Showing posts with label resipi Ais Kacang. Show all posts
Showing posts with label resipi Ais Kacang. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

Resipi Cepat dan Mudah Dari Ayam Brand™ yang Pasti Membuatkan Korang Kagum Pada Hari Raya Nanti

Hi Korang,

Bila time raya menjelang ni, of course korang akan masak untuk keluarga kan.

Tapi kenalah masak sedap sket walaupun menunya cepat dan mudah, zaman sekarang ni semua nak cepat kan. So Ayam Brand™, yang termasyhur dengan rangkaian luas produk dalam tin yang menyihatkan, memudahkan dan tanpa bahan awet, menawarkan pilihan empat resipi tradisional manis dan berempah yang cepat disediakan dan lazat untuk Hari Raya.

Gembirakan ahli keluarga pada Hari Raya pertama dengan sarapan Sardine Laksa yang menggabungkan santan kelapa kaya berkrim dengan kelazatan sardin premium Ayam Brand ™, diserikan dengan kesegaran limau kasturi. Ia mempunyai rasa laksa tradisional yang anda gemari, cuma penyediaannya lebih mudah dan sedia untuk dihidang dalam hanya separuh tempoh penyediaan biasa serta kurang memerlukan tenaga. 

Jadikan sambutan rumah terbuka anda sesuatu yang tidak dapat dilupakan dengan hidangan Thai kegemaran ramai, Creamy Rice Mango, yang manis dan berempah untuk dijadikan snek bagi menggantikan lemang yang lebih tradisional. Ia siap untuk dihidang dalam hanya 30 minit, tetapi akan membuatkan tetamu anda kagum. 

Tetamu anda akan menyukai Bubur Cha Cha yang penuh perisa dan Ais Kacang yang berwarna-warni dan menyegarkan. Dibuat dengan Santan Kelapa Ayam Brand™, kedua-dua juadah ini cepat dan mudah disediakan. 

Ok aku akan kongsikan resipi-resipi mudah lagi cepat ni untuk korang mencuba ek


CREAMY STICKY MANGO RICE

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2-3orang)

· 1/2 cawan kelapa parut
· 1 1/2 cawan beras
· 1 /2 cawan gula kastor
· 4 cawan air
· 2 mangga, dikupas, dibuang biji dan dihiris
· 1 paket 200ml Santan Kelapa Ayam Brand™

MEMBAKAR

Sapukan kelapa parut dengan rata atas dulang pembakar dan letakkan kedalam ketuhar yang dipanaskan ke 190ÂșC selama 10 minit sehingga keperangan.

MENDIDIH

Campurkan nasi, gula dan air dalam periuk dan didihkan. Didih selama 15-20 minit, sehingga air diserap oleh nasi. Keluarkan dulang dari ketuhar dan letakkan kelapa parut disebelah. masukkan santan kelapa. Untuk mengekalkan aroma, perlu ingat supaya hanya masukkan santan dipenghujung resipi. 

CARA HIDANGAN

Hidangkan nasi bersama mangga hirisan dan taburkan parutan kelapa yang telah dibakar diatasnya.


LAKSA SARDIN MUDAH

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 4 orang)

· 1 paket mi kuning, dibasuh, dikeringkan dan dicelur 
· 2 batang daun selasih segar atau ketumbar, dicincang 
· bawang goreng 
· limau kasturi 
· 2 biji telur rebus, dibelah dua 
· Garam secukup rasa
· 100ml Santan Kelapa Ayam Brand™

UNTUK DIKISAR:

· 1 tin Sardin dalam Minyak Zaitun Ekstra Dara & Cili 
· 2 cm kunyit hidup 
· 3 batang serai 
· bawang merah 80g 
· 1 inci belacan yang sudah dibakar 
· 3 biji cili merah 
· Santan 100ml dicampur dengan 1 liter air

CARA MEMASAK:

1. Didihkan bahan-bahan yang dikisar pada api sederhana dan biarkan mendidih selama 15 minit. Tambah santan berlebihan dan masukkan bahan perisa secukupnya. 

2. Untuk menghidang, bahagikan mee ke dalam 4 mangkuk dan tuangkan sup panas. Hiaskan dengan selasih, goreng bawang merah dan telur, dan hidang dengan perahan limau.


BUBUR CHA CHA 

Bahan-Bahan (Hidangan untuk 2 orang)

· 200g kentang 
· 200g keladi 
· 400ml air 
· daun pandan 
· garam secukup rasa 
· 1 pek 200ml Santan kelapa Ayam Brand™ 

MENGUKUS: 

Boleh pilih untuk cara tradisional ataupun menggunakan periuk tekanan untuk mengukus keladi dan kentang sehingga lembut tetapi kekal bentuk kuib yang asli 

CAMPURAN: 

Semasa menantikan keladi dan kentang siap, campurkan setengah santan dengan air, garam, gula dan daun pandan dalam periuk bersaiz sederhana dan biarkan mendidih. Keluarkan kentang dan keladi dari pengukus dan tambahkan ke dalam campuran. Didih dan kacau selama 2 minit. Tambahkan santan yang selebihnya untuk mengekalkan aroma, kacau sekali lagi dan hentikan didihan. 

CARA HIDANGAN: 

Hidangkan dengan segera ke dalam mangkuk. Jika anda sukakannya sejuk, letakkan sedikit ais. 


AIS KACANG 

BAHAN-BAHAN (Hidangan untuk 4 orang)

· 4 cawan ais yang telah dikisar 
· 200g kacang merah besar, simpan sedikit untuk hiasan 
· 100g kacang dipanggang dan ditumbuk kasar 
· 100g biji sago, dimasak 
· 200ml sirap ros 
· 200g gula Melaka, dicairkan dengan 100g air 
· 200ml Santan Kelapa Ayam Brand™ 
· 150g Krim Jagung Ayam Brand™ 

PENYEDIAAN: 

Sediakan mangkuk. Kemudian, agihkan kacang merah, kacang dan sago dalam mangkuk. Tambahkan ais kisar diatasnya.Tuang sirap ros ke atas ais kisar, diikuti dengan gula Melaka, dan santan(kuantiti bergantung kepada citarasa anda). 

CARA HIDANGAN: 

Letakkan satu sudu jagung manis berkrim diatasnya bersama bahan-bahan hiasan yang disimpan tadi. 

Hidangkan segera sebelum ais cair. 

Banyak kan resipi yang mudah lagi senang ni kan

Berikan sentuhan moden kepada tradisi Hari Raya anda tahun ini dengan resipi-resipi yang mudah disediakan dan kelihatan menarik daripada Ayam Brand™ ini.

Untuk lebih banyak lagi resipi yang menyihatkan dan mudah disediakan, dan maklumat lanjut mengenai Ayam Brand serta rangkaian luas resipi, layari www.ayambrand.com.my atau sertai facebook : Ayam Brand-World of Recipes.