Showing posts with label resipi kurma ayam mudah. Show all posts
Showing posts with label resipi kurma ayam mudah. Show all posts

Monday, June 19, 2017

Resipi Kurma Ayam Paling Mudah Dengan Serbuk Rempah Kurma Mak Siti

Hi Korang,

Kurma ermm ramai juga peminat setia makanan melayu asli ni ek

Sebab apa?

Sebab tak pedas dan berkuah dan aku rasa cam cantik je warna hidangan ni hehehhe pelik kan aku ni. Lagipun senang juga nak masak kurma ni.


Kalau aku masak kurma ni aku akan gunakan Rempah Kurma Mak Siti ni., yelah kandungan yang asli tanpa pewarna tiruan,tiada bahan tambahan seperti MSG dan sebagainya. Yang penting ianya produk bumiputera yang terjamin Halal. 

Aku ni dah banyak cuba rempah-rempah masakan yang lain ternyata langsung tak boleh lawan dengan Rempah Mak Siti dari segi rasanya dan kualitinya. Lagipun dengan rempah Mak Siti ni ada cara-cara memasak di pembalut luar rempah kurma ni. So ikut jelah, orang tak reti masak pun terus boleh masak tau.

Mari aku kongsikan resipi Kurma Ayam Rempah Mak Siti yang paling senang ni ek

Resepi Kurma Ayam


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - belah 4 tapi jangan putus
2 biji ubi kentang 
1 biji buah tomato - belah 2
2 cili merah yang dibelah 2 - sebagai hiasan
Rempah penumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
3 sudu besar Serbuk Rempah Kurma Mak Siti
1 kotak santan kotak - campur air secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
1 sudu kecil kerisik

Bahan kisar:

4 ulas bawang merah
1 inci halia

Cara cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan, sampai naik bau pun boleh.

2. Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah Kurma Mak Siti. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 

3. Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.

4. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping. 

5. Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api. Jangan lupa letak cili merah yang dibelah 2 tu ek


Kalau dapat hidangkan kurma ayam dengan nasi beriani ermm lagi sedap dan marbeles kann. Aduiyai dah terbayang-bayang dah ni kat tekak huahauhauahu… puasa wei puasa

Kalau korang nak lagi resipi kurma ayam ni boleh baca kat blog Dik Bee ada resipi kurma ayam sedap

Produk Utama Keluaran Mak Siti


Kalau korang nak tau, Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai untuk vegetarians. Produk utama adalah Serbuk Rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan,Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Bunjut, Sup Soto dan Raja Sup dan sebagainya. Terdapat lebih dari 70 jenis produk rempah ratus keluaran Mak Siti di pasaran.





Produk Utama Mak Siti

Serbuk Rempah Kari Daging
Serbuk Rempah Kari Ikan
Serbuk Rempah Kari Makanan Laut
Serbuk Rempah Kurma
Serbuk Rempah Rendang
Serbuk Rempah Masak Kicap
Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan
Serbuk Rempah Sup Kepala Ikan
Serbuk Rempah Nasi Briyani
Serbuk Cili
Serbuk Kunyit
Sup Tulang
Sup Punjut
Sup Soto
Raja Sup

Kini produk Rempah Ratus Mak Siti boleh didapati di kedai- kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin) dan juga boleh didapati menerusi jualan online. La kedai runcit bawah rumah aku melambak-lambak ada jual, korang pilih je yang mana satu korang nak masak. Aku siap simpan buat stok kat rumah so bila nak masak ada je so lagi cepat nak masak ek

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Dan Pelancaran Semula Produk Rempah Ratus Mak Siti


Wow buka puasa dengan anak yatim lagi hehehehe




Pada 16 Jun2017, alah hari jumaat lepas, satu majlis berbuka puasa bersama Blogger dan anak-anak yatim telah diadakan di Restoran Rempah Ratus Mak Siti di Bandar Tun Razak. Ini kira pertama kali aku jejakkan kaki ke kawasan ni dan aku tak sangka rupanya Mak Siti ada mempunyai bangunannya sendiri tau. Hebat ke tak kan !!! Of course aku berkesempatan menghadirkan diri dan menyaksikan sendiri Majlis pelancaran produk baru Rempah Ratus Mak Siti.

Syarikat ini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol dan produk- produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo Mihas 2017 baru- baru ini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.


Di antaranya produk terbaru keluaran Rempah Mak Siti adalah Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Ladan Hitam dan Serbuk Kunyit. 

Pertanyaan dan pembelian rempah ratus mak Siti boleh hubungi:

Nasuha Enterprise Sdn Bhd,
Ladang Rempah Ratus dan Herba
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh
84500 Muar Johor
Malaysia

Tel : 069737508/509
WhatsApp : 0173309330


Website : 



Dari

Cik Lily Putih
www.ciklilyputih.com