek makan ayam sedap tu kan.

CLP notes : Nampak nau aku ni isteri pemalas kan, semuanya nak senang je.

Senang kan.

Thursday, May 26, 2011

Mr Big Tunjuk Skill Memasaknya

Hi Korang,

Hari tuh dengan tak semena-mena nya aku blur dah tak tau nak masak apa kan. Puaslah bukak katup pintu fridge tu untuk dengan apa barang yang tinggal. Last-last aku duk termenung sambil cakap dengan Mr Big makan luar jelah hari tuh.


Mr Big ni plak bila dah balik malas nak kuar2 rumah lagi kan. Dia bangun terus ke dapur. Memula dia pi masak nasi dulu. Aku tanya nak masak apa. Dia cakap surprise. Dia suruh aku duk je diam2 jangan tanya apa pun.



Dia amik bawang putih then hiris halus2. Kemudian bila nasi dah masak, dia cepat2 sejuk kan dulu. Ooo nak buat nasi goreng rupanya. Bila nasi dah sejuk, terus je dia panaskan kuali.

Tumis bawang putih dulu.

Masuk telur plak

Masukkan nasi


Memula tumis bawang putih tu dulu. Sampai hangus2 hitam ko dia buat. Kemudian dia pecahkan telur. Godak punya godak, then letak garam sket.  Bila dan memacam bau timbul terus je dia masukkan nasi dengan letak kicap sket.


Automatik bau hangus hangit tu hilang tup tup datang bau wangi plak. Dia gaul kan nasi tu tadi sampai sebati. Then baru dia cakap inilah dia Nasi Goreng Orang Bujang. Dia cakap masa dia bujang2 dulu, inilah yang selalu dia masak. Senang, mudah dan menyenyangkan.

Yang best tu, siap hidang dengan ice lemon tea sekali okeh.. Impress jugaklah aku dengan dia kan.

Anyway, sekali sekala si suami tolong masakkan untuk isteri ok gak kan, dapatlah ringankan sket beban kerjarumah kan, tapi jangan lah tiap2 hari. Melampau kan.

Hehehhehehehhe chaos..

Sunday, March 13, 2011

Spagetti Bolognese - Rahsia Ibu MertuaKu

Hi Korang,

Wah citer pasal western food? Biar betul aku ni. Masak sambal pun tak pas lagi ada hati nak masak western food plak kan. Perasan..!


Wei, janganlah pandang aku sebelah mata tau. Ingat aku tak pandai ke? Ermm. Cara masak Spagetti Bolognese ini adalah resipi ibu mertuaku yang tersayang. To be frankly, my MIL ni memang terror masak western food ni. Dulu masa dia muda, my FIL suruh dia pi belajar masak dgn jiran2 antarabangsa diorg ni. My MIL boleh masak russian dish, chinese food, bab pastry2 omputih petik jari je tau. Tapi itu dulu as Mr Big cakap, sekarang ni dia nak masak pun x de masa coz busy keje.

Resipi spagetti bolognese ni aku rasa sama je dengan resipi yang banyak korang boleh cilok dari internet kan. Basic/bahan2 semua seakan sama tapi the way yang korang masak, itu yang membezakan rasa masakan tu kan. Ada few tips yang dia cakaplah, kalau daging tu nak empuk masa dading tu tengah mendidih cuba letak sudu camca kecil dalam kuah tu dengan sekejapan daging tu cepat empuk. Itu jelah yang aku boleh citer yang lelain tu resipi keluarga lah kan.


Hah apa macam? Mesti korang kagum kan. Ingat senang ke aku nak korek rahsia masakan ni. Kenalah slow2 dan sabar okeh.

Dah dah pi cilok resipi spagetti bolognese dan pi buat sendiri. Nanti korang tau lah.