Showing posts with label resipi lauk kulit lembu. Show all posts
Showing posts with label resipi lauk kulit lembu. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Makan Masakan Kampung Tradisional di MMA SANTAI CORNER NILAI

Hi Korang,

Dah 5-6 kali food blogger Hazman ajak aku kemari.


Tapi tu lah masa tak de walaupun malam, bayangkan betapa busynya aku ni. Kalah Perdana Menteri kata Mr Big. So bila dah set appointment dengan semua orang, barulah Hazman setkan dengan tuan punya D'Laila Mee Udang Superpower.

Malam Khamis lepas, ktorang berempat pun ke Nilai ni. Sebab aku dah biasa dengan area ni dulu so tak delah sesat barat sangat kan. Keluar rumah lepas maghrib gitu then kul 8 dah sampai dah.

Actually kedai D’LAILA Mee Udang ni memang majornya menghidangkan mee udang but aku rasa diaorang slightly tambah menu kan. Jadi malam tuh, ktorang dapat cuba beberapa hidangan masakan kampung instead of mee udang yang hebat diperkatakan oleh bloggers yang rajin singgah di situ.





Ermm masakan kampung ? haruslah yang berlemak, ada pedas sket, ada tempoyak sket, ada ulam-ulam sket kan. Aku memang tak tau menahu pasal menu ni, semuanya Hazman yang uruskan coz dia selalu ke sini bersama Shakiddo. Aku dengan Madi makan jelah hehehhehe buruk perangai ek..




Ni ktorang sempat tengok lagi cara lauk-lauk ini di masak. Semua dalam claypot untuk kekalkan rasa panas once dah di hantar pada customer. Bagus gak, aku makan memang mesti nak kena panas-panas baru umpph!

Bila tengok gegambar ni, jangan plak kata ktorang tamak dan pelahap plak tau. Ktorang food blogger memang cam ni, kena cuba semua k!

Lemak Cili Api Kulit Lembu Keladi Lambuk

Aku rasa menu ni yang unik sket sebab agak payah nak dapatkan kulit lembu fresh ni. Selalunya kulit lembut ni jadi hidangan orang-orang Jawa untuk masak sayur tahuun. Bila masak lemak di campur dengan keladi lambuk ni memang awesome

Asam Tempoyak Ikan Bawal Mas

Aku tak makan coz ada tempoyak kan but Mr Big yang makan so dia cakap memang rasa tempoyak tuh cukup mild tak strong sangat. Kena plak dengan ikan bawal ni. Sedap

Asam Pedas Ikan Sembilang

Ambik jugak, rasa makan ratah je. Sedap siap hirup kuahnya sekali

Kari Telur Ikan Tenggiri

Lauk ni asyik depan mata aku je sebab aku memang suka makan telur ikan ni. Lagipun payah nak dapat, then kalau ada tak berapa pandai plak masak so better aku pi makan kat kedai jelah.

Masak Lemak Cili Api Udang Galah Dengan Jering

Jering or jengkol memang awesome bila di campurkan sekali dengan lauk-lauk masak lemak cili api ni, langsung tak de rasa pahit pun tau.

Masak Lemak Cili Padi Ketam Dengan Nenas


Kari Kepala Ikan Mayong

Hah amik ko. Makan sampai tak ingat

Berpeluh-peluh jugak sampai Mr Big pi beli air mineral botol besar lagi. Tisu abislah sepaket kerana duk sibuk mengelap peluh kan hahahhaha. Walaupun ada menu yang pedas tapi tetap makan dengan tanpa pandang kiri kanan kan.


Bagi aku in terms of harga sangat berpatutan alah tak sampai RM25 pun sehidang, termasuk nasi putih, telur masin dan sedikit ulam-ulaman kan. Ikut harga pasaran lah kata Kak Laila. Takkan udang galah nak jual semangkuk RM5 plak kan, patut-patutlah.

denaihati network hadiahkan something kat K Laila

kami orang-orang beso

Apa pun terima kasih kepada tuan punya D’LAILA Mee Udang sebab sudi menjemput kami orang-orang beso makan di sini. Ye orang-orang beso sebab ktorang semuanya saiz beso-beso hahahahha

Jom la ke:


D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Contact : 017-2253337 ( kalau nak special request tau)

Facebook : D’Laila Suppower

Landmark : masuk toll nilai, terus ke arah Giant tuh. Sebelum sampai Giant ada traffic light belok kiri then sampai ke roundabout amik simpang yang pertama kiri. Dari situ dah nampak MMA Santai Corner alah yang ada kepala kereta tersangkut tu ek.

Next time nak cuba Mee Udang plak, dengar-dengar kata orang udangnya bersusun cantik dan banyak plak tuh kan.

Hahahahahha