Showing posts with label resipi STEW PENNE DAN BAYAM. Show all posts
Showing posts with label resipi STEW PENNE DAN BAYAM. Show all posts

Thursday, January 5, 2017

Campur Dan Padankan Sos Spageti Kimball Yang Jimat dan Lebih Kaya Dengan Rasa

Hi Korang,


Sebelum ni aku ni masak ala-ala western and italian memang tak reti langsung, nasib baik sos spagethi Kimbal memang banyak membantu kan. Walapun sekarang ni dah pandai buat campuran kuah spagethi sendiri tapi sos spagethi Kimball tetap tak di lupakan ye, kalau emergency tak tau nak masak apa dengan fridge kosong bagai kan boleh jugak masak spagethi simple-simple ni. 

So korang pun mesti pernah pernah mengidam untuk makan hidangan pasta yang dimasak di rumah tetapi kekurangan masa dan bajet untuk menyediakannya? 

Jangan khuatir, korang tidak berseorangan!

A photo posted by ciklilyputih (@ciklilyputih) on

Masanya telah tiba untuk membuat perubahan dengan menambahkan sedikit Sos Spageti Kimball yang diadunkan dengan ramuan-ramuan ringkas untuk hidangan pasta yang mudah untuk disediakan di rumah dan juga lazat! 

Kimball merupakan jenama Malaysia yang mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman memahami dan menyajikan rasa tempatan yang digemari ramai. Kimball mengetahui bahawa rakyat Malaysia memang kreatif dalam penciptaan resipi yang menggabungkan pelbagai masakan yang mempunyai rasa yang benar-benar Malaysia!


Sos Spageti Kimball yang jimat ini telah diperbaharui dan kini mempunyai rasa yang lebih kaya dengan penambahan lebih tomato dan herba-herba terpilih - menjadikan ia lebih serbaguna dan amat sesuai untuk mencipta masakan Barat atau Asia.



Sos Spageti Kimball dalam botol 350 gram ini datang dalam tiga variasi iaitu; Tradisional, memberikan anda rasa tomato yang lebih kaya; Cendawan, yang mengandungi cebisan cendawan segar yang menambahkan tekstur pada sos; manakala Selasih dan Bawang Putih mengandungi pelbagai herba serta rempah yang mampu menyerlahkan lagi hidangan Itali dan Asia.


Varian sos yang jimat, seimbang dan serbaguna ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama di seluruh negara pada harga RM4.66 setiap botol 350 gram (termasuk GST).

Campurkan sos-sos tersebut dengan pasta Kimball yang hangat untuk menyediakan hidangan yang ringkas dan cepat atau jadikan ia hidangan lengkap dengan menambah sayuran, daging atau makanan laut. Hidangan lengkap untuk empat sekeluarga ini boleh disediakan dengan bajet sekitar RM15 sahaja, menjadikan ia hidangan ekonomi dan praktikal yang sesuai untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Dengan Sos Spageti Kimball yang lebih berperisa, korang kini boleh memilih jenis hidangan yang mahu disediakan dengan selesa di rumah kerana bahan-bahannya boleh didapati di kedai-kedai runcit berdekatan.

Menurut Stephane Vilquin, Pengarah Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Sos Spageti Kimball ini diperbaharui dengan mengambil kira selera Malaysia. “Kimball memahami citarasa dan gaya hidup rakyat Malaysia yang gemar memasak hidangan yang lazat di rumah. Daripada kenaikan kos sara hidup dan kekangan masa para ibu serta sejumlah rakyat Malaysia yang terpaksa mengimbangi kehidupan berkeluarga, kerja dan pelajaran, ramai di kalangan pengguna memilih untuk makan hidangan yang sama setiap hari. Kimball amat berbesar hati untuk menyediakan pilihan hidangan yang jimat tetapi penuh dengan perisa dengan menggunakan Sos Spageti Kimball sebagai asas. Kimball berharap agar sos spageti kami yang telah diperbaharui yang serbaguna dan mudah untuk digunakan akan memudahkan penyediaan hidangan serta merapatkan hubungan kekeluargaan di meja makan,” kata Stephane.

Sebagai tambahan, Kimball turut mencipta resipi yang jimat dan lazat untuk memberikan inspirasi kepada chef di rumah dan untuk mereka yang baru mahu mencuba untuk memasak. Resipi-resipi berkenaan termasuklah Makaroni Keju Bakar yang menjadi kegemaran di kalangan kanak-kanak dan dewasa; Kimball Penne dan Stew Bayam yang mengenyangkan, terutama sekali ketika musim hujan dan, Fettuccine Dengan Ayam Bersos Selasih Kimball yang pastinya menarik untuk deria rasa anda.



MAKARONI KEJU BAKAR KIMBALL
Bahan-bahan:
·      350g Sos  Spageti Tradisional Kimball
·      200g Makaroni Kimball, di masak mengikut panduan pada bungkusan
·      2 sudu besar mentega
·      2 sudu besar tepung serbaguna
·      5 batang sosej dipotong kecil sepanjang 1cm
·      200g keju cheddar, diparut halus
·      Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara memasak:
1. Cairkan mentega, kemudian campurkan tepung dan kacau sehingga sebati. Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball dan masak selama dua minit sebelum diangkat.
2. Masukkan sosej, Makaroni Kimball bersama separuh daripada keju. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa
3. Gaulkan adunan dan masukkannya ke dalam mangkuk kaserol. Taburkan keju selainnya di atas.
4. Bakar pada suhu 200°C untuk15 minit atau sehingga ia mendidih.


STEW PENNE DAN BAYAM KIMBALL
Bahan-bahan
  •          350g Sos Spageti Cendawan Kimball
  •            400g Penne Kimball, dimasak mengikut panduan pada bungkusan
  •            2 sudu besar minyak
  •           1 bawang merah dipotong dadu
  •           400g kiub daging atau kambing direbus dengan 500ml air (simpan 500 ml stok dan tambah air jika perlu).
  •            2 cawan daun bayam
  •            Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara :
1.      Panaskan minyak dan goreng bawang sehinga lembut.
2.      Tambahkan Sos Spageti, stok, daun bayam dan daging.
3.      Masak sehingga daun bayam layu dan tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa
4.      Masukkan Penne Kimball dan gaulkan sehingga sekata. Hidangkan semasa panas.



FETTUCCINE DENGAN AYAM BERSOS SELASIH KIMBALL
Bahan-bahan:
·      350g Sos Spageti Selasih dan Bawang Putih Kimball
·      200g Fettuccine Kimball, dimasak mengikut panduan pada bungkusan
·      300g dada ayam
·      1 sudu besar serbuk perasa cajun
·      3 sudu besar minyak zaitun
·      4 labu bawang putih dicincang halus
·      ½ cawan daun selasih dicincang halus
·       Garam dan lada hitam secukup rasa
Method:
1. Perap ayam dengan garam, lada hitam dan serbuk perasa Cajun. Panaskan dua sudu besar minyak zaitun dalam kuali dan selarkan ayam hingga masak sepenuhnya.
2. Alihkan ayam daripada api dan hiris halus
3. Tambah minyak dan gorengkan bawang putih hingga wangi
4. Tambahkan Sos Spageti Selasih dan Bawang Putih Kimball, dan panaskan hingga mendidih. Kemudian masukkan daun selasih, garam dan lada hitam.
5. Hidangkan sos itu dengan Fettuccine Kimball dan hirisan ayam.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sos-sos Spageti Kimball dan pelbagai barisan produknya yang lain serta pilihan-pilihan resipi yang jimat dan lazat, sila lawati laman web http://www.kimball.com.my/, atau log masuk halaman Facbook https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai produk-produk Kimball dan cara-cara untuk memaksimakan perisa dengan bahan-bahan ringkas yang anda boleh perolehi berdekatan anda pada harga yang berpatutan!