Showing posts with label resipi burger serunding. Show all posts
Showing posts with label resipi burger serunding. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Steam N Grill Burger Di Setia Walk, Puchong


Hi Korang,

Last week aku dapat jemputan dari salah sorang owner restoran burger ala-ala organik ni. Seharusnya ktorang (aku + Mr Big) pi dengan foodblogger tersohor di Malaysia ni iaitu HazmanFadzil.com bersama ayangnya.


Kira best gak tuh, ktorang yang first sekali merasai kelazatan burger-burger ni kan.


Meh kita intai di sekeliling restoran ni ek.





Ternyata memang luas dan menarik, susunatur perabot memang bersesuaian. Ada tempat untuk family, untuk student, yang datang makan sorang semua ada tempat. Bestlah cam ni. Nak duduk luar bagi smoker pun ade tempat.





Steam N Grill Burger ni menengahkan konsep healthy burger. Bahan-bahan yang digunakan bersih dan halal, malahan mereka menggunakan 100% NATURAL yeast tanpa preservative untuk kekalkan kualiti di dalam setiap burger.




Daging patty burger adalah di buat sendiri, kira HOME-MADE gituh. Sebab tu tebal dan besar.


Untuk roti burger tuh, korang diberi pilihan samada nak gunakan CHARCOAL, Wholemeal, Spinach ataupun ORIGINAL.


So ktorang telah merasa 10 jenis burger yang terdapat di dalam menu yang disediakan, di antaranya


Vegan Mushroom Burger (RM16)
Daging burger tu di gantikan dengan portabello mushroom. Lembut dan sedap di tambah plak dengan special sos. Sesuai untuk orang yang nak DIET atau KURUS


Otak-Otak Burger (RM16)
Memang terasa otak-otaknya, dahlah tebal. Ikannya di import dari Muar tau.


Classic Fish Burger (RM16)
Jus ikannya boleh rasa.


Classic Chicken Burger (RM16)
Ayam oh ayam

Burger Daging Sambal
Sambal ikan bilis di campurkan sekali di dalam adunan patti daging ni. Terasa sambalnya tapi tak pedas. Sedap


Hawaiian Chicken Burger (RM18)
Memang ada rasa nenas-nenas gitu ayamnya, di letakkan juga sos ala Hawaiian. Roti pakai roti Charcoal. Sedap lah.


Hashbrown Fish Burger (RM16)
Kombinasi antara isi ikan dan hashbrown di letakkan sekali. Unik dan sedap.


Burger Daging Cili Padi
Daging patti yang di campurkan sekali dengan cili padi. Bagi kaki pedas, sesuai dengan koranglah. Mr Big makan sket je coz dia kurang sket yang pedas-pedas ni.


Serunding Burger (RM16)
Dading serunding yang di jadikan patti. Isinya tak kering dan berjus. Letak plak sos home-made lagilah terangkat.



Kalau korang perasan, ada setengah burger ni saiz kecik dan besar kan, korang boleh buat pilihan samaada nak burger saiz biasa atau pun saiz MINI. Yelah ingat senang ke nak abiskan burger-burger, ktorang hari tu pun makan share-share je. Jadi yang mana DIET tu bolehlah memilih burger bersaiz MINI ni.


Burger-burger ni di hidangkan secara ala-carte ye. Kalau nak tambah french fries ok je. Pilihan minumannya pun healthy jugak, selain daripada ada softdrinks, ada gak pilihan fruit juice yang boleh di katakan agak unik. 2 jenis buah-buahan di campurkan menjadi satu jus.





So terima kasih pada Steam N Grill Burger coz sudi menjemput ktorang ke FOOD TASTING nie. Restoran ni telah pun di buka secara rasminya pada 28hb September lepas ye. 


Korang nak datang sini, jom-jom cepat.



Steam N Grill Burger, Setiawalk

J-03A-1, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong 43300 Puchong New Village, Selangor, Malaysia 

Landmark senang : Atas AFFIN BANK je. Kalau dari LDP nampak dah restoran ni.

Tel : 019-711 9722


Korang yang mana kaki burger tuh, jemput-jemputlah mai ke Steam N Grill Burger ni ye. Mana tau kena dengan tekak korang kan.