Hi Korang,
Tak de apa sangat nai citer petang ni, so aku share pasal resipi sahur yang sempoi untuk di masak. Alah aku pun belum cuba lagi, so aku ambil resipi siap-siap dulu.
Disebabkan sharing is caring, so aku kongsikan resipi ni untuk korang sekali la ek
SOS AYAM CENDAWAN DENGAN ANGEL HAIR KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani
Bahan-bahan
Untuk Sos Ayam Cendawan:
2 cawan stok ayam
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
3 sudu besar kicap cair
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak
2 sm halia, dihiris nipis
3 ulas bawang putih, dicincang halus
300 g isi dada ayam, dipotong nipis
200 g cendawan tiram, dihiris tebal
Untuk Adunan Angel Hair Kimball:
3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dihiris halus
2 sudu besar Sos Tiram Kimball
2 sudu besar sos caramel pekat
2 sudu besar kicap cair
½ sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
400 g Angel Hair Kimball
200 g pak choy, petik anggaran 5 sm
Cara memasak:
1. Untuk Sos Ayam & Cendawan: Satukan stok, tepung jagung, Sos Tiram Kimball, kicap cair, garam dan lada putih. Kacau dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis halia bersama bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam dan goreng 5 minit. Tambah cendawan kemudian dan masak lagi 5 minit. Campurkan adunan kuah yang telah dibancuh tadi dan biar sehingga mendidih. Bila jadi pekat, ketepikan.
2. Untuk Adunan Angel Hair Kimball: Tumis bawang putih atas api sederhana sehingga perang keemasan. Tutup api dan tuang bawang putih berserta minyak ke dalam mangkuk, ketepikan. Dalam mangkuk besar, campur Sos Tiram Kimball, sos karamel pekat, kicap cair, lada putih dan gula. Kacau sehingga sebati.
3. Sementara itu, jerang air dalam periuk sehingga didih. Masukkan 1 sudu teh garam, Angel Hair Kimball dan pak choy. Celur dalam 3 minit atau sehingga lembut. Angkat dan sejat Angel Hair Kimball berserta sayur, kemudian gaul dengan campuran sos. Tabur bawang putih bersekali minyak.
4. Hidangkan segera bersama sos ayam cendawan tuang di atas.
NASI GORENG TOMATO PEDAS KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani
Bahan-bahan:
3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
200 g isi ayam, dipotong 1 sm kiub
1 biji lobak merah, dipotong kiub kecil
5 batang kacang panjang, dihiris halus
5 biji cili burung, dihiris nipis
3 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
5 cawan nasi
2 cawan kangkung, petik anggaran 5 sm
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
5-6 daun limau purut, disiat halus
3 sudu besar bawang goreng
Untuk hiasan:
3 sudu besar minyak
4-5 biji telur
2-3 sudu besar sos karamel pekat
1 biji timun, dihiris
2-3 sudu besar bawang goreng
4-5 limau nipis, dipotong baji
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam, lobak merah, kacang dan cili burung dan goreng selama 10 minit. Campurkan Sos Tomato Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball, biar 5 minit lagi.
2. Masukkan nasi dan kacau atas api besar selama 10 minit. Tambah kangkung, sos ikan, lada hitam dan daun limau purut anggaran selepas 5 minit. Tutup api.
Hidangkan nasi goreng bersama telur dan percik sos karamel pekat di atasnya. Hias dengan hirisan timun, bawang goreng dan limau nipis. Hidangkan segera.
Aku share 2 resipi dulu la ek, nanti aku tambah lagi ye
Selamat mencuba ye....